Pelajari tips dan panduan menjaga kereta anda serta servis kereta tahap asas.
Penjagaan kereta dan penyelenggaraan yang kerap adalah penting untuk memastikan kereta anda berada dalam keadaan terbaik dan dapat memanjangkan hayat kenderaan. Kebanyakan penyelenggaraan rutin yang asas boleh dilakukan sendiri dengan cepat dan mudah.

Manakala penyelenggaraan selebihnya memerlukan bantuan daripada mereka yang lebih profesional dan perlu dibawa ke pusat pembaikan atau bengkel. Tetapi, sama ada dilakukan sendiri atau dilakukan oleh seorang mekanik, penyelenggaraan berkala dan servis kereta adalah penting.
Melalui artikel ini saya kongsikan kepada anda beberapa tips penjagaan kereta paling penting yang akan membantu memastikan jangka hayat kenderaan anda tahan lama bagi mengelakkan baikpulih yang lebih mahal pada masa akan datang.
1. Cecair sesebuah kenderaan kenderaan seperti kereta perlu diperiksa secara berkala. Rata-rata, minyak hitam perlu ditukar setiap tiga bulan sekali, atau setiap 3,000 kilometer kenderaan bergerak. Penyejuk enjin, cecair transmisi, cecair stereng kuasa dan bendalir brek, semua itu juga harus diperiksa di waktu pertukaran minyak dan perlu dibuang setiap dua tahun. Sekiranya perkara ini diabaikan maka paras cecair akan menjadi rendah, maka enjin dan bahagian-bahagian lain berisiko menjadi terlalu panas. Di samping itu, pencemaran air boleh berlaku yang mengakibatkan prestasi kenderaan menjadi lemah dan merosakkan bahagian tertentu kereta.
2. Tayar dan brek adalah penting untuk menjaga keselamatan kenderaan dan mengekalkan prestasinya. Periksa tayar kereta anda dengan kerap setiap kali apabila anda mengisi minyak. Periksa tekanan tayar dan bunga, serta kerosakan lain. Tayar yang rosak perlu diganti dengan segera. Anda disyorkan untuk memeriksa sistem brek kereta sekurang-kurangnya sekali setiap tahun atau apabila terdapat tanda-tanda prestasi brek menurun dan kurang berkesan.
3. Semak nyalaan mentol lampu kereta dan bilah cuci cermin kereta dan sila gantikan dengan yang baru jika anda dapati ianya terbakar atau haus. Hal ini bagi mengelakkan anda menghadapi masalah ketika memandu kereta dalam cuaca hujan atau waktu malam.
4. Kebiasaan tune-up kenderaan adalah bagus untuk menjaga jangka hayat dan prestasi kereta. Semak manual pemilik kenderaan, atau hubungi pusat pembaikan kereta untuk mengetahui apakah selang masa yang disyorkan untuk di tune-up kereta anda. Tune-up yang dilakukan bergantung kepada keperluan kereta. Perkhidmatan tune-up yang biasa termasuk menukar palam pencucuh dan penapis. Manakala kompenen lain kenderaan seperti wayar spark plug, distributor, kuasa bateri, kabel dan sistem bahan api juga perlu diperiksa dan diservis jika diperlukan.
Dengan kerap melakukan penyelenggaraan dan pemeriksaan rutin bermakna masalah untuk mengalami masalah kereta ketika di jalan menjadi kurang dan minima, dalam masa yang sama dapat mengelakkan anda melakukan baikpulih kerosakan kenderaan dengan kos yang berlebihan.
Rutin pemeriksaan kereta boleh dilakukan pada bila-bila masa terutamanya pada waktu lapang dan tidak sampai pun 5 minit, seperti ketika waktu mengisi minyak, sebelum anda bergerak meninggalkan rumah atau apabila pulang rumah. Lebih baik lagi sekiranya pemeriksaan terperinci dilakukan di mana-mana pusat baikpulih kereta berdekatan anda.
Demikian antara tips penjagaan kereta tahap asas yang perlu kepada pemilik kereta ketahui, sebenarnya ada banyak lagi tips penjagaan kereta tahap tinggi yang perlu juga anda ketahui dan pelajari bagi mengelakkan anda mengalami kerugian dan dipergunakan di kemudian hari. Layari pautan berikut untuk mempelajari tips penjagaan kereta tahap pakar: 50 Rahsia Penjagaan Kereta yang ramai Pomen Tak nak Anda Tahu
Sekadar ini dahulu perkongsian kali ini. Sekian.
Tau 50 tips ni dah jadi pomen dah, hihi