Web Analytics

Perempuan Tidak Pandai Berdikari?

Perempuan tidak pandai berdikari. Tajuk motif sangat macam nak cari gaduh dengan kaum sendiri. hahahaha! Taklah, saja macam terfikir ok juga kalau tulis entri pasal perempuan. Kalau semua nak tulis pasal pasangan bercinta, tak best juga kan?

Betul ke ramai perempuan tidak pandai berdikari? Kalau tanya pada saya, haruslah saya bangkang 200%. kahkahkah!! Mana boleh jatuhkan kaum sendiri, kan? Cuma, kalau orang tanya “betul ke wujud perempuan tidak pandai berdikari?”, memang saya terpaksa setuju.

Tapi, pada saya bergantung juga keadaannya. Kalau berdikari tak bertempat pun tak boleh juga. Contoh, kalau ada orang cakap perempuan yang tak pandai panjat bangunan tu boleh dikategorikan sebagai golongan perempuan yang tidak pandai berdikari tu SANGATLAH TAK LOGIK.

Agak-agaklah, nak suruh perempuan panjat bangunan. hahahaha!!! Perempuan ni sebenarnya dalam Al-Quran memanglah ada sebut yang kita kaum yang lemah tapi bukanlah maksudnya tak mampu buat apa-apa cuma, di dalam Islam digambarkan macam kaum lelaki sebagai pelindung kaum perempuan.

Tapi bukan maksudnya perempuan langsung tak boleh buat kerja. Pada saya, berdikari ni sangat penting. Baik lelaki, mahupun perempuan. Contoh perkara-perkara yang MUNGKIN TIDAK SEMUA PEREMPUAN pandai buat macam dekat bawah ni.

1) Hal berkaitan kereta. Tak kiralah hal minyak hitam kereta, hal enjin kereta, hal nak tukar tayar kereta dan jangan pelik kalau saya sebut ada sesetengah perempuan tak pandai isi minyak kereta sendiri. Hmmm.

2) Bayar bil. hahahaha!!! Eh tergelak pulak, tapi memang betul. Ada juga perempuan yang tak pandai nak bayar bil sendiri. Semua nak harapkan lelaki. Susahlah macam ni. Sangat tak berdikari.

3) Penjagaan anak-anak. Pening kepala lelaki nanti kalau semua perempuan tak boleh berdikari bab ini. Kita kan orang perempuan, seeloknya kenalah pandai jaga sendiri anak kita kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Zaman sekarang, wujud je perempuan yang tak tahu nak jaga anak. Terkial-kial. Menyedihkanlah juga.

4) Last, yang setakat ini saya mampu terfikirlah. Perempuan yang tak boleh buat sebarang aktiviti sendiri. Contoh, nak pergi beli barang dapur mesti tunggu suami. Nak pergi klinik, kena tunggu suami juga. Ya Allah bahayalah perempuan macam ni. Kalau emergency case, macam mana?

Ok, cukuplah 4 je ciri yang saya terfikir setakat ini. Ada lagi ke contoh yang boleh kita cop dekat perempuan tu sebagai Perempuan tidak pandai berdikari? Kalau ada, bolehlah share dengan kami dekat sini.

perempuan berdikari

Penutup entri ni, saya cuma nak pesan dekat kaum sejenis saya ni. Cubalah sedaya mungkin jadi perempuan yang pandai belajar berdikari. Bukan nak lawan fitrah semulajadi, cuma kalau boleh janganlah jadikan diri tu “bebanan” orang lain. Selagi mampu buat sendiri, berdikarilah.

Oh ya, nampaknya ramai betul yang baca entry Amalan dan Doa Murah Rezeki. Kita Minta, Allah Pasti Beri! dalam blog saya ni. Mungkin lepas ni saya akan beri lagi antara amalan atau doa dapat rezeki yang lain.

Kesan Kadar Gaji Minimum Sektor Swasta – Ramai Wanita Bakal Bekerja?

Ini antara kesan dengan perlaksanaan kadar gaji minimum sektor swasta baru-baru ini. Ok, kalau fikir daripada 1 sudut memang ok sangatlah kan? Bila wanita bekerja, sikit sebanyak bolehlah ringankan beban suami yang selama ni menyara keluarga seorang diri.

Tapi, itu kalau fikir daripada 1 sudut jelah. Cuba, fikir daripada sudut yang lain pula. Isteri pergi kerja, keluar rumah pagi, balik kerja petang. Kalau rajin, masak. Kalau penat, keluar makan. Anak-anak pula, kena hantar pusat asuhan. Tak termasuk lagi kes dalam kelambu lagi. Mampu ke nak melayan tanggungjawab sebagai isteri?

woman working

Apa pendapat korang tentang isu yang diketengahkan dalam Kosmo Online ni? Ramai wanita bakal bekerja.

“KUALA LUMPUR – Pelaksanaan kadar gaji minimum bagi sektor swasta mampu menarik pekerja tempatan terutama wanita untuk bekerja di subsektor perkhidmatan hotel dan restoran, persidangan Dewan Negara diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, kerajaan yakin usaha itu juga dapat mengimbangi jumlah pekerja tempatan dengan pekerja asing di subsektor tersebut.

Berdasarkan Laporan Penyata Guna Tenaga Kebangsaan 2009, jumlah pekerja tempatan yang bekerja di hotel dan restoran di seluruh negara ialah 150,043 orang dan daripada jumlah itu 75,483 daripadanya ialah lelaki dan 74,560 merupakan pekerja wanita.

“Pekerja asing di subsektor ini pula ialah 25,287 orang dengan 18,511 orang merupakan pekerja lelaki manakala 6,776 lagi pekerja wanita,” katanya menjawab soalan Senator S. Bagiam Ayem Perumal.”

Apa-apapun, pada pendapat saya yang memang tak berapa nak arif ni. Semuanya memang ada baik dan buruknya. Sama macam keputusan perlaksanaan kadar gaji minimum sektor swasta baru-baru ini. Ada baik, kerana sah-sah dapat membantu rakyat dari segi kewangan. Lagi-lagi pada golongan yang kurang berkemampuan. Gaji minimum itu memang sangat berpatutan.

Cuma, ada juga kekurangannya kalau difikir-fikirkan. Suami, isteri bekerja. Duit gaji, memanglah masyuk tapi duit “keluar” pun boleh tahan juga. Kalau selalu sangat makan dekat luar dengan keluarga, duit habis dekat situ. Kan? Lagi 1, kalau dah tak ada siapa yang boleh asuh anak-anak. Nak tak nak, kenalah hantar ke pusat asuhan yang sah-sah berbayar. Duit lagi. Sama je!

Paling mengerikan bab institusi kekeluargaan lah kan? Walaupun saya ada merancang untuk terus bekerja walaupun sudah berumahtangga nanti, tapi nak atau tidak saya tetap tak boleh nak nafikan bahawa sebenarnya wanita ni “lebih” afdal tempatnya di dalam rumah. Menguruskan keluarga kerana memang itu yang dituntut dalam Islam.

Ok, kalau sebelum ni hanya golongan wanita yang ada pendidikan lebih sikit (sikit sahaja) sahaja yang akan bekerja dan wanita yang kurang berpendidikan hanya duduk dirumah kerana kalau keluar bekerja pun gaji tak sampai RM500 rasanya kan?

Dulu lah. Tapi, kalau sekarang ni dengan perlaksanaan kadar gaji minimum RM900. Haruslah semua wanita nak bekerja! Risaunya. Takut pula kalau kadar penceraian makin tinggi lepas ni. Suami isteri bekerja, rumahtangga tak terurus. Mintak simpang ya!!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *