Web Analytics

Yakinkah Anda Dengan Keselamatan Kereta Anda?

Anda telah melabur beratus-ratus malah ada yang beribu-ribu ringgit untuk memastikan keselamatan kereta anda selamat. Tapi adakah ia betul-betul selamat? Sekarang masih lagi terdapat banyak kes di mana pencuri berjaya pecah masuk ke dalam kereta serta berjaya melarikan kereta dan barang berharga.

kereta mewah

Kes-kes ini macam setiap hari pun ada berlaku. Jadi, macam mana anda boleh rasa senang hati tanpa risau jika anda mempunyai satu kereta yang anda baru beli?

Cara Untuk Elakkan Kereta Dicuri

Ada beberapa cara untuk mengelak dari kereta anda dicuri. Mari kita kaji bersama cara-cara ini yang boleh kita pakai supaya keselamatan kereta kita dapat dipertingkatkan.

Parking dengan kepala kereta masuk dulu

Salah satunya adalah dengan cara anda ‘parking’ kereta anda dengan memasuki ‘kepala kereta’ terlebih dahulu bukan secara reverse.

Jika dilihat dari gambar di bawah ini, kereta putih yang diparking secara begitu dan memusingkan tayar hadapan menghadap ke bahagian sebelah sahaja. Ini akan menyukarkan kepada pencuri sekiranya hendak ‘tow’ kereta anda. Tetapi bagi kereta merah tersebut akan menyenangkan pencuri untuk ‘tow’ kereta tersebut.

corridor and parking

Anda yakinkah walaupun anda menggunakan sistem keselamatan kereta serta mengunci steering dan pedal brake pencuri tidak akan berjaya memecah masuk dan melarikan kereta anda? Mungkin anda akan terkejut jika saya nyatakan bahawa pencuri sekarang sudah semakin maju kehadapan. Pencuri boleh memecah masuk kereta anda tanpa sebarang tanda pecah masuk dan sistem keselamatan anda tidak berbunyi.

Bagaimana pencuri tersebut melakukannya?

Salah satu cara yang berkemungkinan adalah menggunakan alat elektronik yang menghantar frekuensi radio kepada sistem keselamatan kereta anda, itu apa yang diberitahu oleh pakar yang mengendalikan kes curi kereta di Malaysia.

Ini membolehkan pencuri membuka pintu kereta anda tanpa perlu menggunakan kekerasan.

Mereka yang terlibat di dalam industri automotif pasti tahu di mana boleh mereka dapatkan alat tersebut. Kita pun sering dengar orang kata di mana ianya boleh didapati di dalam internet.

Walaubagaimana pun dikatakan gejala ini masih lagi tidak begitu serius lagi di Malaysia sepertimana yang berlaku di Europah, tapi kita mesti berjaga-jaga juga.

Pencuri kereta juga didapati tahu untuk mematikan sistem keselamatan kereta dengan cara penyambungan wayar di lampu arah (signal). Kemudian baru mereka memasuki kereta menggunakan ibu kunci (master key).

Beberapa tahun dulu, terdapat akhbar-akhbar dan maklumat yang dikongsikan dalam social media yang melaporkan tentang kewujudan alat baru yang dapat memanupulasikan sistem keselamatan kereta. Ia membolehkan pencuri mematikan sistem tersebut dan seterusnya melarikan kereta anda tanpa membunyikan sistem keselamatan itu.

Alat tersebut yang dikenali sebagai TKM (Toyota Key Maker) dan dipercayai digunakan khususnya untuk mencuri kereta Toyota.Walau bagaimanapun apabila saya membuat carian di internet saya dapati ada beberapa key maker dijual secara talian untuk beberapa pengeluar kereta yang lain juga.

toyota key maker
toyota key maker

Didapati alat-alat ini boleh diperolehi dan dibeli di sesetengah bengkel kereta atau beli atas talian (online) dengan harga serendah RM300 sahaja.

Sindiket mencuri kereta di Malaysia telah dikenal pasti mencuri kereta dengan menggunakan TKM hanya dalam beberapa minit sahaja.

Jadi apa yang anda perlukan hanya tingkatkan sistem keselamatan kereta anda yang lebih baik kerana pencuri kereta sekarang semakin ‘maju’ ke hadapan.

Harap isu ini anda sebarkan dan kongsikan kepada rakan-rakan anda untuk pengetahuan kita bersama.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *