Kerajaan Singapura telah melaksanakan peraturan media yang menetapkan media online perlu memohon lesen di bawah Lembaga Pembangunan Media dan perlu membayar deposit sebanyak AS$39,500 atau bersamaan RM117,141. Boleh baca berita di Harian Sinar bertajuk SINGAPURA KETATKAN UNDANG-UNDANG SIBER.
Dalam pada itu pula pihak Polis Diraja Malaysia telah mula bertindak k eatas mereka yang melanggar undang-undang dengan mengadakan demonstrasi, terutamanya berkaitan dengan PRU13 yang lalu.
Kemudian disusuli pula oleh segolongan rakyat negara Malaysia yang kita cintai ini menggunakan laman sosial untuk mengutuk dan menghina Yang Di Pertuan Agong pula. Tak cukup dengan itu ada yang sanggup menghina Nabi Muhammad s.a.w pula.
Ia seakan-akan memberikan satu isyarat bahawa kebebasan yang di paksikan oleh demokrasi itu membolehkan sesiapa pun boleh berbuat apa saja.
Kalau negara kita mengikut jejak Singapura mensyaratkan pemilik blog perlu ada lesen dan mematuhi peraturan-peraturan atau undang-undang tertentu, tentulah perit juga lah kan. Mana tak nya nak kena bayar hosting lagi, nih kena bayar lesen la pulak.
Perlukah Undang-undang Siber DiPerketatkan?
Seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, undang-undang siber yang ada sudah mencukupi dan kerajaan tidak akan memperketatkan lagi undang-undang siber yang ada. Ini dengan jelas menunjukkan kerajaan telah memberikan kebebasan kepada rakyat Malaysia dalam menggunakan media sosial dan internet ini. Walaubagaimanapun penggunaan nya perlulah menitikberatkan beberapa perkara penting antaranya:
1. Keharmonian dan rasa hormat antara satu sama lain.
2. Kesahihan setiap berita yang hendak dikongsi agar tidak menimbulkan fitnah.
3. Mendokong apa yang telah disyaratkan di dalam Perlembagaan Malaysia.
4. Menghindarkan rasa curiga antara satu sama lain.
5. Menjadikan media sosial sebagai satu platform untuk berhubung sesama manusia dalam konteks silaturahim
Hakikatnya terdapat juga golongan yang cuba mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain. Dalam hali ini golongan wanita lebih terdedah dalam bahaya jenayah. Ramai pengguna laman sosial telah mendedahkan banyak identiti mereka sehingga dapat dikesan oleh mereka yang hendak melakukan jenayah. Oleh itu kita perlu sedar had-had yang boleh kita dedahkan di media sosial agar ia tidak membahayakan diri dan keluarga kita.
Penguatkuasaan dan perlaksanaan undang-undang haruslah dilakukan secara berterusan. Kerana jika ia terlepas pandang akan memberikan kesan dan imej buruk kepada negara. Pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan seharusnya menilai apakah ia akan menyumbang kepada budaya yang baik atau tidak didalam masyarakat Malaysia atau ia sebenarnya akan memporak perandakan keadaan kelak.
Bagi pendapat aku lah, kalaulah kerajaan dapat melaksanakan undang-undang yang ada dengan lebih cekap dan berkesan, rasanya sudah cukup untuk mengawal keadaan. Tetapi masalah utama ialah tenaga kerja yang mungkin tidak mencukupi. Terutamanya dipihak SKMM dan PDRM. Kalau di Singapura tak pe la sebab rakyat pun tak ramai, negara pun kecil. Tapi negara kita rakyat ramai negara pun besar, tentu macam-macam perkara boleh terjadi.
Kalau la ada yang setuju undang-undang siber diperketatkan atau media sosial di kawal oleh kerajaan, apa pendapat dan alasan anda untuk bersetuju?
Undang Siber Tentang Cetak Rompak
Kita kini melihat banyak undang-undang siber mengenai buku-buku yang ada di sana kerana filem dan industri rekod telah menghantar pelobi mereka ke Washington DC untuk mendapatkan undang-undang yang diluluskan untuk mencegah kecurian hak cipta ini.
Adakah ia berfungsi? Jawapannya adalah ya dan tidak sebab perkara tentang cetak rompak masih wujud. Dan ragu jika semuanya dapat dihentikan. Kesatuan Eropah baru saja keluar dengan undang-undang baru untuk melindungi syarikat daripada individu yang memuat turun sesuka hati tanpa membayar untuk filem, dan lagu-lagu.
Syarikat-syarikat software juga mengalami kerugian yang besar, dan ia bukan hanya di tempat-tempat seperti China di mana anda boleh menjangkakan kebanyakan kes cetak rompak berlaku di negara ini. Tetapi walaupun di negara yang maju seperti Amerika Syarikat, banyak juga kes cetak rompak yang juga berlaku di sana.
Internet adalah network yang hubungkan seluruh dunia, semasa kami menyeberangi jurang digital. Kadang-kadang orang tidak mampu untuk membeli lagu atau filem, jadi mereka memuat turun dari laman web yang telah merompak lagu-lagu dan filem, dan kemudian ada orang-orang yang membina laman web yang mengedarkan bahan ini yang mencari cara untuk memegangnya.
Walaupun kita mempunyai undang-undang di Malaysia, tapi ia adalah ragu bahawa undang-undang siber boleh menghentikan masalah cetak rompak ini. Nampaknya undang-undang siber hanya berkesan atas orang yang jujur. Penjenayah boleh bergerak dengan terlalu cepat dan susah untuk dihentikan. Walaupun dengan tanggungkan nama domain mereka, tetapi perkara ini masih tidak dapat dihapus dengan sepenuhnya.
Baca juga: