Berapakah harga dan di manakah nak dapatkan botol susu Pigeon Murah di pasaran Malaysia? Artikel di bawah akan berkongsikan kepada anda maklumat berkenaan.
Memilih botol susu untuk anak anda mungkin tidak mudah seperti yang disangka. Sesetengah bayi menerima apa sahaja botol susu yang diberikan padanya, dan ada juga sesetengah bayi yang agak ‘cerewet’ (ikut perangai siapa la tu, ehe) di mana anda perlu mencuba terlebih dahulu satu per satu botol susu, jika dipaksa, akan dicampakkannya botol susu tanpa rasa bersalah.
Pengalaman saya sebagai bapa kepada dua orang anak, alhamdulillah anak saya selepas umur 2 tahun putus susu mudah menerima apa sahaja botol yang diberi asalkan boleh baring sambil melayan hisap susu. Cuma pada mulanya biasalah agak sukar kerana belum biasa, tapi bila mereka lapar, tambahan pula diberi waktu ‘mamai’ nak tidur, tidak dihiraukan apa botol susu pun.
Selalunya ibu bapa terutamanya bayi pertama, selepas isteri habis pantang dan akan mula bekerja, maka mereka pun akan mula mencari jenis botol susu atau susu formula terbaik untuk kegunaan harian bayi mereka. Yerlahkan, semasa pantang bolehlah si ibu beri bayi menyusu badan sepanjang hari, tapi bila mula bekerja, mahu atau tidak kena cari alternatif penyusuan botol susu. Lagipun, ia sudah menjadi kebiasaan ibu bapa zaman sekarang yang kedua-duanya bekerja mencari nafkah, kadang-kala kesibukan bekerja mengurangkan masa ibu menyusu anak. Saya pasti ada dikalangan pembaca juga mengalami situasi ini bukan? Apapun, kerja bukanlah alasan dan penghalang untuk anak anda menyusu dengan sempurna.
Botol Susu Pigeon
Ok, berbalik kepada tajuk artikel mengenai botol susu Pigeon. Buat pengetahuan anda, botol susu jenama Pigeon antara jenama botol susu yang menjadi pilihan ibu bapa kerana rata-rata berpendapat bahawa bila menggunakan botol susu Pigeon, bayi yang tak mahu hisap botol sebelum ini entah macamana mahu menyusu menggunakan botol jenama ini. Saya bukan nak ‘memuja’ tetapi begitulah hakikatnya daripada pendapat dan pengalaman kebanyakan ibu bapa.
Informasi Produk:
Botol Mesra-Bayi – Susu ibu adalah sumber terbaik pemakanan untuk bayi anda, terutamanya pada tahun pertama selepas kelahiran. Di samping itu, masa yang digunakan penyusuan menguatkan hubungan di antara ibu dan bayi. Walau bagaimanapun, botol susu adalah satu keperluan, penggunaan botol susu keluaran Pigeon dengan puting susu PIGEON peristalsis PLUS™ dapat menggalakkan pergerakan lidah semula jadi bayi.
Puting silikon Ultra-lembut – Getah silikon ultra-lembut dengan dua ketebalan memastikan kelembutan ideal dan keanjalan supaya bayi boleh menghisap dengan mudah dan selesa. Juga, bentuk yang sesuai dengan sempurna dengan lidah bayi anda, membolehkan pergerakan lidah licin dan mengurangkan pengambilan udara.
Berdasarkan lebar puting – Kelebaran bentuk puting dapat membantu bayi anda membuka mulutnya secara meluas, dengan itu menggalakkan gerakan peristalsis stabil.
Bentuk Botol Diselaraskan – Bentuk diselaraskan memudahkan ibu-ibu untuk memegang dan menjaga kebersihan. Dibuat dari bahan berkualiti tinggi, kaca tahan lama yang bebesa bahan BPA, pembukaan lebar leher botol membuat penyediaan susu formula untuk bayi mudah dan tanpa banyak tenaga.
Harga Botol Susu Pigeon
Botol susu Pigeon didatangkan dalam pelbagai saiz dan jenis. Jadi harganya berbeza mengikut ukuran botol tersebut. Apapun, saiz botol bukan menjadi faktor utama, tetapi anda perlu melihat kekerapan penyusuan anak anda dan umur anak anda. Jika anda tidak pasti, pilih sahaja saiz standard iaitu 160ml dan 240ml.
Saiz Standard:
size botol susu pigeon
Masalah tiada atau tidak dijual di tempat anda boleh diatasi dengan pembelian online. Sama juga pembelian biasa di kedai peralatan bayi, harga online juga berbeza bergantung kepada laman jualan yang menyediakan botol susu. Saya sarankan anda rujuk laman berikut kerana ia lebih dipercayai dan sering menjadi tempat untuk rakyat Malaysia membeli-belah secara online:
1) Lazada – KLIK SINI untuk ke laman carian produk.
2) Baby Land Malaysia – LINK
3) Amazon – KLIK SINI untuk terus ke laman carian botol susu Pigeon. Penghantaran ke Malaysia disediakan.
Di kedua-dua halaman terutamanya Amazon, anda juga boleh membaca testimoni pembeli-pembeli yang pernah menggunakan produk sebelum ini.
Botol Susu Pigeon Murah
Seperti yang saya terangkan dalam perenggan di atas, terdapat banyak faktor mempengaruhi harga botol susu Pigeon. Walaupun demikian, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab dan pengguna yang bijak janganlah sehingga kita membeli barangan tiruan dan tidak berkualiti semata-mata mahukan harga yang murah. Selalunya barang terbaik yang mempunyai permintaan tinggi dan sukar dimiliki ni harganya agak tinggi berbanding barangan lain. Itu memang hakikat yang tidak dapat kita nafikan, tapi dalam hati mesti akan ada bisikan: Kalau dapat barang original dengan harga murah lebih berbaloi. Apapun pendapat, demi anak atau bayi anda yang tercinta, buatlah pilihan terbaik untuk mereka. Pada pendapat saya sendiri, harga dari laman di atas pun sudah berpatutan jika dibuat bandingan dari tempat lain.
Demikian celoteh saya selaku bapa zaman moden mengenai botol susu pigeon anak. Selalunya para ibu sahaja yang mengambil berat hal-hal sebegini. Apapun, semoga perkongsian artikel di atas bermanfaat. Jika ada pertambahan info saya akan masukkan kemudian pada masa akan datang. Sebarang perkongsian pengalaman dan komen daripada pihak anda amat dialu-alukan.