Cermin mata tidak lagi digeruni seseorang masa kini disebabkan oleh rabun. Bahkan ia sudah menjadi satu ikutan di Malaysia ketika ini memakai bingkai cermin mata pelbagai bentuk dan warna menjadi hobi.
Cermin mata digilai oleh orang ramai kerana mengikut trend semasa sama ada wanita mahupun lelaki. Tidak kira lelaki yang perasan bahawa dirinya kacak dan comel, begitu juga perempuan yang teruja dirinya digelar cantik dan berwajah putih.
Seperti yang kita maklum, sekarang zaman sudah mengalami perubahan yang sungguh drastik. Pelbagai citarasa ramai orang terutama rakyat di Malaysia yang sudah terpengaruh dengan dunia luar, terutama dari segi pakaian yang dipakai oleh mereka.
Sehinggakan mereka mengkaji pakaian apa yang sesuai dikenakan ketika di mana-mana berada terutama majlis mengikut tema yang ditetapkan.
Begitu juga cermin mata yang tidak luput di mana-mana zaman. Ia sentiasa mempunyai permintaan yang amat tinggi di pasaran. Terdapat ramai orang yang berebut-rebut untuk menjadi usahawan cermin mata.
Pelbagai jenama yang tinggi nilainya di mata pengguna. Ray Ban kini menjadi trend yang dikejari oleh remaja masa kini. Jenama ini turut diikuti saya sendiri sebagai blogger.
Cermin Mata Beli Baru
Saya telah menempah cermin mata di sebuah kedai arab di jalan gamik Kaherah, Mesir.
Pemeriksaan mata kali ini adalah pemeriksaan yang ketiga dalam hidup. Ini kali pertama di Mesir bagi saya buat ‘medical check-up’ di sebuah klinik swasta.
Bayangkan kali pertama semasa tingkatan 3 dan yang kedua sebelum ke Mesir pada penghujung 2016.
Semasa pemeriksaan dijalankan, saya tanya soalan pada doktor pakar mata tersebut. Beliau merupakan seorang graduan universiti dari Rusia. Dan beliau merupakan seorang kristian di Mesir.
Saya rasa kristian sebab masa beri salam semasa masuk bilik pemeriksaan, beliau tidak berkata apa-apa dan hanya tersenyum dengan kehadiran saya.
Saya tanya doktor tersebut,
“Bagaimana dengan keadaan ‘power’ mata saya pada ketika ini? ”
Doktor menjawab dengan berwajah senyum,
“Power mata kamu sejak pemeriksaan kedua yang terakhir di Malaysia sehingga kini tetap sama. ”
Alhamdulillah, syukur bagi saya sebab mata saya masih stabil.
Sebagai manusia kita mahukan sempurna. Begitu juga saya amat risau jika ‘power’ mata bertambah dan bukan menurun.
Tempat Buat Pemeriksaan Mata?
Nama klinik swasta di luar negara yang terletak dekat dengan tempat saya belajar ini adalah klinik Al Nour Eye Center yang diasaskan oleh Dr. Aly El Mofty.
Ia terletak di Nasr City, No 93 Jalan Mostafa El Nahas, Madinet Nasr, Kaherah Mesir.
Bagi pelajar yang sedang belajar di Mesir ketika ini, ia terletak di jalan tempat berhampiran dengan syarikat internet Vodafone dan Etisalat.
Harga Pendaftaran Klinik dan Bingkai Cermin Mata
Klinik swasta yang saya pergi 2 minggu lepas, harga pendaftarannya sekitar Malaysia Ringgit RM35.
Menurut seorang kawan pelajar perubatan yang menjadi ahli di klinik tersebut, dan selalu berkunjung ke sana untuk buat pemeriksaan selain belajar secara teori menyatakan bahawa kali kedua kita ke sana, klinik hanya minta wang sebanyak Malaysia ringgit RM235.
Bingkai cermin mata jenama Ray Ban yang saya beli termasuk harga ‘power’ dan anti cahaya sinar matahari semuanya bernilai Malaysia ringgit RM1,100.
Sebab apa mahal sangat jumlah bayaran? Sebab harga bingkai cermin mata Ray Ban yang diimport dari Italy tersebut berharga Malaysia ringgit RM520.
Malaysian Human Change – Me Want Change Too
Seperti yang saya huraikan pada permulaan artikel post ini, rakyat Malaysia sekarang di ambang sesi penukaran cara hidup dengan lebih mewah dan selesa.
Tetapi bukanlah saya kaya atau banyak duit, disebabkan teringin mahu mencuba produk dari jenama Ray Ban, apa salahnya.
Perlindungan Mata Yang Berkualiti
Disebabkan oleh kos yang agak tinggi daripada warna Ray-Ban tulen, anda juga akan menemui banyak palsu punya yang dijual di pasaran. Adalah lebih baik untuk membeli cermin mata hitam ini pada peniaga yang berlesen dan juga dalam shopping mall yang biasanya adalah sah untuk jual cermin mata Ray-Ban.
Anda juga boleh pergi untuk cari di dalam talian untuk melihat sendiri beberapa reka bentuk cermin mata hitam yang ditawarkan. Anda boleh mencuba laman lelongan sekiranya anda ingin membeli cermin mata hitam pada kadar harga diskaun tetapi anda perlu berhati-hati apabila membeli dari laman web ini. Pastikan untuk menyemak kembali suapan dan penilaian positif dari pembeli untuk memastikan bahawa apa yang anda beli benar-benar tulen atau sahih.
Ray Ban adalah antara jenama terkemuka bagi cermin mata hitam berjenama yang mempunyai gaya tersendiri dan kekal abadi namun mengekalkan ciri kontemporarinya dengan pembekalan pelbagai warna yang menawan hati orang ramai.
Ini adalah salah satu jenama terbaik untuk anda beli dan jika anda mencari cermin mata yang gaya, unggul dan reka bentuk yang hebat, maka pilihlah Ray Ban kerana reka bentuk cermin mata ini pastinya sesuai dengan rupa bentuk wajah anda. Cermin mata hitam ini pasti menjadi pemenang jika anda cuba membuat keanggunan yang mudah dan canggih dengan memakainya.