Adakah anda ingin tahu bagaimana cara untuk memikat hati lelaki pemalu? Jika tidak, boleh anda belajar dan mengetahui tips dan petua macam mana cara-cara memikat hati lelaki pemalu melalui perkongsian artikel di bawah. – (How to Attract Man’s Hearts)
Bagaimana untuk memikat lelaki adalah soalan yang sering diutarakan sejak dahulu lagi, dan daripada satu soalan itu terjawap pelbagai jawapan yang berbeza.
Setiap wanita mempunyai pandangan mereka sendiri tentang cara-cara untuk menmikat lelaki dan jika anda bertanya kepada lelaki, setiap seorang daripada mereka pastinya akan memberikan anda senarai tentang apa yang dia mahu daripada seorang wanita.
Perbezaan Antara Dunia Ideal dan Dunia Nyata
Sebab asas di sebalik hujah klasik ini adalah bahawa terdapat jurang yang luas antara dunia nyata dan dunia yang ideal. Seorang lelaki akan menunggu bertahun-tahun untuk mencari wanita yang sempurna, tetapi akhirnya hanya tertarik kepada seorang wanita yang dia sendiri tidak menjangkakan akan suka pada mulanya.
Pernahkah anda fikir mengapa sesetengah wanita seolah-olah mampu menarik lelaki seperti magnet? Dan apa yang peliknya adalah, mereka ini jika dilihat dari segi rupa tidaklah dikategorikan cantik, dan tidak juga memiliki bentuk badan menarik.
Tetapi di sisi lain, sepertinya mereka mempunyai sihir untuk dapat membuatkan lelaki jatuh cinta kepada mereka.
Tidak dinafikan semua wanita dilahirkan dengan kekuatannya yang tersendiri untuk menarik laki-laki, namun mereka tidak tahu bagaimana cara menggunakan kekuatan itu lagi. Kedengarannya semua ni macam agak rumit, tetapi sebaik sahaja anda menyedari misteri itu, maka ianya akan menjadi mudah.
Macam Mana Boleh Dapat Lelaki Yang Membawa Kebahagiaan Kepada Anda?
Sepertinya, anda sudah mula tertanya-tanya bilakah anda akan bertemu orang yang akan membawa kebahagiaan dalam hidup anda. Tetapi pada masa yang sama, anda perlu sedar bahawa walaupun anda sudah bertemu si dia, ia masih lagi sukar kerana anda tidak tahu bagaimana cara memikat hati lelaki.
Bertanyalah dan anda akan pelajari bahawa memikat lelaki adalah satu seni dan anda akan dapati banyak perkara di luar sana samada dalam media cetak dan internet yang selalu menyatakan bahawa teknik dan cara memikat hati lelaki merupakan kemahiran yang boleh dipelajari.
Anda akan dapati terdapat banyak tips untuk memikat lelaki. Sebahagian daripada tip-tip ini mungkin berkesan dalam beberapa keadaan dan situasi tetapi masih tidak ada keseragaman di antara mereka.
Pandai Buat Masakan Yang Sedap
Terdapat satu tip orang dulu-dulu mengatakan bahawa cara untuk memikat hati lelaki adalah melalui perutnya tetapi memasak bukanlah kemahiran yang semua orang ada. Ada yang menyatakan helahnya adalah dengan menunjukkan perangai sebenar anda.
Namun, sesetengah orang lebih mempercayai bahawa dengan tidak menunjukkan sifat sebenar adalah lebih berkesan. Tidak mengendahkannya, memuji dia, membuat dia cemburu; dan pelbagai tips lagi untuk menarik lelaki yang menampakkan tiada penghujungnya.
Malah, di sana terdapat banyak tips yang tersedia yang membuatkan anda tertanya-tanya sama ada semuanya benar-benar berkesan ataupun tidak. Walau bagaimanapun, realitinya adalah anda boleh membina diri anda dengan cara yang lelaki dapati anda menarik pada pandangannya.
Terdapat sifat-sifat semula jadi tertentu yang lelaki suka dalam diri wanita dan ini adalah di mana kebanyakan pakar bersetuju tentangnya. Ianya adalah ciri universal dan dia akan menjadi seorang lelaki ganjil sekiranya tidak suka sifat-sifat ini ada pada wanita.
Lelaki ini samada boleh atau tidak membina hubungan dengan anda tetapi tidak dapat dinafikan bahawa anda boleh memikat lelaki jika anda yakin, memiliki mental yang kuat dan mempunyai sikap yang positif.
Wanita Ynag Terdesak Untuk Cinta
Pada masa yang sama, terdapat juga perkara-perkara tertentu yang lelaki tidak mahu melihatnya ada pada wanita. Seorang wanita yang kelihatan terdesak untuk cinta adalah lebih cenderung untuk menakutkan lelaki berbanding seseorang yang menjadikan temujanji sebagai langkah dalam usaha menunggu agar hubungan dibina. Jika anda terlalu menempel saja, anda mungkin menakutkan dan merimaskan dia.
Jangan buat diri sukar didekati oleh lelaki
Perkara yang sama dan tidak berubah adalah membiarkan diri sukar untuk didekati. Hal seperti ini kebanyakannya selalu berlaku kepada wanita yang pernah terluka pada masa lampaunya dan tidak mahu senang-senang didekati lagi.
Ianya amat difahami tetapi dengan menjadikan diri anda berstatus “sukar didekati” itu, anda sebenarnya menghalang masa depan anda sendiri. Adalah jarang bagi seorang lelaki yang akan meneruskan hubungan dengan anda walaupun anda menolaknya.
Jika anda mahu memikat hati lelaki, biarkan mereka tahu adalah lebih baik jika mereka dapat bercakap dengan anda tetapi pada masa yang sama jangan menampakkan anda terlalu mahukan dia.
Itu antara perkara yang diperlukan untuk menarik lelaki. Jangan cuba untuk melakukan apa-apa muslihat; yakinlah pada diri sendiri dan berkelakuan secara semula jadi. Selebihnya akan berlaku dengan sendiri apabila tiba masanya.