nak tahu tak. hari tu saya pandu kereta kakak saya untuk ke rumah kakak saya
setelah sampai di destinasi, saya pun nak masuk parking. tiba-tiba
BOOM!
saya ingatkan ruang kat bahagian depan kereta tu cukup untuk masuk parking tapi sebaliknya pula terjadi. sikit je lagi nak lepas.
akibatnya, bahagian depan kereta kakak saya tu calar. mula-mula keluar dari kereta, ingatkan sikit jer sebab bunyi tak kuat tapi
ini yang berlaku (rujuk gambar di bawah)

rasa macam
‘arggghhhh. tidakkkkk. ya allah, apa yang aku dah buat kat kereta kakak aku ni’
tak sangka pula kejadian seteruk ini menimpa saya sebab selama ni drive kereta dia ok je. mungkin allah nak bagi warning kat saya supaya berhati-hati next time bila memandu.
selepas balik dari melawat kakak tadi, kami pun pulang.
sebaik sampai di rumah, kami ligat berfikir macam mana nak ‘sorok’ kesan calar ni. takut juga kalau suami kakak saya tu perasan.
kalau boleh tak nak bagi nampak ‘teruk’ sangat la kesan calar kat kereta baru mereka beli ni. takut lepas ni mereka dah tak bagi saya drive. hihihi.
dan saya dapat satu idea. tinggg! (bunyi mentol lampu menyala) hihi. tiba-tiba teringat
‘BASIC-H SHAKLEE’
saya pernah nampak ramai rakan saya yang guna basic h shaklee ni untuk lap kotoran degil di periuk belanga mereka dan hilangkan kesan degil kotoran
maka, apa lagi. terus saya sambar 1 botol basic h shaklee yang masih ada stock di rumah saya. saya buka dan terus sental kat kesan calar di kereta tu.
siryes. kami sental dengan gigih sekali dengan harapan setinggi gunung supaya basic h shaklee ni dapat bantu selesaikan masalah jiwa raga kami ni.
kelakar bila ingat balik sebab saya betul-betul ‘cuak’ sebenarnya walaupun muka saya nampak ‘cool’ jer. hihihi. saya sental dengan bertenaga dan tanpa henti.
dan alhamdulillah. jeng jeng jeng!
saya macam nak lompat bintang sebab berjaya hilangkan kesan calar tu dengan hanya guna basic h shaklee yang tak sampai beratus-ratus pun.
lagipun sebotol tahan nak dekat setahun. guna beberapa titik sahaja.
kalau hantar ke work shop kereta untuk hilangkan kesan calar ni confirm kena beratus-ratus.
saya sangat happy dan gembira. that’s why i love shaklee sebab dia dah banyak bantu selesaikan masalah saya di kala saya tengah buntu. ahaks.
salam seriously ka benda nii boleh hilangkan garisan calar pada kereta. kalau calar tu agak dalam mcm kena geseran batu kat bahagian bamper bawah boleh tutup ka?