Topik duit dan blog agak sensitif. Ini kerana secara terang-terangan memang tujuan berblogging adalah untuk menjana duit. Tak kira secara langsung atau strategi ada udang disebalik mee segera. Sebab itu menyertai kontes boleh dijadikan alternatif mendapat duit. Cuma persoalannya lubuk duit dari kontes bukanlah sesuatu yang tetap.

Dulu-dulu memang heboh dengan pelbagai anjuran kontes yang menawarkan duit sebagai ganjaran. Ya dengan kontes merupakan satu kaedah untuk mendapat duit daripada blog.
Ada yang kontes yang susah dan tak kurang juga yang mudah untuk join. Namun taklah semudah itu untuk menang. Lainlah kalau para peserta ada 3 orang sahaja. Hadiah pula dari tempat pertama hingga ke tiga. Kalaulah ada senario sebegini hadiah sudah dalam tangan maa..
Walau apa-apapun kontes sifatnya bermusim. Tak setiap bulan ada.Kadang-kadang tu tak cukup masa untuk join kontes. Masuk kat sana dapat manakala kat sini terlepas. Dah lumrah dalam kontes.Ada yang menang dan ada juga orang yang tak menang.
Persoalannya kini bagaimana nak menjadikan kontes sebagai lubuk duit? Secara peribadi saya jawap kontes adalah bonus sahaja. Dalam dunia blogging ada cara dan strategi lain untuk dapat duit. Antaranya menjadi agen affiliate yang popular sebagai Job Dari Rumah Jika nak tahu sila rujuk dengan membuat cari di Google. Sudah ada blog-blog yang telah berjaya mendapat duit dengan cara ini.
Tidak dinafikan blog-blog yang aktif menyertai kontes menjadi popular. Nama blog akan dikenali ramai terutama menjadi sang juara. Blog ini tentunya menjadi tumpuan dan kemasukan trafik juga. Ada trafik maka ada duit masuk terutama yang setia bersama nuffnang melalui kempen CPUV.
Berdasarkan pandangan mereka yang telah berjaya dalam kontes kesungguhan merupakan elemen utama. Selain kemahiran menulis sudah tentu banyak membantu. Bagi kontes yang menggunakan SEO sudah tentu blog yang ada ranking terbaik akan mendapat peluang yang lebih cerah.
Catatan:
Saya masih mencari-cari peluang untuk join kontes yang melibatkan medium blog. Ada pun kontes yang dianjur Proton dan Yeo’s boleh juga rakan-rakan blogger sertai. Saya terus terang masih belum berminat dengan kontes tersebut.
Kita tidak tak tau kan rezeki masing-masing. Bak kata orang kampung saya, rezeki ayam nampak dikaki (untuk kaki sambung) manakala rezeki blogger nampak diblog (untuk kaki blog).