Web Analytics

Cara Nak Dapatkan Flight Tiket Murah

Adakah anda sedang cari bagaimana cara untuk dapatkan tiket filght yang murah untuk anda ambil pergi bercuti? Jika jawapan anda adalah ya, maka post ini memang betul untuk dibacai oleh anda. Boleh anda ketahui 7 tips untuk tempah tiket flight murah melalui perkongsian artikel di bawah.

Adakah anda sedang merancang untuk membawa keluarga anda bercuti (samada dalam negara atau luar negara) tetapi pada masa yang sama juga berkira-kira mahukan kos penerbangan yang berpatutan dengan bajet anda?

Ini bermakna secara tidak langsung anda merancang untuk menjadikannya percutian bajet memandangkan anda mahu mengurangkan kos dan berjimat sebaik mungkin.

flight tiket murah

Tawaran Pakej Pelancongan Bajet

Semua orang berebut-rebut ingin mendapatkan tawaran pakej-pakej pelancongan bajet yang disediakan oleh syarikat-syarikat pelancongan.

Kebiasaannya begitu terutamanya kepada mereka yang baru pertama kali, tetapi sebenarnya perkara pertama yang perlu difokus untuk memulakan pelancongan bajet adalah dengan mengurangkan kos pada tiket penerbangan dengan mendapatkan tiket flight murah.

Tapi ramai yang tidak tahu bagaimanakah caranya untuk dapatkan tiket flight murah.

Saya akan kongsikan caranya melalui perenggan di bawah, cuma sekarang apa yang perlu anda tahu bahawa cara ini memerlukan kesabaran dan sedikit kerajinan di pihak anda. Terdapat tips tertentu yang boleh membantu anda untuk menempah tiket penerbangan dengan kos yang efektif.

1. Buat Tempahan Tiket Anda Seawal Mungkin

Cara yang terbaik adalah dengan menempah tiket sekurang-kurangnya dalam tempoh lima hingga enam minggu lebih awal. Jika anda bercadang dengan pelancongan ke destinasi antarabangsa, maka adalah lebih baik untuk anda melakukan tempahan tiket lebih awal.

Kenapa? Ini kerana harga tiket pada waktu ini adalah yang paling rendah dan pastinya akan naik selepas tempoh tersebut.

2. Pilih Hari Di Mana Flight Kurang Penuh

Hari terbaik untuk menempah tiket penerbangan domestik adalah hari Rabu. Diikuti dengan hari Selasa dan Sabtu.

Pada hari ini kebanyakan kerusi flight tidak mudah penuh. Daripada pemerhatian, hari-hari sebegini kurang menjadi pilihan untuk penumpang untuk melakukan perjalanan. Oleh itu, anda berpeluang untuk mendapatkan tiket penerbangan pada kos yang rendah sekiranya anda pilih untuk terbang pada hari tersebut.

3. Penerbangan Awal-awal Waktu Pagi Adalah Yang Termurah

Ya, penerbangan pada jam 04:00 pagi adalah lebih murah walaupun ianya agak menyusahkan. Satu lagi slot waktu adalah pada tengah hari (semasa/selepas makan tengah hari) dan lewat malam. Walau bagaimanapun, tip ini lebih berguna adalah untuk penerbangan laluan terhad. Apapun anda boleh mencubanya.

4. Buat Pencarian Anda Pada Waktu Pagi

Jika anda sedang mencari tawaran penerbangan murah oleh syarikat penerbangan, saya sarankan anda lakukan pencarian pada waktu pagi.

Hal ini adalah kerana waktu pagi adalah masa kebanyakan tawaran tiket flight murah diumumkan oleh syarikat-syarikat penerbangan. Walau bagaimanapun, ada juga syarikat-syarikat tertentu yang mengeluarkan tawaran diskaun untuk sepanjang hari juga dan tidak mengira masa pagi atau petang.

5. Semak Laman Web Jualan Tiket Yang Berlainan

Terdapat banyak laman web yang mempunyai maklumat tentang tambang khas atau tawaran diskaun penerbangan. Semak semua laman web jualan tiket sama ada besar atau kecil seperti Expedia dan lain-lain.

Anda juga boleh mendaftar dan melanggan untuk mendapatkan makluman percuma dengan laman yang menawarkan perkhidmatan ini.

Setiap kali mereka mengeluarkan apa-apa maklumat mengenai tawaran penerbangan murah maka mereka akan memaklumkan kepada anda dengan serta-merta terus ke email anda.

Nasihat daripada saya adalah jangan anda hanya tumpukan pada sebuah laman web sahaja. Daftar dengan beberapa tapak dan laman syarikat penerbangan dan anda pastinya tidak akan terlepas dengan tawaran hebat yang dikeluarkan oleh mereka.

6. Daftar Untuk Menjadi Ahli Elit Program Penumpang Kerap Syarikat Penerbangan

Jika anda merupakan seorang penumpang yang kerap melakukan perjalanan udara, maka tip ini amat sesuai untuk anda. Boleh anda daftar untuk menjadi ahli elit program penumpang kerap syarikat penerbangan.

Dengan cara ini anda akan mendapat keutamaan daripada pelancong lain. Juga, kad kredit yang berhubung kepada syarikat penerbangan itu akan memberikan anda lebih banyak faedah.

Jika anda selalu melakukan perjalanan menggunakan syarikat penerbangan tunggal maka tip ini akan menjadi sangat berguna untuk anda.

7. Minta Bantua Dari Agensi dan Syarikat Pelancongan

Anda juga boleh meminta bantuan daripada agensi dan syarikat pelancongan. Mereka boleh carikan anda tawaran yang terbaik dengan lebih cepat daripada apa yang anda harapkan. Mereka juga mempunyai tawaran dan pakej yang anda tidak akan dapati di laman syarikat penerbangan itu sendiri.

Oklah, demikian adalah 7 tips dan cara untuk membantu anda mendapatkan tiket flight murah. Dengan perkongsian ini saya berharap tips ini dapat membantu dalam pencarian anda untuk mendapatkan tiket penerbangan yang terbaik dan murah.

Baca juga:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *