Web Analytics

Pemandu Pelancong Dari Poland Ke Kuala Lumpur & Pulau Pangkor

Saya telah bertugas sebagai pemandu pelancong untuk rombongan dari Poland. Seramai 22 peserta rombongan telah hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2). Setelah menjemput mereka di KLIA2, saya terus membawa mereka ke Hotel dahulu untuk mereka berehat dan mandi untuk menyegarkan diri sebelum memulakan agenda mereka pada hari pertama ketika tibanya di Kuala Lumpur.

klia2

Seperti yang kita semua maklum, perjalanan dari KLIA2 ke Pusat Bandar Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang satu jam dan rombongan menginap di Pacific Regency Suites Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan dengan Menara Kuala Lumpur.

hotel suite

Setelah tiba di hotel, peserta rombongan diberi masa satu jam untuk bersiap sedia untuk agenda yang seterusnya iaitu makan tengah hari dan KL City Tour. Sebagai Pemandu Pelancong, saya harus memastikan perjalanan acara rombongan haruslah berjalan lancar dan pastikan segalanya telah sedia untuk rombongan seperti contoh tempahan restoran dan sebagainya. Selain dari itu, pengetahuan am tentang Malaysia haruslah sentiasa up to date supaya boleh diceritakan kepada para peserta rombongan. Selain dari itu pengetahuan sejarah juga haruslah ada kerana ia juga satu info penting untuk para pelancong yang datang ke Malaysia.

Batu Caves

Beberapa tempat yang dkunjungi adalah Kuil Batu Caves yang terletak di Gombak dan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini boleh dikatakan tempat wajib dikunjungi oleh pelancong asing. Disebabkan jadual rombongan agak padat tidak sempat pula untuk melawat Masjid Negara dan Thean Hou Temple. Kenapa kita membawa mereka melawat tempat-tempat ibadat yang terdapat di Malaysia adalah kerana, walaupun Malaysia adalah negara Islam tetapi penganut agama lain boleh mengamalkan agama mereka dengan bebas di Malaysia.

dataran merdeka

Selain dari itu Bangunan Sultan Abdul Samad pula adalah bangunan pertama yang diberi nama sempena nama pemerintah Melayu iaitu Sultan Abdul Samad. Bangunan bersejarah ini telah dibina menggunakan 4 juta batu bata yang dibawa melalui jalan sungai di belakang bangunan tersebut dari tempat yg yang diberi nama Bricksfield.

HARI KEDUA TUGASAN PEMANDU PELANCONG

Rombongan memulakan perjalanan dari hotel ke Sepang International Circuit (SIC) untuk acara perlumbaan Go-kart. Memulakan acara pada jam 9 pagi dan ternyata Litar Gokart di sepang dibina mengikut spesifikasi perlumbaan Formula 1. Ternyata perlumbaan gokart di Sepang menjanjikan pengalaman yang menarik untuk para peserta.

Perlumbaan di sini mengikut spesifikasi perlumbaan sebenar di mana mereka harus melalui tiga sesi iaitu,

  1. Sesi pertama (sesi latihan)
  2. Sesi kedua (sesi catatan masa terpantas)
  3. Sesi ketiga (sesi perlumbaan)

Setiap satu pusingan mereka harus melengkapkan 12 pusingan litar untuk menamatkan setiap sesi. Setelah selesai perlumbaan, segelintir dari peserta bersama-sama dengan saya telah melawat kawasan sekitar Sepang International Circuit (SIC) dan ketika itu pula sedang berlangsung sesi Winter Test MotoGP di situ. Maka kami pun tidak melepaskan peluang untuk hadir dan melihat sesi tersebut.

go cart 1

go cart 2

Setelah selesai acara di Sepang, saya bersama rombongan telah pulang ke hotel untuk bersiap sedia untuk check out dan makan tengah hari di 360 Atmosphere Restaurant di Menara Kuala Lumpur kemudian kami harus meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor yang mengambil masa lebih kurang 4-5 jam.

Ternyata pengalman makan tengah hari sambil menikmati pemandangan kota Kuala Lumpur telah menggamit pendangan. Sambil menikmati sajian yang disediakan oleh chef yang berpengalaman dan servis yang bertaraf lima bintang dari kakitangan restoran tersebut.

Untuk pengetahuan anda, tarikan utama di 360 Atmosphere Restaurant ini adalah ia adalah restoran berputar. Ya! Ia adalah restoran berputar di mana ia akan berputar sehingga 360 darjah dan sebab itulah nama restorang ini adalah 360 Atmosphere! 🙂

atmosphere 360

atmosphere 360 2

Setelah selesai kami makan tengah hari di sini, kami meneruskan perjalanan ke Jeti Lumut untuk menaiki Feri untuk ke Pangkor Island Beach Resort. Ternyata pengalaman bersama rombongan untuk ke Pulau Pangkor amat menyeronokan.

pulau pangkor

HARI KETIGA TUGASAN PEMANDU PELANCONG DI PULAU PANGKOR

Hari ketiga bermula dengan sarapan pagi di restoran Pangkor Island Beach Resort. Menghayati sarapan pagi di tepian pantai ternyata aman menyamankan dan menenangkan. Selain dari itu, terdapat banyak burung Kenyalang/Enggang di sini membuatkan jiwa tereasa tenang dan dekat dengan alam sekitar.

food cuisine

Setelah selesai kami memulakan Island Tour dengan menaiki bot. Melihat beberapa tempat ternakan ikan dan beberapa chalet-chalet dan pusat peranginan 5 bintang di sekitar Pulau Pangkor. Kemudian kami ke pekan Pulau Pangkor selama satu jam sebelum memulakan aktiviti snorkeling. Antara buah tangan yang anda dapat beli di sini untk keluarga, sanak-saudara mahupun rakan-rakan adalah ikan kering dan juga ikan bilis. Kalau nak beli baju ataupun keychain pun ada di sini. Sekurang-kurangnya adalah juga buah tangan untuk sahabat-handai bukan?

Acara yang dinanti adalah aktiviti snorkeling! Kami telah dibawa ke satu tempat khas untuk snorkeling dan ternyata para peserta sangat seronok dan ‘enjoy’ aktiviti snorkeling. Al maklumlah, di tempat mereka iaitu Poland hampir sepanjang tahun adalah musim sejuk, hanya pada pertengahan tahun sahaja musim panas itu pun dalam 2-3 bulan sahaja. Apa yang lebih menerujakan mereka adalah ketika memberi makan kepada ikan dan dikerumun oleh sekumpulan ikan-ikan ketika snorkeling!

beach activity

pulau pangkor 2

Setelah selesai aktiviti snorkeling kami terus pulang ke hotel untuk makan tengah hari dan setengah dari peserta rombongan telah pergi untuk mendapatkan urutan di spa hotel. Manakala yang lain-lain menruskan aktiviti pantai seperti banana boat dan juga jet ski.

rafting

Ternyata aktiviti pantai di Pulau Pangkor sangat menarik lebih-lebih lagi di Pangkor Island Beach Resort. Keadaaan pantai yang cantik dan pasir yang putih ternyata menenangkan. Selain dari banana boat dan jetski, pengunjung juga boleh mencuba aktiviti parasailin di sini dan ia memang sangat menyeronokkan! Lepas sekali cuba mesti nak lagi!

Kemudian para rombongan juga mengadakan pertandingan bola tampar pantai di antar mereka! Nak lihat lebih lanjut bolehlah menatap gambar-gambar berikut!

HARI TERAKHIR TUGASAN PEMANDU PELANCONG BERSAMA ROMBONGAN DARI POLAND

Hari terakhir kami di Pulau Pangkor. Menikati sarapan pagi sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Setelah selesai sarapan pagi, kami menikmati panorama sekitar Pangkor Island Beach Resort dan bergambar kenang-kenangan di sini. Ternyata, pengalaman bersama rombongan dari Poland ini memang menyeronokkan. Siap ajak datang Poland tu! Jadi, lepas ni boleh masuk dalam list negara Poland untuk trip backpacking kelak! Yang seronoknya perhubungan pelanggan kini penjadi persahabatan. Itulah yang seronoknya menjadi Pemandu Pelancong ini.

Kami menaiki feri ke jeti Lumut dan bas persiaran kami telah sedia menunggu di situ untuk kami meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Dan sebelum kami ke KLIA2, kami singgah sebentar di Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur (KLCC) untuk bergambar. Kemudian kami menjamu makan malam di Passage Thru India sempena Farewell dinner sebelum bertolak ke KLIA2!

KLCC

passage thru india

fine indian cuisine

Jadi, sampai di sini sahaja coretan diari Pemandu Pelancong saya, dan jika ada kesempatan yang lain akan saya kongsikan untuk tatapan kita bersama. Pastikan anda tinggalkan komen di bawah ya!

Artikel berkaitan:
Lawatan ke tempat menarik di Melaka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *