Web Analytics

Mahu Berubah Tapi Bagaiman Caranya?

Assalamualaikum, artikel kali ini mungkin agak personal sedikit. Saya tidak akan bercerita mengenai sesiapa dalam sini tetapi 100% isi artikel ini adalah berkenaan dengan diri saya sendiri. Sama ada anda suka atau tidak, harap kalau cerita ini boleh sedikit manfaat kepada para pembaca di blog ini. Saya tulis dengan ikhlaskan saja. hahaha!!!

berubah

Baiklah.

Saya mulakan dengan kalimah Bismillahirrahmannirahim. Pernah pada suatu ketika dulu, jiwa saya pernah jadi kosong. Saya menjalani kehidupan macam orang biasa. Luarannya seperti sudah cukup sempurna.

Ada keluarga yang cukup bahagia, ada kawan-kawan di kalangan manusia-manusia hebat saya seolah sedikit bangga, ada kelebihan sedikit itu ini yang saya merasa cukup bertuah.

Penganggapan Sebagai Pencapaian Saya Sendiri

Senang cerita, semua yang ada sekeliling saya. Saya anggap itu adalah pencapaian saya sendiri. Saya rasa semua ini adalah saya yang berusaha, jadi saya tidak perlu berterima kasih kepada sesiapa pun termasuk Allah.

Itulah memang kejahilan saya yang berperangai  sombong dengan tidak tentu hala. Mengaku Islam tetapi solat lubang-lubang, aurat saya pandang remeh, bila ada yang cuba “ceramah” depan saya, dalam hati saya akan mencerca dan harapkan orang itu cepat-cepat hilang dari kelihatan saya.

Satu-satunya ibadat dalam Islam yang saya rasa lakukan dengan agak sempurna daripada pandangan umum adalah puasa. Itu pun, saya puasa sebab semua orang dalam rumah berpuasa. Jadi terpaksalah saya turut berpuasa bersama mereka semua dan ini bukan satu perkara yang saya ingin lakukan sendiri.

Tentang apa konsep puasa itu sendiri saya pun memang tidak faham. Terawih? Dalam 30 hari, adalah 7 hari sahaja saya berterawih. Saya rasa saya ini memang jahil.

Buka Aib Diri

Saya membuka aib diri, untuk renungan orang lain. Pada fikiran di dalam otak saya, saya yakin bahawa ada juga manusia di luar sana yang serupa macam saya. Cuma mungkin belum ada kekuatan bagi mereka untuk bercerita dan membuka aib sendiri. Saya sambung cerita ini.

Lepas tu, ada orang yang hairan dengan perubahan saya dan tanya kepada saya sejak bila fikiran dan kelakuan saya mula berubah? Jawapan saya daripada dulu sampai sekarang adalah sama, iaitu saya pun “tak pasti”.

Ini memang betul dan bukan saya sekali sombong dengan diri sendir. Saya memang tidak pasti sejak bila saya mula berubah.

Lepas tu, ada pula yang meninggalkan pesanan di Facebook peribadi saya “macam mana Liza mulakan perubahan yang hebat macam ni. Mesti susah?”. Tak juga. Bila nak mulakan perubahan, maka agak mudah saja sebab kalau sekali kita dah berniat depan Allah (terlintas mahu berubah menjadi lebih baik), Allah akan mula untuk bantu kita.

Jadi apa yang susahnya?

Selepas “langkah pertama” yang saya berjejak ke hadapan untuk berubah, itulah merupakan perkara yang terlalu sukar bagi ramai orang.

Orang lain, saya tidak tahu tapi bagi saya part ini lah yang payahnya. Langkah pertama untuk berubah adalah niat kita dengan Allah. Itu merupakan perkara yang paling mudah untuk dilakukan.

Tahukah anda semua bahawa Allah itu maha pengampun. Buatlah dosa sebesar apa pun KECUALI syirik. Pasti Allah akan ampunkan kita dan kita akan merasakannya.

Allah tidak akan jatuhkan semangat kita dan Allah tidak akan mengherdik dengan kata kita “nak jadi ustazah lah tu”, “nak berlagak dah jadi baiklah tu” dan sebagainya. Mana ada, tapi yang saya kata “Selepas “langkah pertama” untuk berubah itu yang terlalu sukar” adalah daripada manusia-manusia keliling kita sendiri.

Hafizh Syahrin Abdullah, King of Pocket Bikes.

Kadang-kadang saya nak patah balik jadi macam yang dahulu tapi nampak sangat saya tak kuat kan? Jadi, saya memang buat bodoh kali ini. Tak ada sesiapa pun yang membantu, saya berusaha sendiri dengan perlahan-perlahan.

Saya pergi beli buku motivasi, saya baca dan saya tenangkan diri saya sendiri. Buku baru yang saya beli kali ini ialah buku Travelog Haji hasil penulisan peribadi dan kisah benar Prof Kamil.

Belilah, kalau korang rasa nak berubah dan tak tahu nak mulakan dari mana. Buku Travelog Haji bukan menceritakan rukun-rukun haji tetapi menceritakan pengalaman hidup Prof Kamil yang dulunya jahil agama tetapi sekarang…oh tak perlulah saya ceritakan semua. hahaha!!! Beli sendiri ya 😛

Motivasi saya setiap hari mudah saja. Buka Al-Quran dan baca surah Al-Muzammil dan surah-surah selepas itu. Baca terjemahan, kalau tak takut juga bolehlah cuci hati dengan clorox.hahahaha!!! Gambaran tentang hari Kiamat sangat jelas dan terperinci dalam surah-surah terakhir. Sekian. Mana yang baik daripada entry ini, bolehlah ambil ikhtibar. Mana yang buruk, itu disebabkan kejahilan saya sendiri. Jadi, jangan diikut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *