Web Analytics

Dapat Perlindungan Yang Baik Dari Insurans Bila Sakit

Saya nak tulis sedikit yang berkaitan dengan insurans. Ambil masa juga untuk saya sign up polisi insurans saya. Masa muda-muda dulu, kalut simpan duit untuk kahwin, jadi saya selalu tolakkan tawaran yang diberikan oleh ejen-ejen insurans yang cuba untuk jual insurans.

Dapat Perlindungan Yang Baik Dari Insurans Bila Sakit

Sebab Selain daripada ingin kumpul duit untuk kahwin, saya fikir syarikat yang saya kerja tu sudah ada bagi medical card yang mana saya boleh guna untuk dapatkan ubat secara percuma. Jadi saya bukan cenderung sangat untuk beli insurans pada masa itu.

Bila saya sudah berumah tangga dan sudah stabil berkeluarga. Lepas tu saya juga dapat kenaikan gaji barulah saya sign up untuk insurans.

Masa tu umur saya adalah 28 dan sudah nak masuk 29. Dalam insurans ni ada bermacam-macam bila saya cuba untuk beli dari satu ejen yang merupakan kawan saya.

Akhirnya, untuk insurans yang saya pilih ini, saya lebih fokus kepada manfaat medikal. Mana tahu nanti nak bersara awal, ataupun tidak bekerja lagi di tempat saya bekerja sekarang.

Bila tiba masa tu nanti, katakan pada umur 45 mungkin saya akan berhenti bekerja dan mula buat bisnes sendiri, dan mana tahu mungkin terjadi kemalangan yang boleh berlaku dan kos rawatannya mungkin berpuluh ribu ringgit. Jika tidak beli insurans, mesti tidak dapat saya tanggung semua perbelanjaan ini dan mungkin saya kena mengisytiharkan bankrap.

Tapi sekarang sudah saya beli insurans, maka tidak perlu risaulah dengan banyak sebab apa-apa yang berlaku adalah insurans boleh cover. Terdapat juga instrument simpanan, tapi kadarnya tak banyaklah berbanding dengan simpan dekat bank.

Dalam insurans, konsep insurans adalah sama-sama beruntung. Kalau jadi musibah, pemegang polisi dapat duit, dan kalau tiada terjadi ada bahagian wang yang menjadi milik syarikat insurans.

Walau bagaimanapun, dalam perniagaan insurans, telah dikira kebarangkalian berlakunya situasi pihak syarikat perlu membayar. Pendek kata mereka menawarkan polisi yang mempunyai kebarangkalian yg menyebelahi mereka. Kalau tak, tak adalah keuntungan yang boleh dibuat oleh syarikat-syarikat insurans ini. Mereka akan jadi non-profit organisation.

Insurans ni kalau boleh lebih awal lebih bagus kerana premiumnya lebih rendah, untunglah bagi mereka yang ibubapa mereka mampu belikan insurans kepada mereka sejak kecil lagi.

Kita yang memegang polisi dapat untung bila kita sakit, tapi ini bukan sesuatu yang baik. Dari itu kita perlulah berhati-hati dan jaga diri dengan baik agar tidak sakit.

Sakit Teruk Baru Dapat Duit

Kalau nak cerita pasal untung ambil insurans ni, aku cakap baik lupakan. Otak kita kena ingat yang insurans ni adalah perlindungan, yang turut sama tanggung risiko dan kurangkan beban.

Kita akan dapat RM100k kalau kita mati ataupun mendapat kecacatan kekal. Bab mati 1 hal, bab cacat kekal, sekurang-kurangnya dapat duit lah untuk cover tanggungjawab untuk anak-anak sebab sudah tidak berupaya untuk pergi bekerja lagi.

Bercakap tentang medical card pula, kita akan dapat manfaat wad jika kita jatuh sakit. Tapi rasanya berapa kali kita masuk wad? Saya pernah masuk wad buat satu kali bila pada masa sekolah menengah dulu, tu pun sebab nak operate bengkak pada kaki keesokan harinya (turn out bengkak surut dan tidak perlu operate). Selebihnya tak pernah.

Sedar tak yang setakat sakit-sakit biasa memang tak adanya sampai perlu masuk ward. Kena sakit serius macam denggi dan sakit-sakit yang mungkin boleh bawa maut (life threatening) barulah doktor warded kan kita. Jadi ini adalah macam cuma bila kita sakit teruk sangat baru boleh kita dapat tuntut wang daripada syarikat insurans yang kita beli insurans itu.

Saya tidak pasti dengan medical card yang lain, tapi medical card yang saya ambil itu cuma cover kos rawatan yang melibatkan kes yang dirujuk kepada pakar (kes yang serius).

Setakat sakit demam, selsema batuk yang selalu jadi tapi boleh sembuh memang tidak dilindungi oleh medical card. Jika anda pergi jumpa doktor sebab penyakit-penyakit ini, maka anda perlulah bayar sendiri.

Kalau kita sampai tahap masuk wad memang kita sakit yang menyakitkan. Dan bukan demam sikit pun nak masuk ward. Jadi, kalau sakit teruk sampai warded barulah insurans bagi manfaat dari segi kewangan.

Kalau boleh tak mahu nak warded cuma kerana anda ingin dapatkan manfaat dari insurans. Warded ni susah, isteri terkuntang kanting nak uruskan keluarga.

Apapun tetap perlu bersedia jika ada situasi yang kita sendiri tak dapat elak, yang mana kita sendiri tak jangka, yang mana telah tertulis terjadi untuk kita.

Atas ketidakpastian inilah saya ambil. Yang pasti, apa yang syarikat insurans tawarkan adalah kebarangkalian yang menyebelahi mereka. Iaitu, manfaat yang dibayar misalnya warded dan bil hospital tetap mereka untuk kerana secara menyeluruh. Bukan semua pemegang polisi masuk wad dan perlu dibayar manfaat bil dan hospital.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *