Web Analytics

Etika, Kereta dan Anda Yang Menggunakan Jalan Raya

Ada beberapa perkara yang menyeksakan yang akan memberi kesan kepada pemandu di jalan raya. Salah satunya adalah pemandu yang memandu perlahan ketika mereka melihat lampu hijau di depan lampu isyarat.

traffic light
traffic light

Kebanyakan dan selalunya menyebabkan anda kehilangan lampu hijau kerana ketika anda memandu hendak bergerak lampu isyarat sudah pun merah. Saya tahu ada mereka mempersoalkan hal ini kerana dakwaan mereka memperlahankan kenderaan adalah kerana bimbang lampu isyarat akan tiba-tiba bertukar menjadi merah.

Tetapi itu bukan soalnya yang perlu dibahaskan. Kata-kata tersebut boleh disamakan dengan kata- kata, “Ianya OK untuk anda mula memandu ketika lampu merah kerana kita tahu sekejap lagi lampu isyarat tersebut akan bertukar menjadi hijau.”

Sama lah juga bagi pemandu yang menghadapi masalah ketika lampu isyarat bertukar menjadi merah, mereka mula memperlahankan kenderaan terlalu awal. Selalunya sampai di temapt lampu isyarat dan lampu masih hijau lagi, dan kereta itu pun lalu, lepas tu, lampu jadi merah, kereta yang ikut di belakang tidak dapat lalu pula. Ini semua disebabkan kereta itu berjalan dengan sungguh lambat terlalu awal apabila lampu masih hijau.

Pengalaman Yang Saya Lalui

Saya mengalami keadaan seperti itu pada waktu pagi semalam. Kita mesti seorang individu yang baik dengan jarak lebih kurang 100 meter dengan pemanduan yang perlahan lebih kurang 60kmh sebelum tiba di simpang tersebut lampu isyarat telah bertukar menjadi merah.

Secara tiba-tiba kereta di di hadapan saya menekan brek. Ok saya menjangkakan pemandu akan memperlahankan kenderaan mereka dan berhenti bila mereka melihat lampu isyarat bertukar menjadi merah, tetapi bukan dalam jarak yang jauhnya lebih dari 100m dan bergerak secara perlahan pula tu.

Saya terfikir adakah pemandu tersebut mengetahui informasi mengenai kelancaran lalu lintas dimana pemandu perlu menyesuaikan kelajuan kenderaan ketika menghampiri simpang.

Saya fikir masalah tersebut berlaku disini kerana kemungkinan sikap pemandu tersebut meletakkan kaki kiri mereka di atas ‘pedal brake’. Ini telah mengakibatkan situasi di mana pemandu-pemandu lain tidak lagi beri perhatian kepada lampu ‘berhenti’ kerana kebanyakkannya tidak memberi apa-apa makna pun.

Saya dapati pemandu-pemandu di sini ada sesetengah kenderan tersebut lampu ‘brake’ sekejap nyala dan tidak pada kenderaan mereka walaupun kenderaan mereka dipandu laju atau ketika berada di simpang taman perumahan.

Ini semua berlaku di mana pedal brake telah diberi sedikit tekanan di mana berat kaki seorang pemandu sudah mampu buat lampu ‘brake’ tersebut menyala. Apabila saya menemubual salah seorang pemandu seperti itu dia mengatakan itu adalah cara selamat bagi pemandu.

Jauh Panggang Dari Api

Kenyataannya perbuatan seperti itu membuatkan mereka mejadi seorang pemandu yang merbahaya di jalan raya. Mereka tidak mempunyai kordinasi yang betul kerana mereka menggunakan kedua-dua kaki mereka dan mereka mencipta situasi di mana kenderaan di belakang mereka di biarkan tidak megetahui apa tindakan yang cuba di lakukan oleh mereka. Lampu ‘brake’ menyala tetapi kenderaan mereka dipandu laju? Adakah mereka benar-benar tahu cara pandu yang betul?

Sekali lagi belajarlah cara memandu yang betul dan boleh dijangka. Ini akan membuatkan jalan raya lebih selamat dan tidak memberi tekanan kepada kita semua.

Kita perlu jadikan seorang pemandu yang bersopan santun dan selalu mematuhi undang-undang jalan raya. Jika tida, nyawa kita memang dalam kebahayaan dan maut boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *