Web Analytics

Kari Ayam Masak Merah Thai Dan Daging Dendeng

Adakan anda pernah makan kari ayam masak merah Thai? Hidangan ini adalah sangat lazat dan ia bukan susah sangat untuk dibuat.

Apa yang anda perlu sediakan adalah cuma dengan beberapa ketul daging ayam bersaiz kecil, kacang pis dan direbus di dalam kuah kari merah dan santan kelapa. Masakan Thai ini siap kurang daripada 30 minit dan semuanya dalam satu periuk sahaja!

Hidangan Kegemaran Saya

Kesukaan saya pada masakan Thai tidak ada batasnya. Ianya bermula hampir 20 tahun lalu dan tidak pernah luntur buat selama ini.

Apa yang merupakan cabaran terbesar bagi saya adalah untuk menyediakan hidangan masakan Thai sendiri di rumah. Tetapi beberapa tahun kebelakangan ini, saya mendapati ianya memang tidaklah sesusah mana yang saya ingatnya.

Semua jenis masakan berkari santan adalah makanan kegemaran saya dan dengan hanya beberapa bahan masakan, anda sudah boleh menyediakan hidangan masakan ala restoran Thai yang berkhasiat di rumah. Jika anda boleh sediakan semua ni dengan sendiri, maka memang anda boleh dapatkan cita rasa yang anda mahu.

Bahan Yang Perlu Disediakan

Terdapat beberapa bahan masakan yang anda perlukan untuk menghasilkan rasa kuah kari yang sebenar. Antara bahan-bahan yang tidak boleh kekurangan adalah seperti santan kelapa, pasta kari merah Thai, daun limau purut dan serai.

Apa yang baiknya adalah saya boleh dapatkan semua bahan ni di kedai runcit yang berdekatan dengan tempat tinggal saya. Ttetapi saya akan memberikan anda pautan di bahagian bawah mengenai resipi untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan di amazon seandainya ianya sukar didapati. Saya mendapatkan daun limau purut di pasar tani di mana ia merupakan bahan yang saya ingat susah sikit untuk dicari.

Bukan Sangat Susah Untuk Sediakan Hidangan Kari Ayam Masak Merah Thai

Hidangan masakan ini sungguh mudah untuk dibuat dan disediakan. Anda cuma perlukan masa kira-kira 20 minit untuk menyediakannya dan akan merasa teruja setelah memasaknya.

Rasanya lain dari hidangan yang lain. Kuah bertekstur krim ini mempunyai sedikit rasa pedas, hasil dari penggunaan pasta kari. Bagi saya, lebih banyak pasta kari yang digunakan, rasanya akan jadi lebih baik.

Walau bagaimanapun, ianya tidaklah rasa terlalu pedas sangat. Saya menggunakan 4 sudu besar pasta kari dalam menyediakan hidangan ini dan ianya sudah cukup untuk memberikan perisa dan sedikit rasa pedas kepada masakan.

Kari Ayam Masak Merah Thaikari ayam merah thai

 Sediakan Daun Limau Purut

Daun limau purut adalah sebahagian dari spesies pokok sitrus dan ianya memberikan aroma limau-lemon kepada makanan.

Ianya adalah sebahagian daripada masakan makanan Thai yang tidak boleh dipisahkan, dan begitu juga dengan masakan Indonesia. Inilah caranya saya mengenali kegunaan daun ini.

Di pasar tani yang selalu saya kunjungi untuk membeli barangan keperluan dapur, ada sebuah kiosk kecil. Saya biasa akan makan di sana bila saya ada peluang pergi ke sana. Kebanyakan masakannya berbau sedap dan lazat.

Pada satu hari, saya bertanya kepada tukang masak di kiosk tersebut, apakah bahan yang beliau gunakan yang memberikan rasa masam limau di dalam masakannya.

Beliau telah memberitahu bahawa semua rahsia adalah tertaruk pada daun limau purut ini. Daun ini sangat berguna dalam penyediaan makanan.

Namun demikian, jika anda sukar untuk mendapatkan daun ini, anda boleh mengabaikannya. Batang serai juga memberikan perisa sitrus dalam masakan dan ianya juga sering digunakan dalam masakan kari.

kari ayam merah thaikari ayam masak merah

Dengan masa penyediaan hanya dalam 20 minit, tidak ada masakan lain yang boleh mengalahkannya. Di samping rasa makanan Thai yang lazat, kediaman anda akan berbau harum di sekitar rumah.

Jika anda ingin mencuba masakan Kari Ayam Merah Thai ini, sila kongsi pengalaman anda dengan kami!

Daging Dendeng Homemade

Lagi satu lauk kegemaran saya ialah Daging Dendeng secara homemade. Di sini saya bukan nak bagi resepi tetang lauk ini tetapi saya ingin berkongsi contact untuk anda beli dan rasa daging dendeng homemade yang pedas dan sedap ni saja sebenarnya. Sharing is caring kan? Nah, mula-mula layan gambar Daging Dendeng ni dulu. Jangan air liur anda gilir tak berhenti-henti ya..

Daging Dendeng Homemade 1Daging Dendeng Homemade 1

Daging Dendeng Homemade 2Daging Dendeng Homemade 2

Seperti apa yang saya katakan tadi di atas, memang bukan saya yang nak masak Daging  Dendeng Homemade yang super pedas dan sedap ni. Ada kenalan di Negeri Sembilan yang buat jual.

Untuk membuat tempahan, anda boleh terus Whatsapp atau SMS kepada Akmalia di 018-3592172 dan beritahu anda nak tempah lauk ini. Yang saya tahu untuk 200 gram harganya adalah RM15. Jika postage kena tambah RM7. Tapi sudah lama tak beli samanya, tidak tahu ada lagi jual lauk ini dan jika ada pun saya tidak tentu harga sudah naik atau tidak. Lebih baik anda tanya sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *