SPAM Menyusahkan?
Kita sering terdengar atau pun terbaca mengenai Spam di mana-mana laman web yang kita access di mana-mana sekalipun. Ada di antara sesetengah orang yang berpendapat bahawa spam ni virus la, racun la, tonik la, ape la.
Contohnya, sekiranya anda adalah pengguna Facebook, kita seringkali disaran supaya menukar password akaun Facebook kita seolah-olah kita yang menyebarkan Spam tersebut padahal tak bersalah pun. Ini semua gara-gara iklan yang tidak pasal-pasal memenuhi ruang buletin dan juga kolum komen profile Facebook pengguna.
Selain itu, kita boleh melihat email kita di dalam Bulk atau Spam yang mengandungi spam (entah dari siapa, dari mana datangnya) juga turut membanjiri dalam email.
Blogger juga turut mengalami nasib yang sama. Kadang-kadang pengguna internet tidak berapa maklum dengan spam boleh menyangka bahawa blogger itu sendiri yang memadamkan komen yang dihantar ke blog, walhal perkara sedemikian tidak berlaku kerana mungkin ia adalah berpunca daripada tindakan pengguna itu sendiri yang menghantar komen dengan klik SEND banyak kali di mana ia dikesan sebagai SPAM!
Apakah SPAM?
Spam adalah sejenis longgokan salinan mesej yang sama, dimana longgokan mesej ini dihantar kepada penerima / pengguna internet yang mana pengguna internet mempunyai tiada pilihan melainkan menerima sahaja spam tersebut.
Kebanyakan spam adalah sejenis pengiklanan komersial (produk mereka semestinya diragui), skim untuk cepat kaya atau sejenis perkhidmatan yang kelihatan seakan-akan dibenarkan oleh undang-undang.
Kebanyakan kos yang berpunca dari spam itu sendiri banyak ditanggung oleh penerima berbanding dengan kos yang diperlukan oleh penghantar spam (Kos mereka pula adalah sangat kecil. Dah menyusahkan orang tengok email yang beribu-ribu mesej dalam inbox, pastu sedap-sedap kaut untung lebih dengan makan duit orang. Huh!)
Spam ini banyak yang boleh dikaitkan, daripada menyerang email sehingga blog, website mahupun di mana jua. Secara ringkas dan tak langsungnya, ia boleh dikatakan sangat menyusahkan kerana email yang sepatutnya menjadi hak peribadi bagi setiap insan, hak privasi dah tercemar dek gara-gara spam yang tak kira masa selagi boleh menyelitkan dan menempatkan diri mereka kat inbox, email dan dimana jua yang bersangkutan dengan internet.
Nasib baik dia tak wujud dalam alam kehidupan, kalau tak, memang sudah ku canang dikau wahai spam. Mereka yang tak bertangungjawab ini (yang membuat spam) dengan bangga dan selamba mencuri senarai email pengguna-pengguna internet atau mencari laman-laman Web berkaitan untuk mendapatkan address.
Sebab itu lah kita tak dapat menyangka bagaimana spam sebanyak ini telah menceroboh dan memperbanyakkan diri-diri “mereka” dalam email anda. Bak kata pepatah, Datang Tanpa Diundang. Isk isk, memang semak betul.
Mengurangkan dan Menangani SPAM?
Sehingga kini, pakar-pakar IT belum lagi menjumpai kaedah terbaik untuk menangani masalah kewujudan Spam yang tak diundang ni. Tetapi, macam penyakit gak, mencegah lebih baik dari mengubati.
Kalau tak silap saya, memang banyak cara untuk mengurangkan spam ni sehingga boleh meminimakan kehadiran spam ini sehingga 70%-80%. Saya tidak mempunyai maklumat yang berapa lengkap tapi satu cara yang utama ialah dengan tidak menyiarkan email anda dengan sesuka hati di internet.
Jadi, yang mana-mana terasa tu, delete la cepat-cepat. Oleh itu, Spammers tak dapat mengesan email pengguna untuk menghantar longgokan spam yang menyemak tu! Kebanyakan pengguna internet dengan selambanya meletakkan email mereka di laman web sosial seperti Facebook, Instagram, Tik Tok, dll.
Dalam “kes” ini (masih terngiang-ngiang dengan exam Company Law tadi), anda perlulah berhati-hati walaupun ia memudahkan rakan, sahabat handai, rakan taulan, rakan sejagat untuk menghubungi anda. Tapi, kalau yang tak kisah dengan Spam ni, sila ignore supaya tidak memalukan writer. Hehe.