Web Analytics

Kota Kinabalu, Aku Datang!

Letak gambar memang tak pernah nak kalah. Gambar di bawah adalah bukan hak milik saya tetapi hak milik Google. Tapi cantikkan pulau dekat Sabah ni rupanya. Artikel ini ada berbaur nak bagi jeles pada mereka yang tidak dapat pergi bercuti. Tapi jangan bimbang sangat, cuma perlu tabahkan hati.

kota kinabalu

Yang apa kita tahu bahawa Cuti-cuti Malaysia biasanya akan diadakan beberapa tahun sekali. Ia adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk bercuti di dalam negeri dan bukan pergi ke negara lain.

Asyik bercuti  ke luar negara pun boleh jadi bosan juga, kan? Bagi saya, Kota London, Istanbul, Mekah, Madinah, Brunei, Lancaster, Scotland semua sudah pernah saya pergi tetapi Kota Kinabalu yang sekangkang kera memang tak pernah saya sampai sekali pun (hambar lawak kau). Ini macam tak jejak-jejak pun lagi. Tolonglah insaf!

Oleh kerana dah insaf, jadi marilah kita bercuti ke Kota Kinabalu bulan depan!

Tapi ke mana destinasi sebenar?

Nak tinggal dekat hotel mana tu biarlah jadi rahsia lagi ya. Hilanglah privasi kalau semua dah kongsi dengan pembaca sekali nafas je kan? Bawak bertenang dan nantikan kemaskini selanjutnya nanti lepas pulang daripada bercuti.

Unutk masa sekarang, saya ada misi yang lebih penting iaitu rasa macam nak melaram lebih sikitlah nanti masa dekat Kota Kinabalu tu nanti. Mana tahu nanti ada jumpa dengan pelancong mat saleh ke. Ingat nak belilah kot sikit baju-baju yang warna macam merah mak ngah sikit ke. Bosan juga asyik pakai baju yang sama selama ini.

Jika hendak pergi bercuti, maka kenalah havoc sikit. Walaupun muka lihat tak berapa cantik pun tak apa, asalkan kelihatan perlu rasa cukup yakin diri.

Lepas tu, nanti dekat Kota Kinabalu tu saya rasa cuaca macam sangat sejuk kot. Yelah, kan dekat dengan Gunung Kinabalu kan? (imaginasi sangat kau ni). Jadi, mungkin saya akan bawa baju sejuk yang saya sudah melaram dekat Istanbul tahun lepas. Dengan itu, bolehlah saya jimat sikit duit tanpa perlu beli baju sejuk baru.

Jimat pun bersebab. Jimat tak beli baju yang tebal berbulu, tapi saya nak buat sumbangan ikhlas dekat Zalora Malaysia. Rancang yang saya ada adalah untuk beli 2 benda saja di sana, iaitu nak beli kasut dengan purse. Hari tu tengok gambar sekali lalu je, macam cantik. Tak apa ada masa lagi nak shopping!

Baju sejuk konon-konon nak daki Gunung Kinabalu, kasut dan purse. Lagi apa yang perlu disediakan? Oh, saya ingat nak borong shawl barulah. Walaupun dekat rumah sudah ada 10 rak (jelas-jelas reka cerita tipu kan?) shawl, tapi kalau nak bercuti naik belon mestilah ada shawl baru kan? barulah kena tiup angin best sikit kan? Ok, sudah membuat keputusan untuk beli shawl baru!

Amboi, kemain nak beli itu ini. Nasib baik gaji untuk bulan ini sudah masuk ke bank akaun saya. Maka bolehlah shopping sikit barang keperluan tak penting tapi kalau tak beli nanti bimbang saya tak tidur lena. Kena belilah jawabnya. hahahaha!!! Tak sabarnya nak bercuti!!!

Orang Sabah Sombong?

Ya, betul. Artikel ini tajuknya saja macam cerita dongeng tapi sebenarnya ini trick nak tahu betul ke anda betul-betul baca isi artikel atau baca tajuk saja. hihihi. Terkena tak?

Seperti yang saya kongsikan cuti saya di Kota Kinabalu ni. Akhirnya kami sekeluarga selamat menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu pada 10 December 2013 dengan jayanya.

hehehehe! Alhamdulillah.

Tajuk artikel tengah malam saya ni ada ciri-ciri nak cari gaduh? Oh tidak. Ini main-main saya ok. Ternyata tekaan saya silap betul tentang orang Sabahan sebelum ini. Maaflah, sebelum ni saya ingatkan orang Sabahan garang-garang atau mungkin macam sombong sebab saya selalu tengok dekat TV kaum-kaum etnik di sana macam kasar.

Ya Allah, rupanya silap sama sekali!

6 hari saya di Kota Kinabalu. Sempat pergi ke Kundasang, Tamparuli dan ada beberapa tempat lagi yang saya dah tak ingat. (Biasalah umur kan dah menuju penuaan. hahaha!) rasanya tak ada lagi kes saya rasa menyampah atau nak marah dekat orang di sana.

Semua orang tempatan di sana adalah sangat peramah. Baik pekerja hotel, mahupun rakyat biasa.

Haih, habislah kalau dah jatuh cinta dengan orang Sabah. Nampak gaya kena kutip ilmu untuk tingkatkan sales dekat Facebook banyak-banyak kot. Kumpulm duit untuk pergi holiday ke Sabah lagi!

Ada orang “request” letak gambar-gambar pergi Sabah tapi malangnya gambar masih dalam camera. Belum transfer lagi dan biasalah penyakit malas ni mana boleh bertolak ansur sangat. Tunggu mood rajin meluap-luap ok.

Baca juga:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *