Adakah anda tahu berapa nilai dan harga blog atau website anda? Jika tidak, boleh anda terus baca dengan apa yang akan diberitahu dalam artikel ini.
Tadi saja aku kodek-kodek internet dan tiba-tba aku terjumpa dengan beberapa website yang boleh digunakan untuk semak harga blog/website kita.
Bila aku cuba dengan semua website tersebut, memang terdapat bermacam-macam angka dan jumlah yang terhasil untuk harga blog aku.
Bagaimana mereka buat pengiraannya tentang semua blog dalam internet pun aku bukan tahu sangat.. haha! Apa pun angka-angka tersebut membuatkan aku tersenyum sebentar, huhu.. ‘amat mahal’ juga harga blog aku nie ya.
Macam Mana Tahu Harga Blog?
Bukan susah sangat tapi cara untuk mengetahui harga blog anda agak mudah sahaja. Apa yang anda perlu buat adalah anda boleh check harga blog anda melalui website-website yang sudah aku sediakan di bawah ni. Jika anda suka, anda juga boleh meletakkan widget harga yang dihasilkan dan letakkan di sidebar blog anda:
1. WebsiteOutlook – Bila aku check harga blog ini, ia tertulis ~ My site is worth $4146.4. Erm.. macam bukan buruk sangat.
2. WorthofWeb: Melalui website nie harga website aku dijangka lebih kurang RM 5,767.76 . Hoho, boleh tahan. Sebenarnya harga itu amatlah murah berbanding website blogger-blogger lain yang dah otai! Haha.. blog aku amat jauh ketinggalan berbanding blog blogger-blogger lain.
3. Webuka.com: Melalui pengiraan daripada website ini pula, harga blog Afiffuddin.Com aku nie lebih kurang $1,286. haha.. murah lagi. Aku ingatkan sampai 5 angka. :p Ada juga disediakan widget, tapi aku tak boleh letak dalam post nie sebab dia guna script. Kalau letak dalam sidebar boleh lah.
4. UrlAppraisal.Net: Bila aku try check harga blog Afiffuddin.Com di website ini, nilainya lebih kurang $2,937.40. Yang bestnya tentang website nie, dia gitau semua maklumat lengkap pasal potensi blog kita seperti Domain Age, Google PageRank, Compete Traffic Details, Alexa Traffic Details, Google Links, Yahoo Links, dan URL Marketability Analysis. Widget juga disediakan, iaitu bewarna oren dan biru.
5. SiteValueCheck.Com: Dengan website nie, result harga website aku adalah berharga lebih kurang $2,678
6. CubeStat.com: Pengiraan website ini tentang harga blog aku boleh tahan juga, mengikut statistic calculation mereka, dijangkakan blog aku nie berharga sekitar $2,227.23. Selain itu diberitahu juga info mengenai Daily Pageviews: 1,017, dan Daily Ads Revenue: $3.05 serta data lain seperti Meta Info, dan Index Data. Best juga, cubalah!
7. Estibot.Com: Setelah menggunakan checking tool website ini, harga blog aku lebih kurang $ 0 USD, Ciss.. tak ada harga langsung.. hahaha!!
Setakat ini 7 website appraisal tool yang aku jumpa masih aktif, ada lagi rasanya website appraisal nih. Ok, secara umumnya ramai orang tahu bahawa untuk mengetahui potensi sesebuah website atau blog lihat sahaja melalui Alexa Ranking selain daripada jumlah visitor dan pageview.
Sebab sekiranya anda ingin menjadi publisher, ada juga syarikat pengiklanan yang mengambil berat perihal Alexa Ranking untuk blog yang mereka ingat adalah berbaloi untuk taruh iklan mereka pada blog anda.
Contohnya seperti syarikat pengiklanan Media.net yang akan semak dengan trafik laman anda untuk lulus atau batalkan permohonan anda sebagai publisher. Jadi semakin tinggi kedudukan Alexa Rank untuk blog anda, maka semakin tinggi peluang untuk mendapat advertiser untuk beriklan di blog anda!
Selain itu, sekiranya anda ingin Flip website anda di website Flipping seperti Flippa.Com, Alexa Ranking, Domain Authority(DA), Page Authority(PA), jumlah visitor, dan jumlah pageview akan menjadi kayu ukur kepada pembeli sebagai salah satu sebab mengapa mereka perlu menang bid untuk mendapatkan website anda.
Boleh Pasang Add-On SEOQuake
Jika anda ingin tahu lebih banyak maklumat tentang blog anda, boleh anda pasang SEOQuake yang merupakan satu Add-On atau Extension untuk browser seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox.
Boleh anda muat turun add-on in dengan link ini.
Selepas siap pasang, anda boleh tekan F5 untuk muat semula laman anda, dan akan akan dapat maklumat seperti berapa URL dari blog anda yang di indexed oleh Google, kedudukan Alexa Ranking, Domain Age, Berapa post di blog anda yang ada dikongsi oleh media sosial dan banyak lagi maklumat yang berguna yang boleh anda pakai untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang blog anda.
Semak DA dan PA
Selain daripada itu, anda pun perlu tahu berapa nilai untuk DA dan PA bagi blog anda. Boleh anda pakai link dari smallseotools untuk membuat semakan. Semakin tinggi DA dan PA untuk blog anda bermaksud blog anda mempunyai kepercayaan yang lebih tinggi di mata Google.
Jadi untuk memastikan website atau blog anda mempunyai nilai dan harga, pastikan DA, PA dan Alexa Rank anda mempunyai rank yang tinggi. Setakat itu dulu perkongsian maklumat internet daripada aku pada pagi subuh ini. Sekian.