Ramai yang sedar bahawa sebaran melalui social media dan internet sangat berkuasa dan kuat pada masa kini. Informasi cepat tersebar ke seluruh dunia. Sama ada sebaran tentang bisnes, informasi, politik dan sebagainya.
Now days Social Media is important tools rather than important weapon to spread all the good or bad influence. ~ LizaRazak
Kuasa social media ada kebaikkan dan keburukkan, boleh menjatuhkan dan menaikkan. Sesuatu yang di post akan dibaca oleh semua orang lebih-lebih lagi jika post anda dikongsi.
Sama seperti sebaran dari mulut ke mulut.
Iklan Social Media Suka Atau Tidak
Saya pasti di Facebook, Twitter dan Instagram anda biasa di tag dengan bermacam-macam bisnes. Sehinggakan kadang-kadang mengganggu privasi kita.
Dulu saya cukup tidak suka orang tag di social media kerana rasa terganggu apabila wall penuh dengan iklan. Kalau seorang tidak apalah, kalau sehari berpuluh orang yang tag boleh panas hati jugakan.
Tetapi… lama kelamaan saya jadi tidak kisah kerana saya mula sedar sesuatu walaupun cara mereka itu salah.
Di laman social media, peratusan mereka yang akan membeli juga besar dibandingkan dengan mereka yang tidak menyukainya. Kerana laman social bukan laman milik kita seorang sahaja, ia terbuka.
Kita tidak menyukai iklan di laman social tetapi percayalah kita tergolong antara orang yang mencari sesuatu produk atau perkhidmatan melalui social media juga. Balik ke asal iklan yang kita tidak suka itulah yang akan dicari kembali nanti.
Kesungguhan mereka berniaga dan tidak jemu-jemu mempromosi sehingga ada yang sanggup kena maki hamun.
Jika ada yang tag dan kita tidak suka, klik sahaja butang remove tag di gambar yang di tag ke Facebook profile kita.
Atau ubah privacy setting di bahagian Timeline and Tagging. Jangan marah-marah, bukan susah manapun guna jari sahaja.
Tidak semua tahu cara berniaga yang betul di laman social media, peranan kita yang tahu ini kongsikan dengan mereka apa yang kita tahu.
Mana yang tidak makan saman tu walaupun dah tegur 100x masih lagi tag juga, senang sahaja klik button unfriend atau block user. Habis cerita hehe
Bisnes Melalui Social Media
Platform social media seperti menjadi medan perang perniagaan sekarang ni. Kalau kita lihat di Facebook, Instagram, dan Twitter; bermacam-macam iklan jenama produk dan perkhidmatan.
Dahulu kalau nak beli barang kena beratur panjang di mall atau pasar, sekarang cuma guna jari sahaja terus barang sampai depan pintu rumah. Canggihkan teknologi sekarang.
Internet menjadi satu ruang dan peluang untuk usahawan besar atau kecil meluaskan perniagaan atau memulakan perniagaan baru dan tidak memerlukan modal yang besar.
Tetapi asas dan pengetahuan perlu ada, terutama kepada mereka yang berniaga. Bukan hari ini anda buka bisnes di social media, esok dah berjuta orang membelinya.
Teknik pemasaran yang berkesan perlu dipelajari. Bukan senang nak senang…betulkan.
Cara Beriklan Melalui Social Media
Kepada yang tidak tahu cara beriklan di social media saya bagi asas mudah yang boleh diikut.
Ini bukan tips ya, tapi saya mahu memberi sedikit pemahaman tentang cara bagaimana beriklan di social media terutamanya Facebook dan Google+.
Anda fikir secara logik apa yang saya tulis ini, mungkin berguna. Jika anda blogger sudah pasti anda sudah tahu.
- Tidak digalakkan menggunakan akaun peribadi anda. Lumrahnya pembeli kurang percaya membeli dari mereka yang berniaga menggunakan akaun peribadi dan nampak tidak profesional. Sama juga kaedah berniaga secara offline tentunya anda membuka dan daftar nama syarikat untuk berniagakan.
- Buka satu Facebook page, G+ page dan cipta satu nama yang unik dan senang diingati.
- Invite rakan-rakan social media untuk like dan follow. Orang akan terdorong untuk membeli dengan hati yang tenang dan dapat membuat pilihan. Cara begini tidak menganggu privasi orang lain.
- Jangan guna simbol sebagai profile page. Percayalah orang susah nak ingat dan tidak suka taip nama bisnes yang awalannya menggunakan simbol. Contoh, $$Liza Eshoppe$$
- Kongsikan produk dengan group atau page bisnes yang anda join. Tetapi perlulah related. Jangan pula group diet korang pergi share produk pil gemuk pula. Sah-sah kena remove dari group atau page tu nanti huhu.
• Menggunakan perkhidmatan FBads adalah kaedah yang terbaik untuk jenama dan kenalkan produk dan perkhidmatan. Anda perlu mengeluarkan sedikit modal. - Anda boleh mengupah blogger atau laman web membuat iklan review, advertorial dan banner. Cara ini informasi bisnes yang anda jalankan bukan sahaja setakat di social media tetapi tersebar luas di internet kerana bloggers mempunyai kepakaran cara bagaimana menaikkan perniagaan anda.
- Anda hanya mengeluarkan modal sekali sahaja tetapi produk dan perkhidmatan akan berada di enjin carian dalam jangka masa yang lama. Ini adalah viral marketing yang sangat berkesan dan menguntungkan.
- Iklankan di laman pengiklanan yang boleh dipercayai, telus dan ramai follower.
- Hadiri seminar, kursus atau konvensyen usahawan internet yang sentiasa dianjurkan oleh pakar-pakar internet. Isi sebanyak boleh ilmu perniagaan online dalam diri anda.
- Kalau malas, boleh beli ebook atau buku tentang cara berniaga di social media, cari sahaja melambak dijual melalui online.
Kesemua kaedah marketing diatas memerlukan modal tetapi tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan kos pengiklanan melalui surat khabar, majalah atau flyers.
Adat dalam berniaga perlu mengeluarkan modal sama ada sedikit atau banyak, namapun berniagakan, jangan kedekut dan fikir untung sahaja.
Akhir sekali kalau dah berjaya dan kaya buat amal jariah, bersedekah kepada yang memerlukan…
InsyaAllah bertambah murah rezeki korang.