Pantas Seru Rezeki RM 20 Dibalas RM200 ini adalah artikel berdasarkan kisah benar yang berlaku dan sedikit pun saya tidak menambah atau kurangkan jalan ceritanya. Ok, tipu. Adalah saya ubah-ubah sikit seperti nama si polan untuk artikel Pantas Seru Rezeki ni untuk jaga hati orang.
Cerita Bukan Baru
Ini sudah merupakan satu cerita yang agak lama sebenarnya. Masa belek-belek cover ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki, saya teringat apa kes yang terjadi pada diri saya sendiri pada suatu masa dahulu.
Pada waktu itu, saya baru sahaja belajar tentang ajaibnya solat Dhuha dan juga ilmu yakin iaitu bila kita keluar 1, ia akan digandakan dengan 10.
Nak dijadikan cerita, ada satu masa tu saya tiba-tiba terputus dengan wang. Bukannya duit saya kurang atau tiada tetapi semua disebabkan oleh kad ATM Maybank saya ada masalah di mana ia tidak dapat keluarkan wang dari mesin ATM walaupun saya tekan dengan kata laluan yang betul.
Jadi, dengan ini saya rasa memang Allah nak suruh saya “test” petua Pantas Seru Rezeki dengan ilmu yakin yang saya belajar di internet dan juga dalam Youtube.
Petang tu, saya kelam kabut nak pergi ke ATM sebab nak buat bayaran untuk “yuran tahunan” bagi domain dan hosting yang muat blog ini, iaitu Serverfreak. Hari itu adalah hari terakhir untuk saya buat bayaran sebelum pihak Serverfreak sekat servis mereka untuk blog saya sampailah saya bayar nanti.
Kononnya nak keluarkan duit dari mesin ATM dan masukkan duit ke dalam account Serverfreak. Jangan tanya kenapa saya tidak uruskan semua ni secara online saja sebab mestilah ada sebab musabab lain yang saya malas nak cerita pada masa ini di sini. Sebab agak panjangnya cerita jika nak bagi tahu. hahahaha! Ok, sambung. Nak dijadikan cerita, semua ATM di bank yang saya kunjung rosak pada waktu itu.
Pada masa itu saya masih fikir positif dan bersabar. Jadi, saya pergi cari ATM lain dan iyelah kan saya katakan tadi mungkin inilah waktu yang Allah nak suruh saya “test” petua Pantas Seru Rezeki dengan ilmu yakin dan berserah pada Allah. Kali ini ATM tak rosak tapi kad ATM saya yang tak boleh nak dibaca oleh ATM mesin tu! Magic!
Ok, ketika itu duit dalam poket ada RM50. Saya singgah Pteronas untuk isi minyak kereta sebanyak RM 30 dan bakinya saya belek-belek. Waktu itu saya tengah tunggu dalam kereta sementara pekerja Petronas isikan minyak. Habis saja dia tolong isi minyak ke dalam kereta saya, dia ketuk cermin kereta dan angkat tangan sebagai isyarat yang dia sudah siap isi minyak.
Tapi, saya lambai balik pada lelaki Bangladesh itu dan saya berikan duit RM10 kepada beliau. Seperti biasa, memang rasanya belum ada lagi yang menolak bila saya buat macam ini. Dia ambil duit itu dan ucap terima kasih sambil cium duit (buruk jugalah perangai tapi biarlah).
Dalam hati, saya sempat katakan macam ini “Ya Allah, aku dah korbankan RM10 untuk Engkau. Tolong selesaikan urusan aku, Ya Allah”. kemudian saya pandu kereta lagi dan berhenti di tepi jalan untuk fikirkan nama kawan-kawan yang mungkin boleh saya hubungi untuk minta tolong.
5 minit lepas tu, saya nampak ada seorang pakcik berjanggut putih, berserban putih dan berjubah putih jalan nak kutip duit sambil ketuk-ketuk cermin kereta orang tepi jalan.
Tetapi malangnya tak ada orang pun yang buka cermin kereta mereka. Tanpa fikir banyak, saya geleng kepala dan terus buka cermin kereta dan panggil pakcik datang ke kereta saya. Saya hulurkan duit terakhir dalam dompet saya RM10 pada beliau dan sebagai ganti beliau beri senaskah surah Yasin.
Dipendekkan cerita Pantas Seru Rezeki RM20 Dibalas RM200 ini, akhirnya petang itu saya dah kira tawakal sajalah. Ada rezeki, adalah masa saya nak pergi transfer duit online ke Serverfreak. Kalau tidak, esok-esok sajalah dan pastinya blog saya menggila. Saya lupakan saja kes nak “test” RM20 tu nak jadikan berganda.
RM20 Jadi RM200
Alhamdulillah, Maghrib. Tiba-tiba saja saya dapat panggilan telefon kawan yang pernah berhutang dengan saya. Nilainya lebih daripada RM 200 tapi, mungkin sebab “test” saya itu saya keluarkan RM20, jadi kawan saya tu cuma cakap yang dia nak bayar hutang tapi RM200 sahaja!
Gelak dalam hati saya sambil ucap Alhamdulillah. Dalam masa 30 minit macam tu RM200 dah ada pada tangan saya dan lepas tu saya terus pergi ATM dan bank in. Email pihak Serverfreak dan selesailah cerita itu. Saya rasa amat gembira pada hari itu sebab Test Pantas Seru Rezeki saya telah lulus.