Web Analytics

Parking OKU Selalu Sangat Kena Ceroboh

Parking OKU yang disediakan di tempat awam bukan untuk golongan-golongan kurang upaya. Memang Parking OKU ni selalu sangat diceroboh oleh orang-orang yang sempurna sifat ni.

parking oku

Ini memang bukan benda baru. tetapi sudah lama berlaku di negara kita. Jika anda tidak percaya, boleh anda tengok diri pada gambar-gambar di bawah ni. Jika anda ada pergi ke pejabat-pejabat atau shopping malls, memang biasa untuk anda nampak banyak tempat parking OKU yang diceroboh oleh orang-orang yang bukan OKU.

parking oku

Sayang seribu kali sayang. Dalam dunia yang moden ini memang terdapat semakin banyak orang yang memandu kereta mahal tapi otak miskin.

Aku cuba untuk bersangka baik. Aku cuba anggap yang dorang ni sebenarnya golongan OKU, atau dorang dah tercirit dalam seluar, tapi kenapa aku tak tau agak susah untuk aku bersangka baik macam tu. Selalu aku tak macam ni. Nak kata faktor umur, aku ni masih remaja lagi. Tak tau lah kenapa jadi cenggini.

Nak kata dorang ni OKU, mana Stickernya?

parking oku 3

Ini yang sepatutnya. Bukan orang-orang yang sempurna sifat Parking kat sini.

Entri ni bukan aku nak salahkan sesiapa. Nak salahkan sekolah tak boleh jugak, sebab kat sekolah dah diajar pendidikan agama Islam dan juga pendidikan moral. Sepatutnya moral dan mentaliti tak macam ni.

Aku ni walaupun tak dapat A dalam subjek pendidikan agama Islam, selalu lari dari kelas Bahasa English dan juga matematik tambahan, tapi aku tau nak bezakan mana Parking untuk aku dan mana Parking untuk insan-insan istimewa ni.

parking oku 4

Apa alasan terbaik korang untuk korang Parking kat Parking OKU ni?

” Alah! Parking OKU ni selalu je kosong tak ada orang Parking.”

Habis tu, sebab kosong jadi korang nak isikan tempat kosong tu ke? Ini bukan Paper SPM nak kena isi tempat kosong. Ini soal tanggungjawab. Mana tanggungjawab korang kat kawan-kawan korang yang kurang upaya ni? Kosong tak semestinya tak ada. Kosong tak semestinya Najwa Latiff.

“Alah, dorang ni orang kurang upaya. Buat apa nak keluar rumah? Duduk diam je lah dalam rumah tu.”

Apa korang ingat orang kurang upaya ni tak ada Life ke? Dorang pun bekerja jugak untuk cari duit. Tau tak korang ada antara orang kurang upaya ni lagi berjaya dalam bisnes yang dia usahakan? Tapi bila korang dah Parking kat ruangan dorang, korang sedar tak korang dah menyusahkan dorang?

Kenapa aku membebel macam mak nenek ni?

Aku membebel ni sebab salah sorang sahabat aku orang kurang upaya. Gambar-gambar ni pun gambar-gambar dari dia. Korang tau tak dorang memang perlukan Parking tu untuk mudahkan urusan dan jugak Life dorang. Kenapa kita nak menyusahkan dorang?

Kenapa tak bantu dorang untuk mudahkan urusan dorang? Dorang sikit pun tak mintak derma dan jugak bantuan dari segi kewangan kat kita walaupun dorang serba kekurangan, tapi kenapa kita tak nak bertolak ansur sikit pun dengan dorang? Dorang nak bergerak pun susah. Kenapa nak tambah kesusahan dorang lagi?

“Alah! Dorang boleh je Parking kat tempat Parking biasa tu bro!”

Cuba bagi ukuran saiz Parking biasa tu sekarang. Parking biasa tu kalau kereta sebelah termasuk sikit dalam Line Parking korang pun dah susah nak keluar.

Aku yang berperut Six Pack ni pun tersepit nak keluar, ini kan pulak kalau nak keluarkan orang kurang upaya dari dalam kereta. Tu belum lagi nak dudukkan dorang atas Wheelchair. Tak pernah fikirkan ke situasi dorang macam mana?

Tolonglah. Aku menyeru kepada semua. Tolong prihatin pada golongan-golongan kurang upaya ni. Bukan mintak duit pun. Mintak supaya korang prihatin pada dorang. Janganlah Parking kat Parking OKU kalau korang sempurna sifat.

Prihatin dan pupuk sikit rasa tanggungjawab tu. Orang cakap, biar belajar tak tinggi tapi tau apa yang betul apa yang salah daripada belajar tinggi-tinggi tapi daya pemikiran macam orang yang beli sijil belajar tu.

Kalaulah ada tindakan tegas , aku rasa tak ada manusia sempurna sifat nak Parking kat Parking OKU. Kalau merokok boleh didenda RM2000, apa salahnya kalau pemarking-pemarking (wow) yang bukan OKU dikenakan tindakan yang sama. Kan menarik ni. Ni pun kalau kerajaan amat prihatin kat golongan kurang upaya ni.

Kalau korang bantu aku untuk sebarkan artikel ni, lagi Win. Kita sama-sama wujudkan Awareness sebab benda ni dah makin kritikal dah sekarang. Orang dah tak pedulikan lagi pasal golongan-golongan kurang upaya ni.

Anda sebarkan kepada tiga orang kawan korang, dan suruh dorang jugak sebarkan kepada tiga orang lagi kawan-kawan dorang. Ehh. Macam filem Jai Ho pulak. Hahaha. Tapi mungkin berkesan untuk timbulkan Awareness ni.

Baca juga: Mencari Tempat Menginap Di Kuching, Sarawak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *