Rasanya boleh tahan lama juga saya bercuti daripada menulis sebarang artikel di blog ini. Bukan tak ada idea menulis, cuma saya sengaja bercuti. Siapa kata blogger tidak perlu bercuti?
Sepanjang saya bercuti suka-suka ni, ada jugalah beberapa orang yang mengirim personal message ke blog ini dan bertanyakan soalan seperti “kenapa tak update blog?”, “lamanya menyepi, pergi mana?” dan ada beberapa jenis pertanyaan lagi yang saya rasa tak perlulah dikongsikan semuanya di sini, kan?
Tapi, cukuplah dengan pertanyaan yang saya terima macam ni. Saya rasa terharu juga sebenarnya dengan pertanyaan yang diterimakan seperti ini. Selama ini saya ingatkan tidak ada orang yang akan rindu untuk baca artikel tak seberapa dalam blog ni (perasan kan kau?).
Alhamdulillah, jadi blogger yang tak pernah keluar dalam mana-mana majalah, surat khabar atau televisyen pun masih ada peluang rupanya untuk dirindui (kalau nak mual-mual, diizinkan). Ingatkan jadi blogger tak popular ni tak ada peluang nak rasa macam ni!
Macam inilah, sebenarnya saya bukanlah bercuti sepenuhnya. Saya cuma sibuk dengan hari raya Aidiladha tempoh hari dan kemudian sibuk juga untuk buat sikit promosi untuk menjadikan blog ini yang tidak lagi popular untuk dikenali oleh lebih ramai orang lagi.
Saya boleh bersumpah, memang saya sibuk sangat-sangat. Saya kena banyak belajar uruskan masa lagi nampaknya. Walaupun ada sesetengah kawan yang selalu perli-perli berkenaan kerjaya saya sebagai blogger yang tidak bersijil ini, tapi dalam diam sebenarnya saya gelakkan mereka juga cuma gelak dalam hati.
“Kau gelak gelak aku buat blog, tapi kau gelak kosong. Aku pula gelak dapat buat duit dengan blog yang saya tulis tu.”
Pada saya, bukan semua perkara kita perlu kongsikan dan terangkan pada “musuh” kita. Biarkan saja mereka nak perlu atau nak herdik kerjaya kita. Dengan diam-diamkan diri sendiri, blog saya ini sebenarnya sudah beberapa tahun beroperasi dan bertahun-tahun juga saya jana duit dengan “slow motion”.
Bila saya sudah memperolehi pengalaman yang banyak dengan menulis blog, ilmu pengetahuan saya juga semakin bertambah. Jadi, bila ada orang tanya apa yang saya tahu, saya akan berkongsi bersama mereka.
Bila kita menulis artikel, ada orang yang menanti. Jadi adalah baik untuk kita jadikanlah blogger yang dinantikan dan bukan blogger yang minta dimaki. Bila kita cuti lama-lama, InsyaAllah ada juga orang yang rindukan hasil tulisan kita.
Mood Blogging Menurun?
Tak. Ini jawapan ringkas saya untuk soalan yang ditanyakan oleh kawan-kawan blogger. Mood blogging saya jarang menurun sebenarnya. Cuma, sekarang ni saya agak sibuk dengan urusan keluarga dan pelajaran untuk diri sendiri. Lagi-lagi bila saya sudah tukar untuk menghasilkan artikel yang lebih panjang, lebih berkualiti, dan lebih dapat manfaatkan para pembaca yang kunjung ke blog saya ni.
Dah lah pagi tadi saya abang bagi saya laptop. hehehehe!!! Saya semakin yakin dengan amalan Solat Sunat Dhuha dan bacaan Surah Al-Waqiah setiap hari merupakan salah satu jalan untuk mudahnya menjemput rezeki Allah dalam hidup kita.
Ya, kalau anda tidak ingin beli buku ini pun tidak jadi sebarang masalah pun, anda boleh juga beli ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki. Sama konsepnya. Carilah ilmu Allah, rezeki kita merupakan rezeki yang diberikan oleh Allah dan bukan manusia.
Baiklah, jauh betul saya menyimpang jalan. hahaha! Mood blogging saya memang tidak menurun langsung kebelakangan ini, cuma agak sibuk jadi tak adalah rajin sangat saya nak kemaskini blog setiap hari. Tapi, apa yang saya nak katakan adalah jika anda nampak blog saya tidak update pun tak apa, boleh juga anda cuba untuk tengok entry-entry lepas, banyak juga artikel yang boleh anda baca, bukankah?
Sebenarnya saya tak risau sangat pasal trafik blog saya kalau tak update setiap hari pun bersebab. Blog saya mempunyai trafik organik yang boleh tahanlah yang dijanakan dari enjin carian dari Google. Ada “keywords hidup” yang berjaya saya dapat lepas guna beberapa teknik juara SEO. Jadi, bab trafik tu tak adalah risau sangat dan tak bawa impak yang besar sangat pun dalam hidup saya.
Saya memang nak jana duit daripada blogging tapi tak adalah sampai jadikan saya seorang hamba blog. Kalau rasa ada apa-apa info atau perkara saya nak kongsikan, atau ada apa-apa barang yang menarik yang saya ingat berbaloi untuk berkongsi bersama para pembaca, saya akan updatekan blog saya juga.
Sekarang adalah lebih baik bagi saya berblogging secara santai. Dengan ini saya rasa kurang stres sikit. Di samping itu, saya juga boleh dapat lebih banyak masa persendirian yang boleh saya lakukan hobi lain yang saya suka buat.
Baca juga: