Web
Analytics

Beli Myvi atau Viva atau Saga

Soalan ni ajukan oleh saudara saya dalam entry tips menjimatkan minyak aus ada bertanyakan soalan seperti tajuk di atas, sama ada nak beli kereta Myvi, Viva atau Saga. Sebelum saya teruskan, bolehkah saya tahu apa pendapat anda untuk persoalan ni? Pertama kali saya nak kongsikan soalan penuh dari saudara Aus:

proton saga

“Antara Viva , Myvi dan Saga, mana satu aku nak ambil? Ingat nak beli kereta jenis auto, lepas tu antara semua maintenance pula macam mana? Orang kata maintenance dari Perodua adalah lebih mahal sikit berbanding dengan Proton, tapi dari segi minyak Perodua yang merupakan kereta yang lebih jimat”.

Di sini saya akan buang Viva terlebih dahulu kerana Viva ni harganya macam tidak berbaloi dan saiz kecil. Sebab beli kereta ni dari perspective saya kena berbaloi di mana ia kena boleh pakai untuk jangka masa yang lama.

Umum sedia maklum harga kereta yang kita telah pakai kalau nak jual banyak betul penurunannya. Jadi beli kereta kena target nak pakai sampai dapat anak 2 orang. Kalau pakai Viva alamat cramp la tak cukup nak bawa barang-barang laki bini dan anak-anak.

Maka tinggallah Myvi atau Saga sebagai pilihan untuk Aus kerana ruang untuk letak barangnya yang cukup untuk sampai ada 2 orang anak. Untuk kedua-dua model ni, masing-masing mempunyai kelebihan dan saya sendiri miliki Myvi dan isteri saya pakai Saga. Jadi boleh saya beritahu anda apa lebih atau kurang tentang kedua-dua kereta ini dan anda boleh buat keputusan anda sendiri lepas tu.

Proton Saga:

  • Harga untuk basic yang auto adalah dalam RM 39,500. Harga ini adalah lagi murah berbanding dengan Perodua Myvi.
  • Ruang dalam OK tetapi ruang Myvi lebih luas daripadanya.
  • Rasa macam sangat ringan bila pandu.
  •  Ia merupakan kereta sedan yang mempunyai boot kereta yang luas.
  • Terdapat banyak pusat servis tetapi keselesaan agak kurang berbanding dengan Perodua.
  • Harga servis kereta adalah lebih murah dari Perodua.
  • Fuel consumption adalah lebih sikit berbanding dengan Myvi.

Perodua Myvi:

  • Harga basic auto metallic adalah RM 46,900. Harga yang  ditawarkan adalah lebih mahal berbanding dengan kereta Proton Saga.
  • Ruang dalam lagi luas, tempat duduk juga lebih selesa.
  • Tempat lebih kejab dan besar dibawa.
  • Hatchback ruang simpanan agak terhad tapi bila lipat kerusi, bawa peti ais 1 pintu pun boleh masuk.
  • Pusat servis juga ada banyak dan mempunyai keselesaan yang lebih baik berbanding dengan pusat servis Proton. Pusat servis Perodua ada TV yang boleh tengok movie, tempat duduk yang selesa, air, kopi, dan snek. Ada juga Wifi yang diberikan di mana anda boleh  ambil laptop anda ke sana untuk bekerja bila tunggu servis kereta anda.
  • Caj untuk servis kereta Perodua macam mahal sikit.
  • FC adalah lebih baik daripada Saga.

Aircond untuk kedua-dua kereta itu adalah sama sejuk. Jadi bagi mereka yang mementingkan kesejukan aircond sebab terdapat banyak benda yang boleh membuatkan pemandu panas sama ada kerana cuaca atau panas hati sebab sikap pemandu lain. Mereka usah risau sebab aircond memang sejuk.

Kelemahan Proton adalah after sales service serta fuel consumption.

Untuk kes Service Centers, sebenarnya ada juga tempat yang menyediakan kemudahan yang baik dan selesa, tapi aku setuju overall setakat ini masih kurang memuaskan. Perodua adalah lebih baik, mungkin sebab DNA Toyota tu dipraktikkan dengan baik sekali.

Dari segi penggunaan minyak, sudah tentu SAGA yang lebih besar akan mengambil lebih dari MYVI. Tetapi dengan kaedah memandu yang betul, SAGA masih boleh mencapai penggunaan minyak yang baik. Jelas CAMPRO adalah enjin rev tinggi. Berdasarkan pengalaman, jarak jauh memang menjimatkan minyak, tetapi tidak jimat jika memandu di bandar.

Ok, perbandingan yang mudah sudah saya buat. Jadi apa pendapat anda sekarang tentang kereta itu? Ini adalah pendapat individu daripada saya. Mungkin ada orang yang tidak kena di hati Proton atau Perodua lover/user, maka boleh berikan komen anda di sini.

Leave a Reply