Web Analytics

Nilai Seseorang Manusia Ada di Mana?

Namanya? Pangkat? Jumlah hartanya mungkin? Korang rasa nilai seseorang manusia, letaknya di mana? Hmm, mungkin kita masing-masing ada pendapat berbeza kan? Biasalah, kita pun ada citarasa berlainan. Tak mungkin ada 2 manusia yang serupa di bumi Allah ini

Ok, berbalik pada soalan saya tadi, nilai manusia ada di mana?

nilai manusia

Ada orang akan bangga bila dapat berkenalan dengan orang berpengaruh, punya nama. Saya beri contoh mudah, ramai yang suka dan bangga bila kenal rapat dengan artis atau ahli politik contohnya. Bila dapat jumpa artis atau ahli politik, habis dicanangnya 1 Malaya. Terasa? Tak apa, itu biasa. Kenapa ada perasaan bangga? Sebab manusia yang kita kenal itu punya nama. Dapatlah kita menumpang popular? Terpulang.

Pada saya, nama tidak membawa apa-apa. Mungkin, di dunia orang sayang kita kerana kita punya nama. Tapi, nama kita tidak boleh menempah tiket untuk duduk di baris hadapan sewaktu berkumpul di Padang Mahsyar. Jadi, nilai nama pada manusia tidak bermakna. Saya berkawan dengan artis dah lama sejak zaman belajar lagi, tapi saya tak pernah anggap mereka artis yang punya nama. Saya makan guna tangan, mereka pun sama. Saya makan di gerai biasa, saya ajak bersama. Layanan tetap sama dengan kawan-kawan yang lain. Lebih selesa.

Ada orang pula akan berbangga bila punya pangkat yang tinggi. Habis kecoh 1 kampung, dia punya itu ini. Mahu tandatangan yang di laku? Boleh jumpa dia. Oooo, bahaya kalau punya pangkat tapi disalahgunakan. Pada saya, pangkat kita tinggi mana pun tidak akan berguna diakhirat kelak kalau kita terlalu bermegah-megah waktu di dunia. Saya tidak pandang pangkat seseorang untuk berkenalan, itu tidak penting bagi saya. Nilai pangkat hanya perlu pada sesetengah tempat sahaja. Jadi, tidak penting juga ya nilai pangkat ni 😉

Nilai seseorang manusia dipandang pada harta, mungkin? Hmm, keadaan keliling kita sekarang memang beginilah. Bila kita punya harta, orang akan hormat. Kalau kita kurang berharta, orang pandang rendah pada kita. Kenapa ek jadi macam tu? Besar sangat ya impak harta seseorang pada dirinya?hmmm

Kalau kita menilai manusia pada harta mereka sahaja parahlah dunia. Orang yang berharta, kita agungkan. Orang yang tidak punya harta, terabai. Aduh, sedihlah kalau ada diskriminasi macam ni. Jadi, nilai seseorang manusia tidak boleh diukur daripada segi jumlah hartanya.

Jadi, apa?

Kalau nilai seseorang manusia tidak boleh dinilai dengan nama, pangkat dan harta..jadi apa?

Islam itukan indah. Siapa pencipta Dunia ini? Allah. Siapa yang menjadikan kita? Allah. Siapa yang memegang roh kita?Allah. Siapa pemberi rezeki? Allah. Siapa yang beri kita nikmat Agama Islam? Allah.

Jadi, kalau ditanya pada saya nilai seseorang manusia itu ada di mana? Saya dengan yakinnya akan jawab. Manusia hanya bernilai sekiranya punya IMAN di dalam hatinya. Iya, IMAN lebih bernilai daripada segala-galanya. Manusia tiada nilai sebenarnya jika kerana manusia hanya HAMBA ALLAH yang tidak memiliki apa-apa pun. Nama, pangkat dan harta yang kita miliki kepunyaan Allah. Hanya nikmat IMAN sahaja yang mempunyai nilai dan mulia di sisi Allah nanti.

Sejarah Awal Manusia Ditipu?

Bila menyebut tentang sejarah awal manusia, ramai di kalangan kita ketahui sejak dibangku sekolah lagi serta faham dan menyangka bahawa manusia di zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik, dan Logam adalah masyarakat yang tidak tahu langsung tentang apa-apa, tidak berpakaian, malah tidak tahu bertutur kata sesama mereka.

Charles Darwin

Kita juga difahamkan bahawa mereka tinggal merempat dan berpindah randah ke satu tempat ke tempat yang lain dan tinggal di dalam gua sebagai tempat perlindungan.

Para saintis Barat juga telah membuat pelbagai andaian dan yang paling mengejutkan, kajian yang dibuat oleh Charles Darwin yang menyatakan bahawa manusia merupakan satu evolusi fizikal yang berubah dari seekor beruk menjadi seorang manusia.Bagi saya, ini merupakan ‘statement’ yang ‘kurang ajar’.

Sebagai orang Islam, apa yang diajar kepada kita sepatutnya ialah, manusia pertama kalinya dicipta ialah Nabi Adam as. Allah mencipta Nabi Adam as daripada tanah dan seterusnya mencipta pasangan bagi Nabi Adam untuk menjadi teman hidupnya dari tulang rusuk baginda dan dinamakan Hawa.

Bermula dari penciptaan Nabi Adam as, perkembangan manusia bertambah sikit demi sedikit sehinggalah sekarang adalah melalui proses persenyawaan antara lelaki dan perempuan melalui percantuman air mani. Sebagai seorang manusia yang mempunyai akal, teori evolusi yang dinyatankan oleh saintis barat ini adalah sangat bertentangan dengan sejarah awal penciptaan manusia dalam Islam.

Andai kita semua cuba memikirkan teori ini dari positif bahawa jika manusia adalah merupakan proses evolusi fizikal dari seekor beruk berubah sedikit demi sedikit mengikut perubahan zaman sehingga menjadi manusia, hal ini masih tidak boleh diterima oleh akal kita. Mengapa banyak lagi beruk-beruk di dalam hutan sana masih belum berubah menjadi manusia?

Jika titik penting perbincangan ini beruk tersebut berubah disebabkan perubahan cuaca semakin panas menyebabkan bulu-bulu beruk itu gugur sehinggalah menjadi manusia. Ini adalah fakta yang melucukan.

Jika kita semua difahamkan oleh saintis barat bahawa masyarakat awal dunia tidak tahu bercakap malah tinggal di dalam gua sebagai tempat berlindung, bagaimanakah pula Nabi Adam sewaktu di syurga berinteraksi dengan para malaikat jin dan Allah sendiri?

Dan bagaimana pula dengan pembinaan Kaabah dan Masjidil Aqsa oleh Nabi Adam sendiri? Ini menunjukkan sejak zaman Nabi Adam lagi pembangunan dari sudut infrastruktur sudah maju dan bertamadun.

Mari kita sama-sama buka minda dan akal serta menilai sendiri fakta yang telah di tanamkan dalam setiap umat generasi sekarang yang jelas bercanggah dengan kisah sebenarnya. Nantikan dari saya siri berikutnya tentang penjelasan penyelewengan fakta sejarah yang telah diajar kepada kita sehingga sekarang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *