Bosan dengan lolongan jiran yang sungguh syok nya berkaraoke, saya mengambil keputusan untuk bermenung seketika. Lepas tu, saya online dan tengok blog sendiri. Lepas itu, baca blog orang lain. Saya tenggelam dalam dunia sendiri, seolah-olah mulut orang sebelah rumah telah dijahit rapi. Lamunanku begitu asyik setelah melayari blog ini…
Dia ini saya lihat sebagai seorang blogger yang ada nilai sentimental kerana terjebak oleh satu penyakit yang dikenali sebagai ‘Jiwerism’. Bila saya jengah blog ini, semacam satu perasaan fantasi bulan madu menerpa seketika. Pergh..fine. Ni semua gara-gara novel Hanya Cintaku Pada, karya Aleeya Annessa. Terbaca akan satu entri dari seorang blogger seni plus jiwang karat di NG.com, dia mencetuskan seberapa banyak impian yang mungkin sebagai perancangan masa depan peribadinya.
Jadi, saya rasa saya perlu berkongsi dengan anda impian-impian saya, yang ada sedikit persamaan dengan blogger ini..
WordPress Theme
Sekarang, ilmu PHP masih lagi di tahap 0.2%. Yelah, jika dibandingkan dengan NG, saya datang dari background sains. Jika ada rezeki, mahu sambung degree ke bidang dot dot. Takde masa nak mendalami ilmu semua ini. Sungguh rugi. Saya amat meminati design yang cantik-cantik pada sesebuah web. Banyak inspirasi saya perolehi dari blogger ini, komik anime, dan juga deviart dan sebagainya…Betul katanya. Ini adalah suatu pelaburan yang cukup menguntungkan, jika reka bentuknya menepati cita rasa sesebuah kumpulan atau individu. Sekarang cuti… Jadi, kini saya sedang memanfaatkan masa saya dengan mempelajari ilmu-ilmu semua ini di w3school.org. Semua ini disebabkan kekecewaan saya kerana masih tidak menjumpai theme yang diidam-idamkan.
Menulis Novel
Ini berikutan kegilaan saya terhadap novel Melayu dan filem-filem Inggeris dan Hong Kong. Saya menyukai genre perang dan thriller. Sekarang saya baru menyiapkan 100 m/s untuk novel terkini yang saya tidak tahu ia berkualiti ataupun tidak. Saya mahu cuba berkarya sahaja dan berbuat sesuatu untuk diri ini perkara yang berfaedah. Penulisan memerlukan kreativiti dan imaginasi yang tinggi. Saya harap ini bukan impian kosong sebab saya ini selalu aja tersangkut di tengah jalan apabila ada keutamaan lain yang lebih penting dari pembikinan novel ini. Yang paling mengecewakan, laptop abah rosak tiba-tiba. Saya tidak sempat nak buat back-up pada pendrive. Jadi, ianya terkubur sekejap dalam laptop, melainkan abah tidak mahu baiki laptop yang lama itu dengan kos RM800. Sedih nya..
The Next Maria Sharapova
Maria Sharapova Indian Wells 2006 Kontrajustifikasi Impian. LOL..
Macam tak de harapan jer… Boleh saya poyo sekejap?
Pengalaman bertanding tenis sehingga ke peringkat kebangsaan tu memang pernah ada. 2 kali. Cuma kesibukan dalam akademik itulah yang menyebabkan skil bermain tenis lama-kelamaan makin hilang. Semalam, saya bermain tenis dengan abah. Aduh..Servis saya sudah lari. Macam mana nak jadi Maria Sharapova ni?
Persatuan tenis di daerah ini tidak aktif seperti pengalaman saya di Petaling Jaya. Cuaca pon tidak berapa membantu. Hmmm….mungkin ini tinggal impian je kut. Nak jadi Maria Sharapova tak lah kut.. Beliau, hanyalah idola kategori sukan wanita pada saya.
Pendapatan 5-7 Angka Sebulan??
Woah! Macam mana saya nak buat semua tu ya? Hmmm…
Moral: Berimpian lah, selagi anda masih hidup. Impian buat anda rasa hidup. Hidup dengan impian anda adalah sesuatu perkara yang menakjubkan. Bak akta idola saya, Donald Trump, “Do what you love…tak ingat” LOL.
- Ada impian? A
- Ada impian tetapi tidak ada perancangan? A-
- Ada impian, ada perancangan? A+++++ (campur bintang, bulan dan matahari…. suka saya tengok bila cikgu tanda right besar-besar kat buku tulis saya masa tadika…pandai cikgu ambil hati (kelentong) saya…)
Sekarang, apa yang anda kena buat ialah, ambil sehelai kertas A4 right now! Atau anda boleh print yang ini. Dan, tuliskan di ruangan yang disediakan. Saya harap ianya dapat membantu memberi pandangan jelas pada impian masing-masing. Supaya kita semua dapat lihat dengan jelas bahawa…
Boleh kongsikan impian anda bersama saya? Saya yakin anda pasti ada impian yang lagi besar daripada saya. Mahu jugak saya tahu!
Oh jiran…Dah senyap pun kau.