Web
Analytics

Beli Beg Mountainsmith Rift Atas Talian dari Luar Negara

Beg selalu yang saya beli bukanlah beg yang terlampau mahal atau hebat sangat sehinggakan perlu kepada posting yang berasingan. Tapi saya rasa, ada di antara pembaca mempunyai minat yang sama seperti saya, minat kepada beg. Trend masa kini telah menjadikan lelaki memakai beg sebagai satu pemandangan yang normal.

Kenapa lelaki ingin bawa beg sandang?

Kalau dahulu beg tangan hanya menjadi aksesori kaum wanita, kini, beg telah menjadi satu bentuk gadget kepada kaum lelaki. Beg silang dapat diterima kerana fungsinya memang diperlukan. Teori asas demand and supply. Kalau dahulu, lelaki biasanya keluar daripada rumah dengan hanya membawa dompet, kini jumlah barangan yang perlu dibawa sudah bertambah.

Telefon bimbit, contohnya. Peratusan yang memiliki telefon bimbit lebih daripada satu telah meningkat. Ini menyukarkan telefon-telefon ini untuk ditempatkan di dalam poket seluar, yang biasanya hanya boleh memuatkan dompet, kunci, dan sebuah telefon sahaja. Tambahan pula dengan kewujudan powerbankvape dan gadget bersaiz besar seperti tablet, lelaki mula merasakan keperluan untuk memiliki beg.

Semakin banyak gadget yang ada semakin tinggi keperluan seorang lelaki kepada beg galas. Sudah tentu, bagi lelaki beg ini perlu kelihatan jantan. Biasanya beg yang berbentuk taktikal atau ala para militari menjadi pilihan utama. Banyak rekaan yang menarik, sama ada pouch bag yang dipakai di pinggan, yang digalas di bahu, sehinggalah yang dipakai di peha.

Saya pilih man bag yang bagaimana?

Man bag. Itulah antara istilah yang digunapakai apabila merujuk kepada beg sebegini. Dalam rekaan yang pelbagai, suasana persekitaran dalam profesyen seseorang juga memainkan peranan dalam pemilihan beg sebegini. Contohnya, semasa saya banyak pekerja secara outdoor dalam bidang teknikal, beg yang dipakai di pinggang atau di paha menjadi pilihan saya.

Beg sebegini memudahkan pergerakan saya dan mengurangkan risiko beg akan tertinggal di site. Selain itu, beg ini juga menempatkan beberapa peralatan bekerja yang kecil yang menjadi item penting yang dibawa seharian (everday carry item), yang lebih dikenali sebagai EDC. Seorang juru elektrik contohnya mungkin perlu membawa testpen atau multimeter sentiasa.

Beg sebegini langsung tidak janggal jika di pakai bersama seluar jeans atau baju overall yang sangat sinonim dengan kerja di lapangan (outdoor). Namun, apabila pekerjaan berubah kepada deskjob dan lebih banyak berada di dalam pejabat berbanding site, beg dalam bentuk ini tidak lagi relevan.

Amat janggal rasanya memakai seluar slack berkemeja dan bertali leher sambil membawa sebuah beg taktikal yang melekat di peha. Jadi, keperluan keinginan kepada beg yang baharu mula timbul. Barangan seharian yang dibawa (EDC) juga sudah berubah. Pen, mesin kira saintifik, management diary dan mungkin sebuah buku nota.

Berapa lama boleh dapat barang kalau order dari Amazon.com.

Saya pun tanya soalan yang sama sebelum order. jenuh la google, tapi tak dapat jawapan yang pasti. Di website Amazon itu sendiri memang ada estimated delivery time, maknanya anggaran masa yang diambil untuk barang yang kita beli sampai ke Malaysia.

Jadi saya kongsikan pengalaman sendiri masa sebenar yang diambil untuk beg yang saya beli dari Amazon ini sampai kepada saya;

Keputusan membeli Mountainsmith Rift.

Setelah melakukan sedikit survey, saya memutuskan untuk membeli beg sandang dari jenama Mountainsmith. Lebih tepatnya, model Mountainsmith Rift. Jenama ini bukat asing di Malaysia. Bagi pencinta aktiviti outdoor ini merupakan salah satu jenama pilihan. Model ini pula bukanlah model terbaharu, ia dilancarkan pada tahun 2013 dan kebanyakan kedai sudah tidak mempunyai stok.

Jadi kenapa saya pilih sebuah beg lama dari jenama yang biasa? Saya tertarik kepada rekaannya yang minima. Beg ini, daripada kacamata saya kelihatan tidak terlampau taktikal tetapi tidak juga kelihatan terlampau formal. Faktor keduanya ialah bahannya yang dibuat daripada kanvas yang saya lihat ringkas. Saya suka ringkas.

Selain itu saiznya menjadi faktor penentu dalam keputusan saya ialah saiznya yang tidak terlampau kecil dan tidak terlampau besar.

Binaan dan spesifikasi beg Mountainsmith Rift.

Saiz dimensi luaran beg ini ialah 12.25″ x 10.25″ x 4″ (inci). Beg ini datang bersama tali sandbag (shoulder strap) dengan panjang maksimum 58″ dan jika diambil kira bahagian penyambungnya ia mencecah 60″. Panjang sebegini sesuai untuk lelaki bersaiz sederhana. Lelaki yang tinggi atau berbadan besar masih boleh menyilangkannya dengan menggunakan seluruh panjang tali itu.

Saya kategorikan beg ini sebagai bersaiz sederhana (medium size man beg).

Bahagian dalam beg dibahagikan kepada dua ruang utama. Ruang pertama yang mempunya lapik (padded) mempunyai ukuran 11″x7″x2″. Ruangan ini direka bagi membawa tablet. kebanyakan tablet adalah di bawah saiz ini. Saya boleh memuatkan sebuah ipad mini dengan mudah.

Kerana ruangan ini direka untuk membawa gadget elektronik, ianya mempunyai lapik span yang tidak begitu tebal tapi cukup untuk memberi perlindungan. Jika ianya lebih tebal, ia akan memberi kesan kepada saiz beg itu. Saiznya akan bertambah besar.

Leave a Reply