Web Analytics

Themes Genesis Menjadi Kenyataan

WP Themes Genesis sememangnya menjadi idaman saya untuk menggunakan themes wordpress ini. Walaupun sebelum ini aku pernah menggunakan Themes Thesis Premium namun keinginan untuk mencuba kehebatan Themes Genesis seperti mana blogger-blogger hebat lain menggunakannya.

Genesis theme
Genesis theme

Setelah berkali-kali menukar themes dan tercari-cari themes yang sesuai untuk blog ini, akhirnya dengan bantuan rakan blogger, aku dapat juga memenuhi impian aku untuk menikmati Genesis ini.

Ramai yang memperkatakan Themes Genesis ini terbaik dari segi SEO dan juga loading page. Aku baru berpeluang untuk menggunakan Genesis ini hasil bantuan daripada rakan blogger yang memberi secara percuma. In Sha Allah sebelum akhir tahun ini, jika hasil daripada blogging kencang, tidak mustahil saya juga akan menggunakan edisi premium yang rasmi.

Apa kelebihan Themes Genesis ?

Ada yang kata ciri-ciri SEO genesis lebih kemas daripada Thesis. Seperti mana yang umum tahu, Thesis sememang diperakui themes yang amat mesra SEO. Aku sendiri memperakui dengan pengalaman menggunakan Thesis Premium selama 6 bulan.

Malah begitu juga Genesis, cuma yang bezakan genesis dengan thesis adalah themes genesis ini mempunyai design yang lebih elegan berbanding Thesis. Genesis kini menjadi pesaing utama kepada thesis. Template themes ini diilhamkan oleh Brian Gardner.

Sejak kebelakangan ini saya dapati ramai blogger dalam negara kita mula berubah menggunakan Genesis Frameworks ini. Adakah ini membuktikan themes Framework ini berbaloi dipakai.

Antara blogger yang gemar akan genesis framework ini adalah blogger Affan Ruslan. Malah jika anda semua mahu mengupah untuk menggunakan themes berasaskan genesis dengan design yang tersendiri boleh menggunakan khidmat affan ruslan.

Kesimpulan Themes Genesis

Bagi aku, masih terlalu awal untuk memperkatakan akan kelebihan themes premium ini. Jika ada peluang, aku akan kongsikan pengalaman menggunakan genesis Framework ini walaupun ia hanyalah sekadar basic sahaja. Untuk memiliki Genesis Framework ini bukan harga yang amat murah. Tetapi jika kita serius dan mempunyai masa depan dalam blogging, mempersiapkan blog kita dengan genesis ini amat berbaloi-baloi.

Mungkin diantara anda ada pengalaman menggunakan Genesis ini, apa kata anda tentang themes genesis? Genesis memang best guna, nak plak kalau dapatkan sekali dengan child theme nya sekali,.. tak banyak kerja perlu di setup.

p/s: Nice gak Genesis ni. Aku suka ELLE THEME. Tapi harga $79.95 lak. Kopak duit dua bulan belanja kalau beli. Ada rezeki, InsyaAllah nak beli gak premium theme ni.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *