Web Analytics

Toyota Camry Gantung Jualan : Contoh Kawalan Kualiti

Petikan tentang berita Toyota Camry ini adalah daripada berita automotif yang disiarkan oleh Harian Kosmo! online. Khabar surat hari ini mengatakan bahawa pengeluar kereta terbesar dunia, Toyota menggantung jualan kereta Camry dan tujuh model lain di Amerika Syarikat (AS) bagi membaiki masalah pedal minyak.

Masalah yang tertimbul pada model kereta itu membahayakan pemilik kenderaan kerana kereta yang dipandu mereka boleh memecut secara mendadak.Penggantungan jualan itu yang diumumkan kelmarin melibatkan lapan model kenderaan Toyota di AS iaitu Camry dari 2007-2010, Corolla 2009-2010, RAV4 2009-2010, Matrix 2009-2010, Avalon 2005-2010, Highlander 2010, Tundra 2007-2010 dan Sequoia 2008-2010.

toyota camry
toyota camry

Toyota turut menggantung pengeluaran model-model kenderaan itu di lima buah kilangnya di AS dan Kanada bermula 1 Februari ini bagi menilai dan menyelaras aktivitinya.

Terdapat 2.3 juta kenderaan yang terbabit dalam pemulangan semula itu kerana pedal minyak yang tersangkut akibat masalah mekanikal. Beberapa bulan lalu, Toyota memanggil semula 4.2 juta kenderaan kerana masalah pedal minyak yang tersangkut di bawah karpet lantai.

Tindakan Toyota, sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia dalam melaksanakan kawalan kualiti (Quality Control) dana macam lagilah yang berkaitan dengan pengurusan kualiti, itu sebab syarikat jepun ni mampu berada di nombor satu dunia mengalahkan pesaing-pesaing lain yang sudah lama bertapak dalam bidang automotif.

Dan teringat pulak dekat kereta nasional yang berdasarkan pendedahan sama ada secara lisan mahupun secara online yang kerap meragam dan macam-macam hal berkaitan kualiti produknya, begitu jugak kereta yang penulis pakai sekarang ni, walaupun buatan Korea tapi di pasang di Malaysia, walaupun baru masuk tahun ketiga tapi masalahnya aduhai boleh tahan…..gamaknya bila lah atau sanggupkah pihak pengusaha industri automotif di Malaysia melaksanakan quality control seperti Toyota.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *