Tentunya sebagai blogger anda mahukan sebuah blog yang cantik dan menarik. Mampu membuat pembaca melekat lama dalam blog anda.
Blog ibarat seperti rumah yang perlu dihiasi juga. Dari segi rekabentuk theme, plugin, dan sebagainya.
Semua bertujuan untuk membuat blog kelihatan lebih baik. Tetapi perlu berhati-hati juga bukan semua theme, widget, plugin sesuai untuk blog.
Reka bentuk blog adalah hampir sama penting dengan kandungan blog anda. Tidak kira bagaimana bagusnya entri yang anda tulis. Jika blog anda dalam keadaan kucar-kacir, pasti pembaca akan lari.
Masa saya mula-mula menulis blog, saya juga suka menambah benda-benda menarik dan pelik kononnya untuk cantikkan blog.
Sebagai newbie saya tidak tahu bahawa itu boleh membunuh dan mencacatkan blog saya.
Di sini saya akan berkongsi kesilapan rekabentuk yang boleh membunuh blog yang harus anda elakkan.
Kandungan Entri Tidak Boleh Diimbas
Anda faham maksud scannable kan. Maknanya entri anda mudah diimbas.
Ini salah satu teknik yang paling saya titikberatkan semasa menulis entri. Saya akan pastikan setiap entri saya boleh diimbas.
Kandungan entri tidak boleh diimbas contoh seperti entri anda bersambung terus tanpa perenggan, tiada heading, tiada tanda koma, tiada tanda poin dan sebagainya.
Ini adalah asas yang perlu setiap penulis tahu. Tidak kira anda penulis buku, blog, journal, surat khabar atau sebagainya.
Jika seseorang melawat blog anda, kandungan entri anda tidak mudah untuk diimbas.
Sekaligus ini boleh menyukarkan pembaca untuk membaca kandungan entri yang anda tulis. Percayalah cakap saya, peratusan pembaca yang tekan butang X sangat tinggi.
Jadi, pastikan kandungan di blog anda mestilah mudah dimbas (scannable). Segala isinya termasuk tajuk, heading tag seperti H1,H2,H3 senarai poin, tanda titik dan koma dan apa-apa sahaja perlu diatur dengan betul supaya membantu pembaca menapis apa yang mereka cari.
Terlalu Banyak Iklan
Jika anda menggunakan iklan, pastikan anda bijak untuk meletakkan iklan di blog anda. Jangan menyakitkan hati pembaca dengan meletakkan terlalu banyak iklan di setiap ruang dalam blog anda.
Sekarang, rata-rata menggunakan smartphone melayari internet. Ada blog meletakkan iklan besar sehingga menutup separuh artikel yang ditulis.
Ada tu jika tidak klik iklan tersebut, sampai bila pun tak boleh baca entri tersebut. Ini benar-benar akan menganggu pembaca.
Jika iklan lebih banyak dari content artikel, percayalah pembaca akan terus membuang blog anda. Boleh letak iklan tetapi susun dengan rapi dan minimize kan.
Terlalu Banyak Warna
Anda tengok semua blog yang berjaya dan popular senarai best blog Malaysia. Adakah blog mereka serabut dan berwarna-warni?
Penggunaan warna theme hendaklah contrast dan padan dengan blog anda. Ada blog yang gemar menggunakan background theme berwarna-warni, bergambar, blinking atau warna graphic yang garang.
Ini adalah satu kesilapan besar. Kenapa saya kata begitu?
Background sebegitu boleh menenggelamkan dan menyukarkan pembaca untuk imbas entri anda. Terutama jika theme itu customade sendiri, berbeza jika anda membeli theme premium.
Theme premium direka oleh mereka yang profesional dalam rekabentuk theme untuk website atau blog.
Walaupun ada yang berwarna warni tetapi mereka pandai contrast kan warna supaya theme itu nampak menarik. Kerana itu theme premium agak mahal dan kebanyakkan blog terbaik gemar mengunakan theme premium.
Warna theme yang sederhana lebih menarik minat pembaca. Tapi tidak bermaksud yang theme free itu tidak bagus.
Susah Hendak Navigasi
Pastikan blog anda mudah dan jelas struktur navigasi. Jika blog anda sukar untuk navigasi, pembaca akan keliru di mana mereka harus mencari untuk mendapatkan maklumat dan bahan bacaan di blog anda.
Sidebar Kucar Kacir
Bahagian Sidebar hendaklah kemas dan teratur. Jangan semakkan dan mengganggu pembaca anda dengan iklan dan widget yang tidak ada kaitan di sidebar blog anda.
Ada sesetengah blog suka meletakkan widget yang tidak relevan. Dimana itu tidak bagus untuk tatapan pembaca.
Jika anda ingin meletakkan iklan banner atau affiliate, seeloknya berkaitan dengan niche blog anda. Kebanyakkan blogger berpengalaman, sidebar blog mereka lebih kemas dan minimum.
Anda boleh sahaja letak recent posts, recent comments, iklan banner tetapi pastikan kemas dan teratur.
Font Terlalu Kecil
Ini adalah paling penting untuk blog. Sebelum itu saya tanya dahulu apa tujuan anda membuka blog? Pasti anda mahu orang membaca apa yang anda tulis bukan?
Jadi, perkara pertama anda perlu memastikan pembaca selesa membaca kandungan entri anda.
Pilih font yang betul dan sesuai dengan blog anda. Font hendaklah jangan terlalu kecil sehingga menyukarkan mata pembaca.
Jika pembaca membuka blog anda melalui smartphone atau pad memang ada fungsi zoom in.
Tetapi ini mungkin akan menjadi kali terakhir mereka melawat blog anda kerana menyulitkan mereka untuk membaca fonts yang terlalu kecil.
Tiada Contact Form
Jika anda mempunyai kandungan yang menarik dan kualiti mungkin ada pembaca yang ingin menghubungi anda untuk bertanya soalan dan pendapat.
Blog yang tidak mempunyai Contact Form bukan sahaja tidak baik untuk pembaca, tetapi juga untuk admin blog itu sendiri. Kerana anda akan kehilangan maklum balas penting dari pelawat blog anda.
Satu lagi keburukkan jika pengiklan berminat dengan blog anda. Bagaimana mereka ingin menghubungi anda untuk mengupah membuat iklan jika tiada contact form.
Sebenarnya, agak jarang sesebuah blog itu tiada Contact Form. Jika tiada memang pelik huhu.
Auto Popup
Saya tidak tahu orang lain, saya memang tidak berapa suka jika tiba-tiba muncul auto popup LIKE button social media yang memaksa kita like atau share sampai berpuluh social media page. Ada tu jika anda tidak LIKE kena tunggu sampai 2000 saat. Itu memang melampau sangat.
Auto-Popup sebegitu seolah-olah admin memaksa pembaca untuk like bertujuan menaikkan trafik secara paksa.
Setakat letak auto popup seperti Facebook, Google+, Twitter, email Subscriber dan iklan yang boleh kita pangkah itu tidak menjadi masalah. Terpulang kepada kita sama ada hendak like atau pun tidak.
Ada juga jenis Auto-Popup yang memaksa pembaca memasukkan email mereka berulangkali walaupun sudah melanggan.
Pada saya jika anda mempunyai kandungan berkualiti dan mampu menarik hati pembaca. Tanpa perlu paksa mereka akan melanggan terus blog anda.
Auto Muzik
Saya rasa ramai blogger yang pernah meletakkan widget auto muzik dalam blog mereka…jangan tipu ya hehe.
Saya juga pernah letak auto muzik didalam blog saya satu ketika dulu. Biasalah masa tu blog masih baru dan naif tentang blogging. Ini sebenarnya satu lagi kesilapan besar yang boleh membunuh blog juga.
Saya sendiri tidak suka masuk kedalam blog yang tiba-tiba keluar auto muzik. Sampai kadang-kadang terkejut beruk, kelam kabut cari butang mute haha. Selalunya saya pangkah terus.
Jika anda perlu meletakkan fail audio seperti youtube atau video biar pembaca yang tekan butang play dan paling penting pastikan blog anda loading cepat.
Apabila lama memiliki blog anda akan sedar ianya menganggu privasi pembaca yang ingin membaca artikel yang anda tulis.
Mudahkan Anda, Mudahkan Pembaca
Sentuh tentang rekabentuk blog ini, saya memang menitikberatkan banyak perkara seperti blog mudah dibaca, laju loading, kemas, sederhana dan menarik supaya memudahkan pembaca yang masuk ke dalam blog saya.
Bagaimanapun terpulang kepada pemilik blog itu sendiri untuk rekabentuk dan menghias blog mereka. Entri ini sekadar memberikan anda tip-tip yang mungkin berguna untuk blog anda.
Untuk melihat rekabentuk blog yang betul dan menarik, anda boleh baca entri Malaysia Best Blog dan lihat bagaimana susun atur blog mereka.