Menulis tidaklah semudah dengan membaca. Terdapat banyak halangan terpaksa ditempuhi sebelum hasil tulisan berjaya diterbitkan. Salah satu halangan yang ditemui oleh para penulis ialah kekurangan idea untuk menulis. Sebab itulah saya tidak akan merasa pelik sekiranya melihat atau mendengar satu persatu penulis blog kita tumbang kerana ketandusan idea untuk menulis dan update blog mereka.
Kekurangan Idea
Sama seperti anda semua, saya juga tidak pernah terlepas perkara yang sama. Kadang-kadang idea yang datang membuak-buak di dalam kepala sebelum menulis akan hilang selepas mula menaip dan tidak tahu apa kandungan yang boleh saya tulis dalam blog saya. Jadi bagaimanakah caranya untuk saya terus konsisten menulis?
Jawapannya mudah, buang semua tips yang membebani kepala. Berfikir tips-tips yang pelik dan kata-kata orang akan hanya membuat jiwa kita tertekan. Ketahuilah semakin banyak kita mencuba untuk mengikuti panduan dan tips untuk mendapatkan idea menulis daripada penulis lain, maka semakin dashyatlah bebanan yang telah kita pikul.
Satu yang saya pasti, Idea tidak akan datang melalui tips. Kalau pun membantu, ia hanya mengehadkan kreativiti kita sahaja. Ruang lingkup karya yang terlalu terikut-ikut dengan panduan dan tips akan tampak sempit dan klise.
Nasihat saya cuba jujur dalam penulisan. Belajar menulis apa yang anda rasa dan lahir dari hati. Bukannya bersusah-payah mencari artikel ‘sedap’ orang lain lalu mengubahnya tetapi sebenarnya ‘tidak mengubahnya’ langsung. Kesilapan budaya pemikiran pandir seperti itulah yang selalunya membuatkan artikel anda kelihatan hampeh di mata saya.
Apa yang cuba saya sampaikan di sini ialah jangan mengubah diri anda kepada watak yang lain semasa menulis. Kalau boleh cuba ambil iktibar daripada mereka yang menulis secara tetap. Belajar bagaimana mereka boleh memastikan blog mereka diminati walau dengan hanya menggunakan bahasa yang caca marba.
Menulis dengan bahasa yang caca marba ataupun simple lebih disukai oleh pembaca daripada menggunakan bahasa yang terlalu skema. Sebab jika bahasa itu terlalu susah untuk difahami, pembaca akan cepat jadi cepat bosan dengan artikel yang kita taip tu dan tinggalkan blog kita dengan cepat.
Mana Boleh Dapat Idea Untuk Menulis?
Boleh anda cuba tanya diri sendiri sebelum menulis sesuatu, di mana boleh saya dapat idea untuk menulis blog saya? Sebenarnya banyak tempat yang boleh anda buat rujukan. Anda boleh baca di forum, akhbar, majalah, info ataupun berita TV3. Dan yang paling penting ialah baca buku dengan banyak. Sebab buku memang boleh berikan anda ilham yang luas untuk tulis artikel.
Sekurang-kurangnya idea menulis dan cara penulisan berkualiti itu berbeza bukan?
Rahsia Menulis Artikel Dalam Tempoh 20 Minit
Lain orang, lain cara dan gaya penulisan artikel. Saya ada cara tersendiri waktu menulis. Saya yakin, korang pun sama kan? Begitu juga tempoh masa yang diperlukan untuk menaip artikel sehingga selesai sesuatu artikel itu disiarkan. Kena ada rahsia ke?
Ok, Rahsia Menulis Artikel saya tidaklah unik mana pun. Masih kategori biasa-biasa. Waktu baru-baru saya ceburkan diri dalam dunia blogging ini, saya selalu fikir bahawa semua orang boleh dan pandai menulis dengan baik. Tapi, bila lama-lama dalam dunia ini. Baru saya sedar, bukan semua manusia dilahirkan dan dianugerahkan bakat untuk menulis. Bakat nak jadi blogger paling mesra ramailah! hehehe
Alhamdulilah, saya ada sedikit bakat itu. Tak terlalu hebat, tetapi masih ditahap yang boleh diterima umum.
Menulis blog pun ada rahsianya? Eh, mestilah ada. Semua perkara mesti ada rahsia. hahaha! Banyak lagi rahsia-rahsia lain tapi kali ini saya cuma mahu berkongsi berkenaan Rahsia Menulis Artikel Dalam Tempoh 20 minit sahaja. Betul ke saya menulis artikel hanya dalam tempoh singkat ini? Ya, majoriti artikel saya.
Jadi, apa Rahsia Menulis Artikel Dalam Tempoh 20 minit tu? Ok, saya kongsikan tapi tolong jangan harapkan rahsia yang melampau lain daripada yang lain ya. Saya bukan penulis artikel yang proffesioanal.
1. Tulis isi-isi penting
Ini PALING penting. Perkara wajib saya akan lakukan. Korang cuma perlu klik saja pada “Add new post” dan senaraikan isi-isi penting untuk artikel korang tu. Format, sila abaikan.
2. Fikirkan tajuk
Ini pun penting juga. Bab pemilihan tajuk sebenarnya bergantung pada kekreatifan kita sendiri. Pastikan tajuk yang bersesuaian dengan isi-isi penting yang kita sudah senaraikan tadi. JANGAN menipu pembaca dengan tajuk cerita sensasi, tetapi sebenarnya tiada kaitan. Jujurnya, tak ramai pembaca blog suka ditipu sampai macam tu. Kalau ada ilmu SEO, boleh tunjukkan kepakaran di bahagian tajuk sekali 😉
3. Karang perenggan pengenalan artikel
Ok, next. Cuba fokus untuk hasilkan perenggan pertama. Di sebabkan kita cuma ada masa 20 minit sahaja, biasanya perenggan pertama janganlah dikarang sampai macam karangan SPM yang menyayat hati. hahaha!! “Make it short”. Tekankan tajuk artikel, dan cuba jemput pembaca untuk membaca artikel korang. Itu sahaja!!
4. Olah isi-isi penting
Kan tadi dah ada senarai isi-isi penting artikel kan? Apa saya buat? Olah isi-isi penting artikel tadi menjadi perenggan. 1 isi, 1 perenggan. Jangan masukkan 2 atau 3 isi dalam 1 perenggan. Part ini lama sikitlah. Mungkin di sini yang saya katakan tadi, BUKAN SEMUA MANUSIA mampu menulis artikel. Mungkin, tapi masih boleh belajar. Jangan putus asa!!!
5. Penutup artikel Yang berkait
Kalau tadi, waktu mengarang perenggan pengenalan saya lebih gemar menjemput pembaca blog untuk sama-sama membaca kan? Jadi, untuk bahagian penutup artikel pula, saya akan cuba sekali lagi untuk menjemput pembaca berkongsi pendapat atau apa sajalah. Konsep menulis blog pun sama macam kita melayan tetamu yang datang rumah kita. orang datang, kita jemput dan sebelum tinggalkan rumah, kita pastikan mereka rasa dihargai dengan ajak mereka bertukar-tukar pendapat.
Siap! Ok, Rahsia Menulis Artikel Dalam Tempoh 20 minit ini termasuk tempoh nak “mencantikkan” artikel ya. Kalau nak pastikan artikel tu ada gambar-gambar ke atau video ke apa, itu mungkin kena tambah masa lah kot. hahaha!! Tapi, rasanya pembaca blog saya dah tahu kot. Saya jarang letak gambar, jadi tempoh 20 minit ini biasanya cukup untuk saya sehingga klik pada “publish” . hehehe!!! So, good luck!