Apa itu passion dan apa itu compassion?
Semua orang cakap, “Follow your passion!” “Follow your passion!” GO GO GO!
Sebelum masuk bab compassion, aku nak mula cerita iaitu kongsi pasal kehendak sebenar aku.
Aku ni suka gila kat art. Aku appreciate inner beauty terlalu mendalam. Kadang-kadang, bila aku luah kat kawan, “Engko ni jiwang jugak eh?” Aku ingat engko ni brutal~
Art ni memang beautiful. Ia boleh jadi apa-apa saja. Biarpun sama ada tentang melukis, menulis, filem, bunga, muzik, Tuscany, and kali terakhir bila aku semak, aku mendapati bahawa yang doodle art pun kalau kena dengan. Aku memang tidak tahu, tapi ia juga buat aku rasa gembira sangat. Aku rasa sangat relaks dengan yang ni.
Pernah ke aku menghasilkan art?
Tangan aku ni kayu taw. Aku nak lukis tangan manusia pun jadi alien. Tiba-tiba, badan dah gagah,tapi tangan kecut! Masih tak berjaya lukis kartun manusia. Hello, art ni tak semestinya melukis ya!
Mungkin aku suka tengok je kut. Maybe aku just suka appreciate je kut. Like really appreciate it.
Lately, aku rasa something wrong dengan diri aku ni. Apa yang aku kejarkan? Adakah aku menghadapi krisis potensi diri? Benci nya!!
Lepas tu, aku tanya abang angkat aku hok study medic kat rusia ni. Abe Syuk kata…compassion lagi better than passion. OK. Finela..
Beliau kata…
Buat lah apa yang aku suka tu cuma pada part time. Mungkin compassion perlu lebih diberi prioriti.
Aku suka juga ceburi dalam bidang bisnes. Tapi, seriously, kita kena ada core. Bisnes boleh jadi apa-apa saja. Tapi, kalau ko ada core apa sebenarnya perkara yang ingin anda lakukan dalam hidup anda dan jadikannya sebagai satu bisnes pun boleh. Biarkan semangat hidup dalam kehidupan anda.
Aku tahu. Betul passion tu. Tapi, rupa-rupanya, compassion lagi better laa. Sebab apa taw?
Sebab bagi aku, passion ni sounds egoistic, manakala compassion ni lagi lebih untuk mengambil berat tentang orang lain. Tetapi perlu kita tahu bahawa yang dua-dua adalah definition kepada membuat perkara yang kita suka.
Passion ni buat kit amacam terburu-buru mengejar kehendak tanpa memikirkan adakah ia memberi kebahagian kepada orang lain. Manakala compassion lebih relax flow nya dan memberikan kebahagiaan orang lain.
Macam Mana Dengan Aku?
Passion yang aku rasa yang kita duk dengar hari ni bersifat individualistik. Manakala compassion bersifat lebih mesra.
Tapi cons yang terdapat dari pendapat saya adalah, adakah dari definisi compassion tadi, memberi kebahagian kepada diri kita sendiri? Ko duk sibuk giving compassion to others, diri kau camna?
Kadang-kadang, bila hidup terlalu memberi, buat kita lost self-grip dan mula macam, what about me?
Jika sampai pada titik ini, adakah anda akan buat turning point dan mula ikut definisi passion yang lebih individualistik dan egoistik itu???!!
Sekarang, ada dua jalan, passion atau compassion?
Sebenarnya, pilihlah compassion. Maybe saya belum berkongsi the full definition of compassion kut.
Compassion tak bermakna anda lupa diri anda. Tak bermakna anda lupa kehendak anda dan lakukan ia untuk diri anda. Eh, aku kadang-kadang, jujurnya, aku sangat pentingkan diri kut. Buat apa orang lain yang bahagia? Sedangkan aku? Apasal pulak aku nak bersusah payah menjalani kehidupan dengan tujuan hidup untuk memberi? Macam tagline Denaihati pulak..heheh
You ada compassion, you tak lupa minat you. Passion tetap ada. Jadi, why not kita gabung dua-dua dalam satu nama ialah COMPASSION?
Sifat Allah sendiri adalah Compassion, bukan Passion.
Sebab tu, dalam quran, Allah banyak suruh kita memperbanyakkan mengasihani. Bukan ikut kehendak sendiri. Aku ni bukan reti sangat bab-bab terjemahan ayat ni..tasawur kut…
Apa yang aku faham, Allah suruh kita be more caring to other people la. Especially, bila mereka mahu sesuatu dari kita, let’s say pertolongan kita, kepakaran kita, kepandaian kita. So, from there we SHARE.
Dalam sudut bisnes, sesungguhnya ia adalah aktiviti yang mulia. Kita bagi perkhidmatan kita kepada orang yang memerlukan. Produk kita yang menolong orang pandai. Dari tak pandai sampai jadi pandai macam ebook la, pe la… Perdagangan kebaikan di situ.
Dalam menjadikan kehendak sebuah passion sahaja, ia tidak cukup mulia. Kehendak perlu dikongsi untuk mencerdikkan, memandaikan bangsa. Sebab itu, kena jadikan PASSION DI DALAM COMPASSION.
Anda memberi kebaikan, anda berkongsi kepandaian sampai ke mati, pahala berterusan dan melimpah-limpah menuju ke syurga.
Semuanya datang dari passion yang mulia.
Oleh itu, betulkan niat.
Adakah kehendak itu bermanfaat kepada bangsa?
Jika ya, Kongsi.
Jadi, kata akhirku ialah, FOLLOW COMPASSION. Lebih baik la..
Apa pendapat korang? Apa definisi korang pasal Passion atau Compassion ni?