Adakah anda pernah cuba untuk membuat air minuman detox sebagai minuman sendiri? Macam ni, di atas kesedaran sendiri sebab rasa badan saya macam kena pam dengan angin atau apa-apa yang menyebabkan ketidakselesaan. Jadi, saya telah membuka hati untuk cuba diri dengan resepi minuman lemon detox ini.
Ayat memang tak boleh nak menahan. Cakap saja tak ada duit nak minum dekat kedai selalu kan senang? Oklah, malas nak tulis panjang tapi malam ni saya cuma nak kongsi bersama anda tentang semua cara macam mana saya buat air minuman detox untuk minum sendiri tanpa buang-buang duit nak lepak mamak!
Sebelum tu, untuk apa nak ngada-ngada sangat buat minuman detox homemade ni? Saja. Badan macam banyak toksin, macam berat, malas (tapi, ini memang penyakit semulajadi ni), lepas tu macam kurang cergas kebelakangan ini.
Kebetulan, saya ada follow account twitter seorang mat saleh yang selalu jaga kesihatan dan selalu berkongsi cara-cara penyediaan makanan dan minuman yang dia buat untuk mengukulkan kesihatan badan beliau.
Dipendekkan cerita, saya rembat resepi mudah merekalah ni untuk hasilkan minuman detox sendiri! Resepi ini sungguh murah, mudah dan tidak buang sebarangan masa langsung.
Anda mungkin minat dan ingin tahu macam mana nak buat minuman detox ini? Sebenarnya kalau di rumah anda ada lemon, daun pudina/mint dan timun macam dalam gambar dekat atas ni, sudahlah cukup semua bahan yang diperlukan untuk membuat minuman detox tu.
Bagi saya, saya tak suka timun sangat. Jadi, saya buat sebijik sebijan macam gambar bawah ni.
Minuman detox sebenarnya cuma buah lemon campur dengan daun pudina/mint saja! Hiris buah lemon nipis-nipis, lepas tu masukkan dalam jag air tapi saya miskin. Jag tak ada, guna botol kaca yang mak dapat masa pergi kenduri kahwin.
Lepas tu, tuangkan air masak ke dalam. Ambil pula daun pudina/mint yang sudah sediakan dan masuk jelah dalam air tu. Terus masukkan dalam peti ais. Pada keesokan pagi, awal pagi-pagi boleh anda keluarkan dan minumnya! Rasa amat bestnya!
Air lemon juga boleh diminum dengan kerap sebab ia boleh kurangkan berat badan kita juga. Boleh rujuk ke artikel ini untuk mengetahui macam mana anda boleh menyediakan minuman air lemon ini.
Kebaikan Yang Boleh Anda Dapat Dengan Minuman Detox Ini
Mungkin anda akan tanya ada apa manfaat yang boleh anda dapat dengan habiskan masa untuk sediakan semua bahan dan buat minuman ini? Adakah ia benar-benar berkesan untuk detox badan kita?
Walaupun kesan ketara tidak dapat diketahui, tetapi dari mereka yang minum minuman ini berkesimpulan dengan kebaikan-kebaikan seperti berikut yang boleh mereka perolehi.
Membantu Pencernaan
Asid dalam air lemon dan daun pudina telah dilaporkan dapat memperlahankan proses pencernaan. Dengan ini ia dapat membantu anda dengan penyerapan nutrien yang lebih baik melalui sistem anda.
Kadar penyerapan yang lebih perlahan membantu pancang insulin sederhana dan meningkatkan penggunaan nutrien yang ada dalam makanan anda juga.
Meningkatkan Sistem Imun
Air yang mengandungi lemon, daun pudina dan timun adalah sumber vitamin C dan nutrien lain yang baik. Mereka boleh membantu dalam meningkatkan kekuatan sistem imun anda.
Vitamin C adalah salah satu cara paling mudah untuk meningkatkan sistem imun anda kerana ia membantu meneutralkan radikal bebas yang berkaitan dengan penuaan dan penyakit.
Nutrien yang boleh anda perolehi dalam air ini juga membantu meningkatkan tahap tenaga anda kerana adanya vitamin dan mineral penting lain.
Menurunkan Berat Badan
Selalu berada dalam keadaan terhidrat adalah sangat penting untuk diet penurunan berat badan. Kajian menunjukkan bahawa minum segelas air bersama makanan boleh mengurangkan rasa lapar sambil meningkatkan kenyang untuk mengurangkan pengambilan makanan anda.
Menjaga Kulit Anda
Air detox ini juga merupakan ubat popular untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit dari jerawat, ruam, kedutan, dan bintik gelap pada muka.
Meningkatkan Tenaga dan Mood
Boleh anda menggantikan minuman kopi anda dengan minuman detox ini. Salah satu faedah terbaik dengan minum minuman detox ini pada waktu pagi adalah bahawa ia dapat meningkatkan tahap tenaga secara berkesan tanpa pengambilan kafein dari minuman kopi.
Anti Penuaan
Minuman detox ini mengandungi antioksidan yang membuang toksin seperti radikal bebas yang menyumbang kepada penyakit kronik. Detox kulit anda membantu dengan regenerasi sel dan menghasilkan kulit yang bersinar dan kulit akan kelihatan lebih muda. Vitamin C yang ada dalam minuman ini juga akan membantu pengeluaran kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit.
Memastikan kesihatan dan kesejahteraan hidup
Minuman detox ini mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan anda dan ia merupakan cara yang mudah dan kos efektif untuk meningkatkan kesejahteraan hidup anda.