Web Analytics

Tips Jadi Blogger Kaya Raya

Nak tips tak? Kali ini saya nak beri TIPS UNTUK JADI BLOGGER KAYA RAYA. Percaya tak? Boleh percaya, tapi jangan banyak sangat sebab saya bukan sifu blogging macam Denaihati ataupun kak Redmummy. Jauh lagi perjalanan daripada saya untuk jadi seperti mereka.

Tajuk memang saja acah-acah macam power. Sebenarnya dah 7 tahun berblogging, tak adalah kaya raya manapun. Kalau terkaya pun, sebab berjaya kikis duit tabung mak. hahahaha! (sendawa)

Ok,jadi dengan pengalaman tak seberapa dalam bidang blogging ni mungkin saya tak dapat nak beri input yang terlalu awesome bagaimana Tips Nak Jadi Blogger Kaya Raya tapi mungkin anda bolehlah kot dapat idea sikit-sikit.

blogger kaya

JADI BLOGGER KAYA RAYA DENGAN BINA ONLINE SHOP

Kalau anda perasan, sekarang ni boleh dikatakan 70% blogger yang “dulu-dulu” rajin kemain update blog dah ada kerja lain iaitu fokus dengan blog shop masing-masing (sebenarnya aku pun sama.hahaha!). Biarlah kan? Kalau dengan bina online shop di blog sendiri boleh jana pendapatan sampingan, apa salahnya. Buat aje. Nak jual apa? Standardlah, jual tudung atau baju. Tapi,saya lembap bab ini. Tak suka main dengan size. Sebab itu saya pilih bisnes jual Al-Quran je. Pahala pun dapat, InsyaAllah.

JADI BLOGGER KAYA RAYA DENGAN REVIEW PRODUK

Siapa kata jadi penulis blog tak boleh kaya? Hello, ada je penulis blog yang dibayar beribu-ribu hanya untuk hasilkan review produk mereka. Tapi, blog Lizarazak.com belum pernah ya. Kalau ada pun, setakat beratus-ratus sahaja. Anda pun boleh kalau anda dah berjaya “tackle” hati orang dengan gaya penulisan anda. Kena pandai pandai buat ayat hasut orang, barulah boleh dapat job best-best. Sebelum tu, kena asah lagi bakat menulis.

JADI BLOGGER KAYA RAYA DENGAN MENULIS EBOOK

Pernah tak dengar ada orang berjaya jana RM50K dengan jual ebook? Kalau tak pernah, boleh dapatkan info dengan dengar audio tutorial dulu. Saya dah dengar dan sekarang tengah dalam proses menyiapkan ebook bersama saudara Sabree Hussin iaitu seorang blogger juga. Beli ok ebook kami nanti. Soon, InsyaAllah. Macam mana dengan jual ebook boleh kaya raya?

Mudah. Anda cuma kena berpenat lelah sekejap untuk hasilkan ebook. Kemudian juallah dengan harga berpatutan. Contoh, letak harga RM29.00. Kemudian, guna khidmat aplikasi letupkan jualan ni untuk dapatkan sales ebook anda. Tunggu, dan lihat dalam akaun. Kalau ada 100 orang beli? Darab sendiri 😛

Ada lagi tips nak jadi blogger kaya raya tapi apakata anda buat latihan sikit. Cari sendiri. hahahaha! 3 pun dah cukup sebenarnya kalau anda betul-betul fokus. Duit setiap hari masuk, lagi-lagi kalau anda pilih untuk buat online shop tu. Percayalah, setiap hari dapat duit. Selamat berjaya!

Populariti Blog Nilainya Di Mana?

Populariti blog nilainya di mana? Ya, saya soal korang semua. hahaha! Blog akan popular bila tuan blog popular atau sesebuah blog itu akan popular kerana pengisian blog itu sendiri? Mana 1 yang lebih bagus? Ada sesiapa yang boleh beri pendapat?

Saya sengaja tulis entry tentang populariti blog nilainya di mana ni, memang sengaja sangat sebab mungkin sekarang ni saya lihat terlalu ramai tuan blog yang semakin “glamour” berbanding blognya. Jadi, saya terfikir. Sebenarnya, apakah tujuah si polan buat blog sebenarnya? Untuk berkongsi maklumat, untuk buat duit dengan blog atau untuk menjadi popular dengan blog?

populariti blog

Hari ini, memang dah banyak sangat blog yang wujud. Tapi, maaf kalau saya komen sedikit. Tapi, jangan salah faham. Saya sekadar beri pendapat dan bukan mahu tunjuk bagus. Ini pendapat saya dan mungkin agak berbeza daripada pendapat korang. Maaflah kalau terasa hati. Macam ni, blog makin banyak. Tapi, pengisian blog kadang-kadang tak membantu langsung.

Kadang-kadang saya agak “frustrated” setiap kali blogwalking, dengan harapan dapat input berguna daripada bloggers lain. Tapi, malangnya. Blog tersebut hanya ada gambar tuan blog sebesar papan tanda jalan raya, posing dengan gaya “comel” dengan kekasih hati. Tapi, tak apa. Mungkin kalau ada gambar secantik itu, pasti ada informasi yang berguna kot.

Eh eh, saya scroll punya scroll. Ada 1 perkataan sahaja “B rindu dengan sayang” . Aduh, punahnya rasa tulang belikat saya. hehehe! Ok ok, tak apa. Mungkin salah saya sebab pergi baca blog personal kan? Sebenarnya, saya tak ada hak langsung untuk tegur macam ni sebab masing-masing ada cara berblog tersendiri.

Cuma, saya beri contoh sahaja. Kiranya, saya nak korang tahu. Kalau boleh saya nak baca blog yang memberi informasi. Pada saya, biarlah blog kita jadi popular kerana “isinya”. Kadang-kadang, saya lihat blog tidak ada apa sangat. Tapi, tuan blog itu lebih popular daripada bloggers lain yang pada saya..blognya jauh lebih layak untuk dicop sebagai blog popular.

Mungkin sebab citarasa kita ni lain-lain kot. Saya lebih suka blog berinformasi macam blog Denaihati, impiana, dan lain-lain. Walau saya tak pernah jumpa dengan mereka, tapi saya cukup kagum dengan mereka. Cara penyampaian dalam blog sangat berguna, tak perlu “jual diri” beriya untuk dapatkan trafik sebab mereka tak perlu itu semua.

Blog mereka tinggi nilainya, dan pada saya secara automatik saya dah anggap blog mereka sebagai blog popular!! Alamak, kantoi den memuja diorang pulak dah. wahahahaha!!!! Ok, itu pada pendapat saya. Populariti blog nilainya ada pada pengisian blog tersebut dan bukan pada populariti tuan blog tersebut pada sisi paras rupa, style atau perkara lain.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *