Sekiranya pasport anda sudah tamat tempoh dan kena diperbaharui, tetapi anda tiada masa pergi buat di pejabat imigresen atau anda takut dengan penghabisan masa untuk beratur di baris yang panjang dan rebut nombor yang terhad setiap hari, sekarang ada satu berita baik yang saya nak cerita sama anda.
Sekarang sudah boleh anda memperbaharui pasport anda tanpa perlu pergi kunjungi ke pejabat imigresen. Maka ini bermakna anda tidak perlu lagi buang masa untuk pergi beratur di kaunter untuk rebut nombor giliran!
Macam Mana Untuk Perbaharui Pasport Online?
Untuk memperbaharui pasport anda secara online, hanyalah beberapa langkah yang senang yang perlu anda buat.
Sekarang ini, kami mendapati kemaskini pasport boleh dibuat atas talian, tetapi bagaimanakah anda hendaklah dijalankan? Untuk membantu anda, saya sekarang berkongsi dengan anda tentang langkah-langkah untuk lakukan dan macam mana buat bayarannya.
Jabatan Imigresen Malaysia telah melaksanakan sistem pembaharuan passport dengan atas talian sejak September 2016. Rakyat boleh menggunakan internet untuk kemaskini pasport mereka.
Tetapi sistem ini adalah terhad untuk mengemaskan pasport anda. Rakyat yang memohon pasport mereka buat pertama kali masih perlu pergi diri sendir ke jabatan imigresen untuk uruskan.
Sebelum membuat pemohonan, anda mesti memahami syarat-syarat untuk pendaftaran. Berikutnya adalah syarat-syarat untuk mengemaskan pasport atas talian.
Kadar bayaran mengemaskan pasport:
1. Warganegara berumur 59 tahun ke bawah; RM 200 untuk 5 tahun.
2. Warga Tua berumur 60 tahun ke atas; RM 100 untuk 5 tahun.
Syarat-syarat yang harus diperhatikan
1. Perkhidmatan hanya mengemaskan pasport.
2. Foto dimuat naik mesti diambil oleh fotografer profesional.
3. Saiz foto mesti 50mm X 35mm
4. Latar belakang foto mesti berputih
5. Watak-watak dalam foto harus memakai pakaian yang bergelap
6. Pambayaran harus melalui kad kredit atau FPX (FPX tidak berfungsi sekarang)
7. Selepas penyelesaian perkhidmatan kemaskini, anda harus mengumpul dan mencetak resit rasmi
8. Perkhidmatan kemaskini lebih baik diselesaikan dalam komputer sebab aplikasi yang lain mungkin tidak dapat mengemaskini pasport anda
Gambar standard adalah ditunjukkan seperti di bawah:
Langkah-langkah untuk mengemaskini pasport anda adalah seperti berikut:
1. Klik untuk masuk portal web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport
2. Sebelum melanjut ke langkah yang selanjutnya, baca syarat-syarat untuk mengemaskan pasport atas talian dengan teliti.
3. Turun ke bawah dan klik “setuju” dalam kotak kuning
4. Web rasmi tersebut akan pop-up dengan pertanyaan tentang membaca syarat-syarat dengan teliti.
5. Klik “Ok”
6. Pilih kategori umur dan isi nombor pasport, nombor IC anda dan maklumat lain-lain.
7. Pilih salah satu cawangan imigresen untuk mengumpulkan pasport anda
8. Klik “Cari”
9. Isi maklumat anda dengan arahan diberikan daripada web rasmi tersebut dan memuat naik foto yang memenuhi kriteria
10. Pembayaran dengan kad kredit
11. Klik “Teruskan”
12. Selepas pembayaran telah diterima, cetakkan resit rasmi.
12. Kumpulkan pasport anda daripada cawangan yang dipilih sebelum ini. (Ingatlah untuk mencetak resit dan membawa 2 salinan fotokopi IC anda)
Itu sahaja. Berkongsi kepada kawan-kawan anda.
Apa Yang Perlu Diberi Perhatian
Rakyat di luar negara pun boleh renew secara online
Proses untuk memperbaharui pasport dalam talian adalah agak mudah dan anda boleh memilih lokasi anda untuk koleksi pasport anda selepas siap. Apa yang lagi menarik adalah anda boleh memilih untuk mengumpulnya di komisen tinggi yang terpilih di luar negara termasuk Singapura, London, New York, Jakarta, dan Hong Kong.
Jika tiada perubahan butiran, apa yang anda perlukan adalah menghantar foto pasport dan membuat pembayaran. Anda boleh membayar melalui perbankan dalam talian atau dengan Visa dan Mastercard anda.
Gambar mungkin perlu diambil semula di pejabat imigresen
Ia seolah-olah tidak berguna untuk pergi dan mendapatkan gambar anda diambil di studio foto, bukan? Tidak kira betapa sempurnanya gambar yang anda ambil, kemungkinan besar pejabat imigresen masih akan meminta anda untuk mengambil gambar anda sekali lagi.
Tetapi tanpa muat naik gambar muka anda semasa anda buat pembaharu passport secara online, anda tidak boleh meneruskan permohonan dalam talian. Saya rasa membayar untuk gambar yang tidak akan digunakan pasti adalah lebih baik dari tunggu di baris yang panjang di pejabat imigresen dari pagi hingga petang.
Servis Perlu Dipertingkatkan
Kita semua tahulah apa tahap servis kerajaan di Malaysia. Ini tiada pengecualian juga dengan pejabat imigresen. Terdapat banyak situasi yang boleh berlaku walaupun anda boleh memperbaharui pasport anda secara online.
Sistem mereka selalu boleh membuat kesalahan seperti cetak keluar tarikh lahir yang salah atau bagi jantina yang salah di mana lelaki jadi perempuan atau perempuan jadi lelaki. Terdapat banyak IT error dan anda mungkin perlu bersedia untuk berkunjung ke pejabat imigresen buat beberapa kali untuk selesaikan semua ni.