Web Analytics

Cara Beli Kereta Terpakai dengan Mudah

Aku ingin ceritakan sedikit tentang kereta yang I baru beli beberapa hari dulu.

Tak terlintas pun di fikiran saya pembelian kereta terpakai ini jadi sangat mudah.

Alhamdulillah saya yakin dan percaya ianya pertolongan yang di hantar oleh Allah kepada saya di saat hambanya di ‘anianya’

Ketahui lah bahawa doa orang di aniaya itu sangat makbul di sisi Allah. doalah. mohonlah pertolongan dari Allah. ini adalah kisah benar dari saya sebagai orang yang di aniaya.

Knapa saya beli kereta kelisa terpakai? begini ceritanya. dulu saya pakai kereta myvi. tapi akibat saya di ‘sabotaj’ oleh seseorang individu menyebabkan saya sudah tak boleh pakai myvi tu.

Sedih sangat. saya ibarat ‘patah kaki’ sebab tak ada transport. memanglah saya hanya seorang pelajar, tapi saya bukan pelajar biasa-biasa. saya fulltime pelajar dan fulltime businessman. bisnes yang saya buat ini memerlukan sedikit transport untuk bergerak.

Kereta terpakai
Kereta terpakai

Di saat saya di aniaya tu, saya berdoa kepada Allah. saya solat istikarah sama ada nak beli motor atau kereta terpakai atau ‘tahan nafsu’ supaya tak beli lagi kedua-duanya.

Sebab kalau ikut mentor bisnes saya, beliau minta saya ‘tahan’ dulu dari beli apa-apa dan beliau minta saya guna duit cash yang ada itu untuk rolling buat modal bisnes.

Ya saya tahu kalau nak berjaya dengan cepat, kita kena tangguhkan dulu kesenangan. tapi saya memang memerlukan transport sangat waktu tu. maka saya buat solat istikarah. berkali-kali buat solat istikarah hihihi

Sebab saya takut buat kesilapan dengan gunakan duit cash yang saya jana RMxxk dari bisnes saya ni untuk beli kereta terpakai.

Entah bagaimana syok pula saya rasa survey kereta terpakai di website www.mudah.my tu hehe. dalam 3 hari berturut-turut juga lah saya survey. mula-mula survey nak beli motor LC terpakai. lepas tu survey kereta terpakai mudah.my. kereta lelong bank pun saya survey jugak. hehe

Tiba-tiba ada satu hari ni saya terlihat iklan kereta kelisa terpakai di mudah.my. iklan itu di terbitkan sudah seminggu. kereta kelisa tu harga RM15k. saya lihat dalam gambar nampak ok. nampak baru. no plate pun cantik hihi. maka cepat-cepat saya sms owner dia tanya samada masih available atau tak

Alhamdulillah. stage pertama berjaya. owner tu kata kereta tu masih available. saya tak minta kurang harga pun lagi tapi dalam sms tu die kata lebih kurang macam ni

‘Ya. masih available. last price RM13,500 cash’

Wahhh. baiknya owner tu. dah kurang 1.5k siap-siap. saya tak nego pun lagi. hehe. masa tu saya masih di Muadzam Shah. kereta tu berada di Gombak. saya pun terus beli ticket bus on the spot petang tu jugak untuk ke KL. saya sampai di KL agak lewat malam dah.

Jadi, saya janji nak jumpa tengok kereta kelisa tu keesokkan paginya. haaa. nampak. gigih dan bersungguh tak saya? hihihi

Keesokkan paginya saya dan kakak pergi direct ke rumah owner. siap die jemput kami masuk ke dalam rumah dan makan breakfast. sembang-sembang kosong dalam 15 minit gitu. lepas tu, punya lah baik owner tu, die bagi saya test drive di highway haha. dia kata ambil lah kunci ni dan bawaklah jalan-jalan kereta tu janji 1 jam balik semula. haha.

Kami pun apa lagi. terus drive keluar jalan-jalan kat jalan besar habiskan minyak kelisa tu. hihi. oh ya. sebelum keluar ke jalan besar, kami dah habis pusing 1 taman die kat kawasan perumahan mewah tu. owner tu orang kaya. tapi sangat baik. memang sangat baik.

Sedap duduk dalam ni sebab leather seat hehe. rasa macam taknak keluar je. Dari depan memang nampak macam kereta baru. Dari belakang memang nampak macam mini cooper hahaha. gurau jee. Acah-acah check enjin konon padahal semua ke laut je hihi.

Masa ni owner tu tak ada sebab kami test drive kat luar. kami berhenti kejap dan acah-acah check kereta sebab malu nak check depan owner tu. hahaha. apa punya orang kan kami ni? comel jee hehe

Yang kelakar bab enjin. dua-dua tak tahu apa-apa. tak tahu nak check apa. hahaha. saya dengar enjin dia sedap je. tak ada bunyi kasar pun. bila bawa laju pun tak ada rasa gegar pun. boleh kata memang saya puas hati lah.

Selepas habis test drive tu saya cakap kat owner tu yang saya berkenan dengan kereta tu. saya suka kereta tu dan saya minta dia bagi saya sedikit masa untuk pulang ke Gombak (rumah abang saya area situ juga) dan fikirkan masak-masak dulu sebelum buat final decision dan dia cakap ok

Sebelum decide setuju nak beli, saya ada sms owner tu sekali lagi dan minta harga RMxxk dan to my shock owner tu bersetuju. ya Allah. tak terfikir pun dia bagi sebab harga RM13.5k tu memang dah standard kelisa terpakai.

Mungkin dia tahu yang saya ni pelajar dan asal dari keluarga tak senang sangat, sebab tu die berani bagi harga RMxxk tu. syukur alhamdulillah. memang saya happy tak terkata. insyaAllah kalau saya dah jutawan kelak, saya nak ‘bayar’ balik kat owner tu segala apa yang dia dah bagi kat saya ni.

Lepas dah dapat final price yang owner bagi tu, saya tanya abang. tanya kakak. saya send gambar kat dalam whatsapp. bincang punya bincang, kakak abang dan semua setuju. kalau tak silap saya buat solat istikarah sekali lagi kot. hihi.

Alhamdulillah. lewat petang tu pada hari yang sama saya pun pergi sekali lagi ke rumah dia dan bawa cash RMxxk. semuanya berlaku dengan pantas sebab lihat kereta belah pagi, petang terus boleh bawa balik ke rumah dan jadi hak milik sah saya. hehe.

On the way balik kereta mini cooper saya kehujanan hehe

Belah petang keesokkan harinya, saya bawa kereta tu pergi servis. tukar minyak engine, tukar filter dan minta pomeng tu check engine. dia cakap engine ok. boleh bawa jalan jauh lagi. die kata lagi kalau bawa balik dari kelantan (tanah air saya hehe) ke kuala lumpur pun takda masalah. lega saya selepas dia cakap macam tu hehe.

Selepas siap servis, malamnya saya bawak mak dan yang lain jalan-jalan sekitar KLCC. sebelum servis tak berani nak bawak takut mati tengah jalan hehe. alhamdulillah. kereta ni best. kondisi masih tip-top. yang penting boleh bawa insan kesayangan iaitu mak saya hehe.

Takper lah mak. Amir baru umur 22 tahun nie kita naik kelisa dulu yer. nanti dah jadi jutawan kelak kita naik mini cooper yang real punya pulak. hihihi. saya berseloroh dengan mak.

InsyaAllah saya akan convertkan ianya jadi realiti sebelum mak saya pergi untuk selama-lamanya. jika anda ada ‘keramat hidup’ yang masih bernyawa, cubalah sedaya upaya mungkin untuk gembirakan hati mereka sebelum mereka pergi.

Nak jadi jutawan? jadi lah jutawan sekarang supaya kejayaan kita boleh di ‘tumpang’ dan di ‘rasa’ oleh ibu ayah kita.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *