Web Analytics

Pengalaman Terlibat Dalam Kemalangan

Pengalaman yang pernah saya ada yang terlibat dalam kemalangan saya adalah  banyak kali sampai pun bukan saya ingat sangat tepatnya berapa kali sudah saya mengalami.

Sekarang saya ingin kongsikan pengalaman yang saya alami di sini agar ia dapat menjadi pengajaran dan peringat buat pembaca semua. Banyak juga kes saya yang melibatkan motosikal. Jadi haruslah anda semua berhati-hati semasa menunggang motosikal di atas jalan raya.

kemalangan jalanraya

Kes-kes Yang Agar Susah Dilupai

Di Jalan Sungai Malau ke Tebing Tinggi (daerah larut matang dan selama): Saya jadi pembonceng, kawan saya bawa moto dengan pandu agak laju.

Bila nampak moto hadapan perlahan kawan saya lajukan moto untuk memotong, rupa -rupanya moto dihadapan perlahan sebab hendak membelok ke kiri. Berlaku pertembungan dan saya tercampak.

Bahagian kepala lutut kanan terhempap pada tar, kecederaan tidak begitu teruk, sedikit luka pada tangan dan lutut saya mula mengembung, untuk itu saya tidak boleh lipat ‘joint’ lutut dengan peha selama 5 hari.

Pengajaran yang ada pada saya

Bila nak memotong biarlah situasi selamat dan tidak terburu – buru, perlu perhatikan kenderaan di depan sama ada dia perlahan atau sebab nak belok atau tidak. Lagi satu tak perlulah bawak laju – laju sebab bila laju fokus lebih kepada kawalan moto dan kurang fokus dgn benda lain.

Kemalangan di Federal Highway

Di Federal Highway Susur keluar ke Jalan Pantai Baru : Ketika balik dari mid valley ke pejabat, seawal dapat moto, about 1 – 2 minggu jer. Kali ini saya membawa moto dan bawa seorang kawan pejabat.

Disebabkan tidak pasti susur keluar ke jalan pantai baru, saya telah tersalah masuk naik ke Kerinchi link, bila sedar salah masuk, saya pun belok secara mengejut ke kanan utk masuk semula ke Federal Highway. Apa lagi, kene hentam dengan kereta belakang, sib baik kereta wira belakang sempat brake. Saya dan kawan terselamat, cuma moto punya tongkat bengkok sehingga tak boleh nak ubah gear

Pengajaran yang diperolehi

Sebelum belok, tengok dulu kenderaan belakang, dan kalau sedar salah jalan, teruskan perjalanan dan jangan buat sudden turn (belok mengejut)

Kedua2 pengalaman ini amat berharga mendidik aku jadi lebih berhati2 dijalan raya. Aku harap ianya menjadinya PENGAJARAN BUAT PEMBACA SEMUA juga.

Aksiden Lain Yang Pernah Dialami

1. Kena langgar kereta masa bawa motor dari dari belakang di jln genting klang. ibu jari tak boleh bengkokkan almost 3 bulan, luka sikit tu kira standardlah

2. Kena langgar kereta dari belakang masa bawa moto depan bangunan mara jalan tar. motor teruk juga, banyak kena repair. luka teruk di bahagian kaki

3. Kena langgar dengan teksi depan ampang park, masa tu bawa motor slow2 jer. motor ok dan takde luka2

4. Jatuh motor masa bawa anak saudara. nasib baik dorang takde apa2. masa tu bawa slow2

5. Cuma tinggal 2 jam sudah nak raya, terbabas. Pengsan almost 2 jam, gegaran otak, gigi patah, muka,tangan teruk luka, tak ingat perkara2 yang berlaku dalam tempoh 24 sebelum kejadian.

6. Eksiden masa nak reverse kereta. dapat surat tp luckily surat di tarik balik sbb ada pihak tak ikut procedure..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *