Apakah pakej percutian ke Langkawi terbaik yang disediakan oleh agensi perlancongan? Boleh anda ketahui senarai pakej lengkap percutian ke Pulau Langkawi melalui artikel di bawah ini.
Terletak kira-kira 30 kilometer dari tanah besar arah barat laut Malaysia, Pulau Langkawi yang terletak di negeri Kedah merupakan sebuah kepulauan yang menyimpan harta yang terpendam yang terdiri daripada 104 pulau-pulau, menghiasi sepanjang sisi Laut Andaman.
Ia secara rasmi dinamakan sebagai Langkawi Permata Kedah (Langkawi the Jewel of Kedah), dan berkesinambungan daripada gelaran permata asli yang diberi.
Pulau ini telah diiktiraf oleh UNESCO pada tahun 2007 sebagai salah satu daripada 94 geopark global di dunia daripada 27 negara. Ia dinamakan sedemikian kerana memiliki kecantikan alam semulajadi yang menakjubkan.
Susunan Perhiasan Semulajadi Yang Ulung
Langkawi memiliki pelbagai susunan perhiasan semulajadi yang ulung dan bermutu tinggi dengan guanya yang luas kaya dengan pembentukan stalaktit dan stalagmit, hutan purba, hutan bakau, air terjun, hidupan liar, dan gua laut dan terowong.
Jadi kepada pelancong luar yang ingin menikmati pemandangan semula jadi yang menakjubkan di Langkawi, mereka harus memilih pakej percutian ke Langkawi yang memasukkan kedua-dua elemen lengkap semulajadi iaitu tarikan di pulau dan pengembaraan dasar laut.
Sebelum anda memilih mana-mana pakej, anda perlu tahu dengan terlebih dahulu apakah elemen lengkap semulajadi yang terdapat di Pulau Langkawi yang dimaksudkan? Beberapa tarikan yang paling popular dalam kategori ini adalah seperti berikut:
Taman Buaya Langkawi
Taman buaya ini memiliki kawasan seluas 20 ekar dan merupakan rumah kepada sebilangan buaya terbesar. Reptilia yang ditempatkan di ladang ini adalah buaya yang baru lahir sehinggalah buaya yang menjadi pemegang rekod diiktiraf di peringkat global dari segi saiz besar. Di sini, pelawat boleh memerhatikan dengan lebih dekat dengan buaya-buaya beraksi.
Jambatan Gantung (Sky Bridge) Langkawi
Terletak tinggi pada ketinggian 2300 kaki di atas paras laut, Sky Bridge Langkawi adalah sebuah tempat yang sempurna untuk pemandangan panorama Langkawi. Perjalanan kereta kabel juga disediakan, dan ia akan membawa pengunjung walaupun sehingga puncak tertinggi kedua pulau itu.
Taman Hidupan Liar Langkawi
Taman Hidupan Liar atau Langkawi Wildlife Park adalah sebuah taman tropika yang mempunyai pelbagai jenis burung-burung yang mempersonakan. Kebanyakan burung di pulau ini adalah jenis yang jarang ditemui tetapi kebanyakan kelihatan indah dan cantik. Dalam taman ini terdapat burung yang termasuk burung peniru seperti Mynas dan burung kakak tua.
Underwater World Langkawi
Underwater World Langkawi dikenali sebagai salah satu tarikan terbaik Pulau Langkawi, dan ia juga dikenali sebagai akuarium terbesar yang didapati di Malaysia.
Ia menjadi rumah dan tempat tinggal kepada kira-kira 200 spesies yang berbeza daripada ikan laut dan air tawar termasuk ikan pari gergasi, sepises anjing laut Harbor Seals, penguin Rockhopper, dan jerung. Terdapat juga Arapaima Amazon, iaitu ikan air tawar terbesar di dunia.
Tarikan laut
Selain daripada tarikan atas pulau, Langkawi juga mempunyai tarikan bawah laut dan pengembaraan untuk pelawat, antaranya adalah seperti berikut:
Taman Laut Pulau Payar
Taman Laut Pulau Payar adalah taman laut tunggal Malaysia Barat yang menawarkan bukan sahaja kekayaan menarik hidupan laut tetapi juga beberapa pantai berpasir yang merupakan tempat yang sangat baik dan sesuai untuk berkelah dan aktiviti luar yang lain.
Pencari pengembaraan boleh menggunakan laluan mendaki untuk menerokai rahsia-rahsia dalaman pulau itu. Keseronokan melihat jerung bayi dari dekat dan juga boleh didapati tidak jauh dari pantai.
Pelayaran
Bagi mereka yang ingin mencari keindahan pulau-pulau dalam suasana mewah yang bergaya dan selesa, Langkawi juga mempunyai marina bertaraf dunia dan kemudahan kapal layar.
Ianya tersedia untuk disewa kedua-duanya sama ada untuk keperluan pelayaran swasta dan juga untuk kumpulan atau kegunaan keluarga. Kapal Layar yang disediakan dalam pelbagai saiz dan jenama semua turut boleh didapati.
Selepas pengenalan tentang semua tempat tarikan di Pulau Langkawi, jadi anda kini sudah mengetahui apakah tempat yang perlu ada dalam senarai lawatan anda jika melancong atau bercuti ke pulau Langkawi nanti. Seterusnya barulah anda gunakan senarai ini sebagai rujukan ketika anda memilih pakej percutian ke Pulau Langkawi.
Terdapat banyak pakej percutian ke Langkawi yang mengutamakan bajet dan pilihan pelancong dan mengambil kira dari segi tempat penginapan homestay atau hotel, kenderaan, tempoh percutian, senarai tempat lawatan dan sebagainya. Sebagai contoh, pakej percutian mengikut hari yang selalu ditawarkan adalah pakej 4 Hari 3 Malam, 3 Hari 2 Malam dan 2 Hari 1 Malam.
Di bawah adalah senarai penyedia pakej percutian ke langkawi yang boleh anda hubungi untuk membuat urusan seperti pertanyaan dan membuat tempahan dengan mereka:
1) www.melancong.com.my
2) www.langkawismartholidays.biz
3) www.permataholidays.com.my/pakej
Baca juga:
- Lawatan ke tempat menarik di Melaka
- 45 Tempat Menarik di Penang