Web Analytics

Pilihan Hosting dan Domain Yang Terbaik

Sebelum kita bercerita pasal pilihan hosting terbaik, kita cerita pasal domain dulu. Domain ini contohnya ialah www.ottoman.com.my. Itu adalah domain bagi blog ini. Domain sendiri bukanlah benda yang asing bagi blogger. Pilihan domain boleh terdiri daripada nama sendiri, nama pena, nama bisnes atau nama yang mengandungi nilai teknikal yang membolehkan website kita tersenarai dalam enjin carian.

hosting

Terpulang pada kita, berdasarkan tujuan kita membuat blog atau website tersebut. Bagi saya, pilihan bagi nama domain yang berdasarkan nama stu jenama. Persoalannya, boleh kita beli domain di mana?

Biasa kan lihat tawaran atau promosi hosting (akan cerita pasal hosting sekejap lagi), yang menawarkan free domain registration? Kalau kita sewa hosting dengan syarikat-syarikat ini, mereka akan beri kita pilih satu domain secara percuma untuk didaftarkan bersama.

Pilihan Pembekal Domain Saya

Pilihan domain saya bukan yang ini.

Sebabnya simple sahaja. Saya tak nak terikat. Sebelum proceed baca betul-betul terma dan syaratnya. Ada yang melarang domain itu dipindahkan ke hosting yang lain. Ada yang mengenakan charge yang tinggi apabila hendak diperbaharui. Macam – macam lagi. Baca. Tapi kalau kita rasa syarat yang diletakkan bukan masalah untuk kita pada masa hadapan, untuk jimatkan kos, bolehlah ambil jenis yang ini.

Kompeni yang bersifat international biasanya menyediakan pelbagai pilihan TLD (top level domain). TLD ni apa? Tu yang .com, .co.uk, .me, .xyz, .net, .biz, .ninja pun ada kalau anda nak. Yang sambungan segala macam dot itulah dipanggil TLD. Kalau anda ingin .com.my, ada banyak kompeni tempatan yang offer.

Bagi saya, saya pilih untuk membeli domain daripada Exabyte dan saya hanya beli domain sahaja, tanpa terikat dengan hosting plan yang disediakan. Pasal dia murahkah? Itu anda survey sendiri, baru puas hati. Jangan sekadar dengar cakap saya atau blogger lain. Kemudian saya pilih .com sebagai TLD sebab saya rasa itu yang terbaik, melalui pembacaan saya. Sekali lagi, anda boleh lakukan kajian sendiri.

Untuk makluman, domain ni kita boleh register minima setahun, yang pakai bulan rasanya tiada, setakat yang saya tahu. Satu tips yang saya boleh kongsi ialah namecheap selalu ada kupon, boleh dikatakan setiap bulan. Kupon ini tidak diletakkan di website mereka, tapi kita boleh search dengan mudah di google. Cari untuk yang bulan semasa. Dapat la jimat satu dollar dua.

Pilihan Pembekal Hosting Saya

Kemudian saya mencari pilihan hosting terbaik.

Hosting ini ialah tempat di mana kita nak letakkan domain kita tadi. Mereka inilah yang menyediakan server fizikal tempat di mana fail-fail website/blog akan disimpan. Senang cerita domain + hosting barulah jadi blog ini. Sepanjang beberapa blog yang pernah saya buat, yang free dan yang berbayar, saya sudah berpeluang mencuba beberapa jenis hosting. HostGator dan GoDaddy ialah dua kompeni yang saya pernah cuba, banyak kali. Sebab utama saya menggunakan perkhidmatan mereka ialah sebab boleh bayar secara bulanan menggunakan paypal, itu je sebab utamanya.

Sehinggalah saya terfikir, beli domain setahun, tapi hosting bayar sebulan – sebulan, nanti kalau saya tak renew hosting, membazirlah pula domain tu kan? Domain hidup lagi tapi, tak de tempat nak diletakkan. Kalau domain tu setahun apa salahnya saya bayar siap-siap hosting setahun. Tak rugi. (Nanti saya terangkan kenapa tak rugi).

Ada satu dua blog saya yang terdahulu yang terkubur ketika domain masih hidup. Jadi saya buat keputusan untuk cari hosting yang setahun. Lagi panjang tempoh sewaan kita, lagi murah sewa per bulan yang dikenakan. Murah banyak pulak tu. Jika dibandingkan hosting saya sekarang, dengan hosting dulu-dulu lebih kurang separuh harganya. Atas sebab itu saya rasa inilah pilihan hosting terbaik, bagi saya. Kalau saya ambil sewaan sampai tiga tahun, harganya boleh jadi satu per tiga dari kos bayar setiap bulan.

Tak rugi kalau kita anggap bayaran ini sebagai investment kepada blog kita. Bezanya keluarkan sejumlah sekaligus untuk setahun atau sejumlah kecil tapi setiap bulan. Ingat, yang kecil setiap bulan ni kalau total up akan lebih besar jumlahnya. Seolah-oleh beli kereta cash dan hutang. Tentulah beli cash lebih murah kan? Cuma bezanya, manusia macam kita ni mana mampu nak beli kereta cash, tapi kalau hosting setahun bayar lump-sump tak semustahil mana pun.

Nak tahu pilihan hosting terbaik saya?

bluehost

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *