Web Analytics

Minat Blogging, Hobi dan Kerjaya

Anda antara pembaca yang minat tentang blogging? jika ya, makan kita memang mempunyai minat yang sama.

Mungkin terdapat ramai blogger di negara ini yang mempunyai minat untuk tulis blog and pada masa yang sama suka berkongsikan apa yang mereka tahu kepada semua orang.

minat blogging

Ada antara blogger yang sudah popular dan blog mereka memang dibaca oleh ramai orang dan mereka mempunyai pengaruhan tertentu dalam bidang yang mereka tahu. Inilah merupaka salah satu kecapaian untuk mereka. Ia juga merupakan matlamat saya untuk menjadi seorang blogger yang dikenali oleh orang ramai.

Terdapat banyak  cara untuk seseorang blogger untuk jadi popular. Selain daripada tulis blog, ada juga orang yang pakai Facebook, Instagram dan Youtube. Semua platform ni merupakan media yang terbaik.

Mereka tidak perlu keluarkan duit untuk buat periklanan sebab semua platform ni boleh digunakan secara percuma dan mempunyai liputan yang luas. Asasnya, kita hanya perlu memiliki mel elektronik sahaja. Menggunakan email ini, yang majoritinya percuma kita boleh mendaftarkan akaun social media yang dihajati. Selain daripada email, nombor telefon juga boleh digunakan untuk mendaftar.

Proses seterusnya mudah, tambah kenalan, aktif sentiasa dan dengan itu semakin berkembanglah kehadiran kita di alam cyber. Cuma yang perlu diingat ialah sebagaimana kita mejaga diri kita di luar dunia maya, begitu jugalah sepatutnya kita menjaga diri di alam cyber, dari segi keselamatan dan tindak tanduk kita. Jangan jadikan minat blogging sebagai sesuatu yang memakan diri.

Kenapa Minat Blogging?

Kita semua ada selera masing – masing walau ada antaranya yang sama. Seolah – olah mendebatkan instagram vs facebook. Masing – masing ada kelemahan dan kekurangan tersendiri. Jawapan yang mudah; Kenapa tidak semua? Selagi kita tahu apa yang kita mahukan, saya rasa pilih platform mana pun tak mengapa, kan?

Blog pada saya umpama buku catatan, diari mungkin bagi setengah orang. Boleh juga diibaratkan sebagai papan kenyataan, kalau tidak vision board. Apa itu vision board? Boleh basa mengenai vision board di SINI. Jadi, sebab itulah blog menjadi pilihan utama saya, bukan tiada platform lain, ada …

Saya berhasrat menjadikan blog ini sebagai tempat rujukan persendirian, tempat menyimpan apa yang perlu (dan yang tak berapa perlu), dan juga tempat saya menulis buah fikiran serta pendapat. Mudah kan cita cita itu?. Memang orang kata dalam blogging always put your reader first. Betul sangat kenyataan itu. Sangat setuju. Jadi bagi blog ini, siapa reader #1 agaknya?

Betul, saya sendiri.

Atas keputusan itu, saya membeli domain. Saya syorkan kalau kita teringin hendak nama sendiri sebagai domain, segeralah beli. Kita sahaja yang merasakan nama kita unik, sedangkan tidak mustahil ada orang lain yang sama dengan nama kita. Buat masa ini saya tidak akan bincangkan kelebihan pakai domaian sendiri atau sebagainya.

Lastly, saya hostkan domain aku ni di Bluehost. Kenapa saya tak beli hosting Malaysia je? atau hosting yang lain? Maybe kalau ada masa saya akan cerita di lain post. Kalau korang tak sabar boleh check sendiri, baca habis – habis dan mungkin korang akan buat keputusan macam aku. Selamat memulakan minat blogging anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *