Masa lunch hour nak melawat kawan yang sakit kat hospital. Tapi bila je baru sebut nama dia kat kaunter, nurse kata kawan ni dah transfer kat hospital di KL. Tanya hospital apa, nurse tu pun tak tau. Hmm.. saya doa-doa kawan saya tu selamat dan cepat sembuh.. takut dengar cerita orang demam 2 minggu tak baik-baik ni..
Masa dalam perjalanan nak pergi, ada la satu nombor yang tak dikenali ni call. Kata nak sewa Cyberia. Aku pun dengan penuh assisting nya cakap la.. dah penuh.. cuba check kat mudah.my.. Pastu orang tu kata.. “Ooh mudah.my ke”.. Aku jawab “Haah”. Sekali dengar lagi “Eii.. ni Tuah laa”.. “Pastu dia kata pass la” Pass la nak jadi telefonis kot.. huhu.. Cheit sungguh-sungguh je aku jawab.. Rupanya Tuah laa.. Kawan aku yang tengah drive kat sebelah gelak2 je bila tau kawan aku menyamar jadi potential tenant..
Lepas tu balik, lunch kat ofis je.. Om pompuan.. biasalah cakap pasal kulit muka la pasal make up la.. pastu cakap pasal handbeg.. Pada sapa-sapa yang tak tau.. Handbag tiruan ni cepat rosak.. Nanti asyikk kena ganti.. Macam aku la tu.. Sekali kawan-kawan aku ni.. wow.. cakap pasal Beg Guess la, Beg Coach la.. Aku cakap pasal Beg Bonia bagus ke? Kawan aku kata “Takk!! Better Beg Coach!!” Aku katalah “Eh, Beg Coach bukan mahal ke? Bukan ribu2 ke”.. Deorang kata “7, 8 ratus pun boleh dapatt!!” Aku dalam hati “Wow!!”
Tapi aku faham kita masing-masing ada keinginan.. Kadang-kadang kita nak gak benda mahal2 ni.. Kadang-kadang cukuplah, takyah selalu. Kalau rasa selalu-selalu sangat nak benda-benda macam tu, pastu asyik ikut je hati tu, baik ambik duit anda bagi kat anak yatim ke orang miskin ke.. takut kalau ikut-ikutkan sangat.. nanti ada penyakit hati pulak.. Bila kita sedeqah ni, bukan setakat bersihkan harta kita, bersihkan hati kita juga. Kalau tak mampu beli pulak, tahan diri itu lebih baik. Kalau kita tak mampu, selalu nya kalau kita nak benda-benda mahal ni.. apa kita buat? Kita saving sampai cukup kan? Tak pun swipe kredit kad.. then bayar minima.. bulan depan bayar lagi.. takpe.. 18% je.. huhu.. (dengar tak ada nada-nada perli.. Ouch!)
Ok, jadi sebelum kita beli benda-benda mahal ni (yang tak perlu tapi mahu), jom kita analisis pilihan yang ada:
Ooh sebelum tu ingat principal ni – “Today’s money is always better than tomorrow’s money”. Jadi apa kita boleh buat?
1. Paling mudah, saving sampai cukup. Lepas tu BANZAI!! – Kalau anda bijak, sementara cukup tu, simpan dalam ASB ke TH ke.. dapatla dividen sket2.. Katalah beg anda tu RM1200.. Anda simpan bulan2 100 sampai cukup setahun. Bulan pertama dapat simpan 100, bulan kedua dapat simpan 100 lagi jadi 200. Jadi bulan pertama dapatlah dividen dari amaun 100 tu, lepas tu bulan kedua dapatla dividen dari amaun 200..sampai bulan ke 12. Tapi bulan ke 13, habis dah terus duit anda tu. Zero, khalas.
2. Hutang pakai credit card, bayar minimum, bulan depan bayar la 18% sampai habis bayar. Jangan lupa tambah hutang lain. – Hehe yang ni sesuai la untuk yang takde cash on hand. Anda dapatlah beg anda, dan dapat pening kepala gak. Tapi takpe, anda kan cukup baik nak bagi bank 18% tu..
3. Kalau ada pilihan, tukar bayaran CC tu ke 12 month 0% interest.. Wow!! – Pun untuk yang takde cash on hand. Yang ni selamat gakla dengan syarat, pastikan ada duit nak bayar hutang tiap2 bulan. Kelebihan dia.. takde interest la.. sama nilai dia dengan beli cash..
4. Yang paling best, combination 1 + 3 – Bukan setakat anda ada 12 bulan semasa menyimpan nak dapat dividen, tapi anda ada tambahan 12 bulan lagi dari tarikh anda membayar.. Banyak sket la dapat dividen..Masa menyimpan, dividen anda dapat still sama dengan point 1, tapi semasa membayar, let’s say, bulan ke 13, dividen anda based dari 1200 – 100 = 1100, bulan ke 14, dividen anda based dari 1100 – 100 = 1000.. sampai la ke bulan 24.. barulah principal anda habis..masa ni baru la tak dapat dividen apa2.. Tapi oklah sebab sebelum tu anda dah untung sket2 (Untung ke ek? Hehe)
Apa-apa pun tengok disiplin dan kemampuan anda jugak.. Kalau anda rasa anda tak suka servis hutang CC bulan-bulan, save je sampai cukup then bayar la terus.. senang tak pening kepala. Benda ni benda simple-simple je, tapi best gak kalau dapat refresh diri.
Petang tu lak, aku dapat call, loan aku dah approve.. Alhamdulillah.. syukur pada Allah. Jangan risau, ni hutang baik. Untuk tambah pendapatan.