Masih ada lagi tak agaknya di kalangan kita ni semua yang tercari-cari untuk mendapat dan megetahui macam mana cara untuk hidup dengan lebih bahagia? Pada pendapat saya mesti ada punya, ini adalah apa yang saya yakinkan. Jadi, apakah rahsia yang saya gunakan untuk tujuan ini?
Menikmati Hidup Yang Singkat Untuk Kehidupan Kita
Sekarang bolehlah bagi saya kongsikan sedikit sebanyak cara yang saya pakai dalam kehidupan untuk menikmati hidup yang singkat ini dengan lebih bahagia seantero alam.
Seantero alam tu adalah perkataan yang cuma saya tambah-tambahkan sediri. Ia adalah bagi sedapkan sikit ayat perenggan ni dan mempunyai makan yang tersendiri untuk saya. Orang yang jujur seperti saya sangat diperlukan ya zaman sekarang ni (ehem ehem).
Simpati Dengan Orang Yang Maaf Cakap
Baiklah, kadang-kadang memang saya simpati bila tengok terdapat segelintir manusia yang maaf cakap. Mereka macam tidak pandai bersyukur dengan nikmat hidup yang Allah sudah berikan.
Boleh anda cuba untuk fikirkan, daripada sebanyak-banyak jumlah air mani yang berebut masa proses persenyawaan ibu dan ayah kita. Akhirnya kita yang dipilih untuk menjadi manusia (proses sebenar persenyawaan tu malaslah saya nak cerita di sinilah).
Dengan itu memang Allah sudah beri peluang pada kita untuk hidup sebagai manusia yang alhamdulillah cukup sifat. Tetapi kenapa terdapat ramai orang yang nak hancurkan hidup mereka dengan bersedih dan meratapi setiap ujian dalam dunia ni?
Kita bukan tuhan dan pasti kita semua orang tidak sempurna. Semua orang ada masalah mereka masing-masing dan semua orang mempunyai tanggungjawab diri mereka sendiri yang perlu mereka uruskan.
Juga, semua orang ada tuntutan hidup yang perlu dilangsaikan tetapi tak usahlah sampai langsung tak bagi peluang hidup kita ni merasa nikmat bahagia dengan menanggung semua beban atas badan kita dan jadikan kita hidup dengan bertekanan tinggi setiap hari.
Wajah Tidak Kacak atau Cantik Sangat
Kadang-kadang masalah yang datang kepada seseorang cuma merupakan perkara yang berkenaan dengan muka mereka yang tidak berapa cantik macam Angelina Jolie. Ada juga orang yang ada masalah risau sebab rumah sempit sedangkan rumah jiran sebelah banglo dan mempunyai ruang tempat yang luas.
Ada orang yang adu dengan masalah makan tak sedap macam kawan-kawan lain yang dapat makan dekat hotel-hotel mewahlah. Paling saya nak pengsan tengok orang yang bersedih sampai tak boleh nak makan, tak boleh nak berjumpa orang, emosi dengan orang keliling cuma gara-gara teman lelaki tak setia.
Ya Rabbi. cubalah berubah. Janganlah jadi manusia yang cepat mengalah dengan ujian Allah bagi. Percayalah, setiap ujian yang datang cuma sementara. Cuba fikir balik. Ada ke masalah-masalah kita yang 10 tahun lepas tak selesai lagi? Kalau ada pun, itu cuma sebab sikap kita yang tak boleh “handle” masalah kot.
Kalau korang selalu baca buku motivasi, mesti korang tahu cara untuk hidup lebih bahagia dan bebas daripada tertekan dengan masalah yang datang dalam hidup. tapi, tak apa sebab saya tahu korang ni bukan rajin sangat macam saya (kahkahkahkah) bab baca buku motivasi ni, jadi saya ringkaskan dekat sini ya.
1- Sentiasa fikir positif.
Bila ada kata-kata kecil daripada hati yang ke arah negatif je, cepat-cepat berikan kata-kata positif pada diri sendiri semula.
2- Percaya semua masalah BUKAN selamanya bersama kita.
Esok, lusa atau paling lama pun 10 tahun lagi masalah tu akan selesai juga. kikikiki 10 tahun tu -..-
3- Kira anggaran sisa hidup kita dalam dunia ni.
Hah, ini sangat berkesan. Macam saya, mungkin ada baki hidup dalam 30-40 tahun macam tu jadi kenapa saya nak buang masa nak fikir masalah je. Jadi, dengan cara macam ni saya lebih menghargai hidup dan berjanji yang akan sentiasa buat hidup saya bahagia!
4- Beri bantuan pada orang tanpa perlu tunggu diminta terlebih dahulu.
Yang ini payah kalau korang tak ada sifat yakin pada konsep “buat baik pasti dibalas baik”. Kena yakinlah, dan sentiasa tanyakan pada kawan-kawan kot-kot ada tak yang kita boleh tolong dia. InsyaAllah secara tak langsung Allah akan beri hati yang tenang dan bahagia
5- Banyakkan masa bersama-sama kanak-kanak.
Kenapa? Sebab diorang ni ahli syurga. Walaupun kadang-kadang annoying juga dengan gelagat diorang yang bising tapi cepat-cepat ingat yang diorang ni ahli syurga. Ahli syurga ni sifatnya menenangkan dan membahagiakan. Saya suka bermain dengan diorang, diorang boleh buat saya bahagia secara instant!
Sebenarnya banyak lagi nak kongsi tapi macam dah panjang pulak entri ni. Terpulanglah pada korang kan macam mana nak rasa bahagia tapi ini adalah sedikit sebanyak yang saya dapat sharekan bersama. Nak ikut boleh, tak nak ikut pun boleh.
Skrip Kehidupan Paling Mudah dan Murah
Pernah dengar skrip kehidupan? Kalau belum tak apa. Saya pun baru tahu tentang skrip kehidupan ni sejak follow ceramah-ceramah Prof Dr Muhaya. Saya dah jadi pendengar setia beliau dah sekarang. hahahaha! Kemain mengaku. Prof Muhaya ni lah yang perkenalkan sistem skrip kehidupan.
Mula-mula saya malas juga nak menulis skrip kehidupan sendiri. Rasa macam tak perlu dan rasa macam buang masa je. Sebab banyak sangat perkataan “macam” tu lah saya asyik tangguh-tangguh je nak menulis. Jadi, hari ini saya dah bertekad nak mulakan aktiviti skrip kehidupan saya sendiri.
Macam mana konsep Skrip kehidupan? Ok, saya terangkan yang mudah sahaja untuk sesiapa yang terasa nak join juga. Mungkin skrip saya ni tak sama dengan cara Prof Muhaya, cuma konsep asalnya sahaja yang sama. Ideanya ialah dengan kita catatkan SEMUA aktiviti kita untuk 1 hari. Dari mula kita celik mata hari ini sehingga saat kita nak tutup mata malam nanti.
Caranya, terpulang. Kalau korang nak catat skrip kehidupan korang atas kertas atau taip saja dalam Microsoft word atau apa saja, itu terpulang ok. Saya memilih untuk menulis di atas kertas A4 untuk hari ini. Biasalah, Pengalaman pertama memang macam ni. hahahaha!! Tak ada buku yang khusus lah, yang ada cuma kertas A4 :p
Ok, sekarang mulakan catatan. Senaraikan aktiviti yang korang ingat sejak korang mula celik mata pagi tadi. Untuk setakat ni, saya cuma ada 11 sahaja. Saya list kan dekat bawah ni.
- Bangun pukul 8:30 pagi
- Check Twitter selama 15 minit untuk wish selamat pagi
- Check blog kesayangan
- Mandi
- Dengar video yang ada zikir-zikir dan ikut sekali nyanyi dalam bilik untuk “dapatkan” mood pagi
- Sarapan pagi lauk yang abang belikan
- Keluar rumah pukul 10:30 pagi (lambat sangat!!!)
- Dengar ceramah Prof Muhaya dekat radia IKIM
- Sampai tempat kerja pukul 11 pagi
- Tulis skrip kehidupan pertama 11:20 pagi
- Sambil dengar Al-Quran Online surah Al-Baqarah (tenang)
Baiklah, ini contoh skrip kehidupan saya setakat ini. Pastinya lepas ni saya akan tambahkan lagi. Ok, lepas tu apa kita akan buat dengan senarai ni semua? Ok, senang je. Nanti, sebelum tidur. Saya baca semua senarai yang saya dah tulis ni. Saya akan buat 2 colum di bahagian belakang kertas A4 yang sama.
Colum kiri, saya akan tulis “Perkara tak berfaedah ” dan colum kanan “perkara berfaedah”. Dah tahu apa yang saya nak buat??? hehehehe. Mestilah korang dapat agak kan? Mudah saja. Korang “sort” daripada senarai yang korang da tulis dari pagi sampai malam tu ke dalam setiap colum ni. Simple!!
Tak berfaedah dengan berfaedah tu sebenarnya terpulang pada korang. Mungkin ada sesetengah yang anggap login twitter adalah perkara sangat berfaedah, jadi.. tak apa. Untuk hari ini sila letakkan di dalam colum BERFAEDAH. Kalau esok-esok, rasa login Twitter tidak bawa apa-apa faedah, letaklah dalam colum TAK BERFAEDAH. Mudah kan?
Semuanya terletak dekat tangan kita. Skrip kehidupan kita, kita yang tentukan. Apa yang kita akan dapat dengan menulis skrip kehidupan ni? Kita akan lihat dengan sendiri dekat mana kita habiskan 24 jam yang Allah dah beri untuk kita dalam sehari ni. Samada kita buat perkara berfaedah ataupun tidak. Berfaedah untuk diri sendiri, atau mungkin kita sibuk memberi faedah pada manusia yang tidak sepatutnya diberi.
Lagi 1, perkara paling penting yang kita akan dapat dengan adanya skrip kehidupan ni (untuk orang Islam) ialah berapa banyak kebaikan kita dah buat dan berapa pula jumlah kejahatan kita dah tempah. Mungkin, kita tak perasan. Jadi, kalau kita sendiri yang catat dan lihat sendiri..mana tahu kita dapat perbaiki diri kita. kan?