Web Analytics

Tips Menasihati Kawan Rapat Cara Bijak

Menasihat orang mungkin senang kalau kita tidak berapa rapat dengan orang itu kan? Tapi, kalau orang yang kita nak beri nasihat tu merupakan kawan yang agak rapat dengan kita mungkin kita kena ada strategi sikitlah untuk mula beri nasihat tu supaya dia tidak terasa hati.

bagi nasihat

Tapi macam mana nak nasihat kawan rapat dengan cara bijak, tanpa buat dia kecil hati? Saya akan kongsikan cara saya yang tidak seberapa tapi moga saja bermanfaat. Walaupun saya bukan pakar motivasi tapi saya suka pula bab ini. Saya suka menyelesaikan masalah orang sebab mudah-mudahan saja Allah akan tolong selesaikan masalah saya. hehehehe!

Antara Tips Menasihati Kawan Rapat Cara Bijak

1. Mulakan dengan memasang niat yang baik
Pastikan niat kita betul-betul ikhlas untuk nasihat kawan kita tu untuk kebaikan dia dan buka untuk memuaskan hati kita semata-mata.

2. Mulakan nasihat dengan kata-kata pujian
Ini taktik sebenarnya. Memang ramai pendakwah-pendakwah yang ajar. Sebelum nasihat kawan rapat kita tu dengan sesuatu yang mungkin akan buat dia tersinggung, baik kita puji dia dulu. Pujilah apapun, macam contoh yang biasa saya buat saya akan katakan pada dia bahawa dia adalah kawan yang sangat baik, dan saya beruntung dapat kawan macam dia. Korang boleh ikut kreativiti sendiri ok. Chewah!

3. Beritahu tujuan nasihat
Ok, lepas tu bila nak mulakan beri nasihat tu beritahu pada kawan kita tu yang kita nasihat ini sebab apa? Macam saya, saya akan cakap pada kawan saya yang saya nasihat kerana sayangkan dia. InsyaAllah lepas tu dia akan boleh terima nasihat saya. Maksudnya tak melenting lah. hehehehe

4. Berikan tempoh masa untuk dia berfikir
Sebenarnya, lumrahlah manusia ni mana suka kena nasihat sangat pun kan? Jadi, kita yang tukang nasihat ni kenalah beri tempoh masa sikit untuk make sure kawan kita stabil balik mood dia dan boleh berfikir waras sikit. hahahaha!!! Janganlah pukul 2 petang nasihat, pukul 2:15 petang dah nak suruh dia ikut nasihat kita tu. Oh sungguh tak logik ok.

5. Berhati-hati siapa yang anda berikan nasihat
Ini bukan sekadar romantis. Ia sesuai untuk semua orang yang anda jumpai. Saya tahu bahawa kadang-kadang anda boleh memberi terlalu banyak nasihat yang baik kepada orang yang tidak suka dengar.

Saya tahu kadang-kadang anda mempercayai orang itu dan jadikannya kawan baik anda, tetapi dia mungkin tidak mempunyai niat yang terbaik bagi anda.

Saya tahu bahawa ini hanya dalam sifat anda bahawa anda adalah seorang yang baik dengan hati yang besar, tetapi kadang-kadang anda perlu mengambil sedikit masa dan berfikir untuk bercakap supaya anda tidak mencederakan hati kawan anda.

Sebelum anda memberi nasihat kepada kawan karib anda, fikirkan jika dia seorang yang boleh dengar percakapan orang lain atau dia seorang yang bukan serius sangat. Sebelum anda pergi untuk membantu dia, fikirkan dengan panjang supaya kesahabatan anda tetap dikekalkan walaupun anda telah berikan dia sesuatu nasihat yang susah diterima oleh dia.

6. Bagi tahu kawan karib anda tentang perasaan anda
Kawan karib anda mungkin mengalami masalah dengan seseorang. Mungkin mereka berasa tidak selesa atau marah dan mereka tidak tahu bagaimana untuk memberitahu anda tentang perasaan mereka. Dalam situasi ini, anda mungkin akan memberitahu mereka bahawa mereka harus jujur tentang perasaan mereka pada masa itu dan berkongsi dengan jujur apa yang ada pada fikiran mereka.

7. Jangan menjadi penghakiman
Tiada orang yang akan meluahkan cerita peribadi mereka atau memberi kepercayaan kepada anda sekiranya mereka merasakan bahawa anda akan menghakimi mereka dan memberi nasihat seperti seorang guru. Anda mungkin tidak tahu apa yang mereka alami sebenarnya. Jadi adalah baik untuk anda beri mereka faedah keraguan dan sokongan yang mereka perlukan.

Simple je pun nak nasihat orang sebenarnya cuma berani dengan tak berani jelah dan sama ada kita ada rasa tanggungjawab nak nasihat orang ke tidak je. Kadang-kadang, kita ni berkawan rapat tapi kalau kawan kita tu buat salah kita tak berani nak tegur sebab takut ganggu hubungan persahabatan padahal pada saya, kalau betul sayang kenalah nasihat. Dalam Islam pun dah cakap macam ni kot.

Sememangnya nak tegur rakan rapat perlukan keyakinan yang tinggi. Jika tak mampu baik tak usah lakukan. Tapi jika sanggup, tip di atas sudah semestinya perlu ada supaya ia tidak menyinggung rakan kita tu. Lebih-lebih lagi kita nak komplen tentang bau badan si dia. Kalau tidak ditangani dengan betul boleh menyakiti hati si dia.

Kalau saya memang pujian perlu dilakukan pada si dia. Tiba masa tarikh hari jadi, bagi hadiah deodoran (REXONA) kat dia. Apa macam bagus ke macam ni? Rasanya tak salah bukan?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *