Web Analytics

Iklan Lazada Macam Wujud Di Mana-mana Saja

Siapa yang tidak pernah mebeli barang daripada LAzada, kedai online Malaysia yang semakin hari semakin famous? Ramai lagi yang tak pernah beli, saya pun tak pernah beli. Siapa pula yang tak pernah tahu langsung LAzada itu apa? Ramai yang tahu kan? Mesti pernah surf barang-barang yang ada di situ.

lazada

Bagaimana Lazada berfungsi?

LAzada ialah orang tengah. Sebrang platform berpusat untuk peniaga kecil dan sederhana (Small and Medium Enterprise; SME) untuk tak payah susah payah promosi barang mereka kat tempat lain. LAzada ni umpama marketplace tempat penjual dan pembeli bertemu.

Selain lazada ada banyak lagi platform macam ni di Malaysia sebenarnya.

Cerita dihantui iklan Lazada.

Saya melawat laman Web LAzada baru-baru ni, dengan tujuan unutk survey basic phone. Ala, telefon yang simple yang boleh terima panggilan dan mesej sahaja. Kalau panggil dumbphone kurang manis la walaupun ia bukan smratphone.

Ada banyak rupanya. Yang bentuk macam batu bata pun ada, ketahanan dan kelasakannya pun iras-iras batu bata juga katanya. Ada yang tiga bulan tak payah charge. Ada yang sebesar kalkulator atau besar sikit dari kad kredit. Kebanyakannya made in China.

Habis di situ.

Kemudian saya meneruskan kehidupan macam biasa. Urusan harian macam biasa dan kembali mengadap komputer. Sambil menjengah blog-blog rakan BestBloggerNetwork BBN saya mula perasa iklan-iklan automatik yang keluar tu semuanya memaparkan telefon yang saya lihat tadi.

Model yang sama, warna yang sama.

Kalau Iklan berbentuk banner panjang itu pula, diselitkan selain dari telefon yang saya lihat itu, telefon lain yang boleh dikira sebagai pesaing, ataupun pilihan alternatif.

Oh, saya sedang dihantui Iklan LAzada.

Buat masa seminggu dua ini, inilah yang akan disuakan ke skrin saya.

Itulah kehebatan Cookie.

Bagusnya dihantui Iklan Lazada.

  1. Saya dapat lihat produk yang tadi mungkin saya tak jumpa semasa melayari laman web mereka.
  2. Saya dapat lihat barangan serupa dengan potongan harga yang berbeza.
  3. Saya dapat agak range harga barang yang saya inginkan.

Buruknya dihantui Iklan Lazada.

  1. Keinginan membeli barang yang kurang perlu semakin kuat. Tadi dah berjaya pujuk, tapi bila asyik terpapar je di skrin, teringin juga nak klik dan tengok lagi.
  2. Orang lain yang menggunakan komputer saya tahu apa yang saya cari di LAzada berdasarkan apa iklan yang dipaparkan di komputer ini.

Kuasa pengiklanan digital.

Inilah contoh pengiklanan yang berkesan(?). Pengiklanan yang menyasarkan pengguna yang memang telah ada niat membeli. Antara yang kita boleh belajar melalui kempen iklan LAzada ini ialah;

  1. Kenalpasti produk yang ingin dijual (product knowledge).
  2. Kenalpasti kumpulan sasar yang ingin membeli produk itu (audience knowledge).
  3. Kenalpasti cara untuk menyampaikan maklumat produk kepada kumpulan sasaran itu. (marketing method).

Mungkin kita sebagai blogger atau usahawan internet boleh belajar sesuatu daripadanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *