Web Analytics

Cara Dan Petua Mudah Mengingat

Dulu masa saya masih belajar di sekolah, cikgu selalu pesan kepada kami semua pelajar, “jangan makan semut ye murid-murid, jangan makan kepala ikan dan jangan makan organ dalaman. Nanti anda semua jadi Superman yang cepat lupa”. Berulang-ulang kata cikgu itu sehingga pada satu tahap kami sudah boleh ajuk bulat-bulat nada percakapan cikgu tu.

Cikgu sambung kata lagi, kalau nak simpan pelajaran dalam kepala, anda semua kena minum air rebusan buku teks 3 kali sehari selama setahun. Lepas tu boleh confirm anda tidak akan lupa-lupa. Oppss… Yang tu saya kena tipu pulak!

Cara Dan Petua Mudah Mengingat

Tapikan dalam banyak-banyak petua dan cara mudah mengingat yang dulu saya belajar, ada beberapa petua dan cara mengingat yang saya rasa sungguh berkesan diamalkan oleh para pelajar yang tercari-cari petua tersebut. Dan apa yang best sekali adalah dengan mengamalkan petua dan cara mengingat yang satu ini, anda tak perlu lagi berpantang makan segala. Walaupun anda termakan seguni semut hitam sekalipun. Tak kisah sama sekali. Anda boleh bedal apa saja yang ada di depan mata. Confirm tak akan lupa. (Baru-baru ni terminum air zam-zam yang ada semut…rasanya semut tu selamat dah saya telan.)

Tapi kalau boleh janganlah sampai semut pun anda nak makan. Agak-agaklah. Mana yang baik anda ambil, apa yang mengarut tu sila abaikan. Boleh bah kan? Tedia… lagipun anda semua dah besar panjangkan? Takkan hari-hari nak saya di sini peringatkan bagai.

Kadang-kadang saya terfikir, apa yang saya cuba ingat tu sebenarnya hanya untuk digunakan dalam peperiksaan. Sedangkan in reality, saya tak pernah pun cuba aplikasikannya.

Okey para pembaca sekalian, apa kata anda cuba terlebih dahulu dengan cara-cara yang saya berkongsi di bawah ini dan beritahu hasilnya nanti.

Mari kita semak bersama-sama.

Petua Untuk Cepat Mengingat

Antaranya ialah:

  1. Tukar fakta yang hendak diingat kepada bentuk rajah, diagram ataupun gambar. Ini kerana otak manusia lebih mudah mencerna maklumat dalamnya berbanding huruf yang bertimbun.
  2. Gunakan peta minda yang mudah dibawa ke hulu hilir.
  3. Asingkan isi penting fakta yang perlu diingat.
  4. Tulis isi penting dengan menggunakan pen yang berwarna-warni.
  5. Bentuk akronim bagi pangkal huruf fakta.
  6. Kaitkan fakta dengan perkara yang berlaku di persekitaran anda.
  7. Ambil sedikit masa untuk berbincang, berkongsi dan membuat pembentangan bersama rakan-rakan fakta yang kita ketahui.
  8. Sentiasa keluarkan fakta dari semasa ke semasa.
  9. Tolong rakan yang lemah dalam sesuatu pelajaran.
  10. Jangan rasa terlalu stress! Stress tidak membantu ingatan korang langsung. Malah ianya juga membuatkan korang semakin cepat lupa.
  11. Pastikan mood korang berada dalam tahap terbaik sebelum mula mengingat.
  12. Rujuk kembali fakta yang hendak diingat setiap kali terlupa.
  13. Lagi satu cuba ingat sesuatu melalui perkataan penting dalam setiap perkara. Contohnya nak ingat buah-buahan vitamin C seperti limau, epal, strawberi, anggur dan kiwi.. boleh diingat seperti ini KELAS…Kiwi, Epal, Limau, Anggur, dan Strawberi.
  14. Practice made perfect.

Barang Apa Yang Orang Selalu Lupa?

Lupa adalah salah satu sifat yang ada pada manusia. Sifat yang mana menyebabkan seseorang itu hilang ingatan seketika dan perlu mencari sesuatu agar dapat mengingati apa yang dihajatinya itu.

Diusia muda kebanyakkan orang tidak mengalami masalah ini kerana daya ingatan mereka masih kuat tetapi apabila usia manusia meningkat menjagkau dewasa terutama mereka yang menjengah umur empat puluhan kebanyakkan mereka mengalami satu sindrom yang menyebabkan mereka mudah lupa.

Cara Dan Petua Mudah Mengingat

Aku pun kekadang apabila sedang membuat kerja, aku terlupa dimana aku letak skrew driver atau benda-benda yang kebiasaannya aku guna. Walhal benda-benda itu berada berhampiran saja dan kekadang terlindung dengan bahan-bahan yang simple saja.

Satu hari aku memandu kereta untuk ke suatu tempat ditengah bandar, apabila aku sedar aku telah mengikut laluan yang tidak betul. Ermm…rupa-rupanya laluan tersebut ialah laluan untuk ketempat kerja isteri aku.

Tersentak pula aku, kerana kebiasaannya diwaktu pagi aku menghantar isteri aku ke tempat kerja, jadi hari tu entah macam mana aku nak ketempat lain tetapi ikut laluan ke tempat kerja isteri aku pula.

Pelanggan yang selalu lupa?

Ini lagi la satu hal yang kekadang memeningkan kepala aku. Dalam tempoh aku bekerja sebagai juruteknik komputer yang dah lebih dua puluh tahun ini, ramai sangat pelanggan aku yang mudah lupa.

Ada yang berminat nak belajar, aku akan ajarkan mana yang patut, tetapi selepas satu dua bulan abis lupa. Dalam banyak-banyak pekerja aku dulu yang belajar dengan aku pun rasanya tak sampai sepuluh orang saja yang boleh bekerja dibidang komputer seperti aku.

Yang lain dah tak mampu nak teruskan disebabkan malas nak menggunakan akal fikiran mereka mengharungi cabaran dunia komputer.

Dan yang paling baru bila ramai yang terlupa password Windows 7. Ini la yang merisaukan ramai pengguna komputer bila mereka meletakkan password lepas tu bila tak digunakan komputer tersebut untuk satu jangka waktu yang lama menyebabkan mereka terlupa.

Apa caranya untuk mengatasi masalah lupa?

Kalaulah kita diserang penyakit sering lupa, kita hendaklah melakukan sesuatu agar ia tidak menjadi kronik kelak. Ada juga mengesyorkan kita memakan buah kismis untuk menguatkan daya ingatan, bagus juga kalau dicuba.

Tapi bagi aku lah kalau kita nak beramal dengan sesuatu tentulah kena ada ilmu. Jadi kalau kita buat secara membabi buta begitu tentulah akhirnya kita belum tentu mendapat kan hasilnya yang terbaik. Atau kita akan terhenti amalan kita itu ditengah jalan kerana kita mudah putus asa.

Jadi dari penelitian aku mungkin ebook Minda Genius – Mengangkat Minda Ke Dimensi Baru boleh membantu meningkatkan daya ingatan kita. Tip-tip dan rahsia yang diceritakan didalam ebook ini boleh kita amalkan dengan berkesan. Ya ilmu yang kita dapat jika kita amalkan inshaAllah akan memberikan manafaat kepada kita jua.

Anda pernah terjerumus didalam peristiwa lupa? Apa yang lucu dengan peristiwa itu, cer ceritakan sikit…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *