Apabila datang kepada topik penulisan, kita perlu menulis untuk diri kita terlebih dahulu, kedua adalah pembaca blog dan yang ketiga adalah untuk pengiklan.
Asalnya saya hanya berkongsi perkara biasa dan blogging sebagai mengisi masa lapang. Menulis blog hanya sebagai sebuah diari harian tanpa memikirkan siapa yang membaca.
Secara sedikit demi sedikit, saya mula menulis sesuatu untuk berkongsi dengan orang lain dan semakin lama ianya menjadi hobi yang menarik dan blogging menjadi kerjaya kecil saya.
Menulis Untuk Diri Sendiri
Menulis untuk diri sendiri perlu bijak. Tulis sesuatu yang menarik dibaca dan realiti bukan cliche atau yang membosankan.
Dengan meletakkan diri kita yang pertama, dapat memberi kepuasan dengan hasil artikel yang kita tulis. Kita tidak akan dapat menulis dengan baik sekiranya kita menulis untuk orang lain atau kerana terpaksa.
Dalam penulisan, kita perlu ada rasa seronok untuk menulis. Ini adalah blog kita, laman kita, perkataan kita dan kita harus ingat, menulis apa yang boleh membuatkan kita gembira dan bangga.
Didalam blog ini, cara penulisan saya lebih gemar menggunakan Bahasa Malaysia penuh, agak tertiblah juga tetapi santai. Sebabnya saya mahu informasi yang ditulis selesa dibaca.
Kita dapat lihat perubahan yang ketara sekarang, ramai blogger yang mula menulis menggunakan Bahasa Malaysia penuh, tidak seperti dahulu yang kadang-kadang susah nak faham bahasa yang mereka gunakan.
Menulis Untuk Pembaca
Dua tiga kali anda menulis sesuatu yang tidak mempunyai makna. Tidak mustahil pembaca akan lari dan tidak akan masuk ke blog kita lagi.
Tanpa pembaca juga tiada gunanya. Harus juga memastikan pembaca selesa dan suka dengan apa yang kita tulis. Disamping itu mesej atau informasi yang kita tulis sampai kepada pembaca.
Menulis Untuk Pengiklan
Saya berpeluang bekerja dengan beberapa syarikat dan individu. Dari situ saya banyak belajar untuk menulis dengan lebih baik.
Memang agak lumayan menulis review dan advertorial ni. Kita dibayar untuk tujuan promosi atau perkongsian.
Tetapi sebaiknya tidak main tangkap muat sahaja, terlebih dahulu kita harus memilih dengan teliti, menyemak produk yang dipercaya, sahih, halal dan tidak memudaratkan pengguna.
Tugas sebagai penyampai maklumat amat berat. Salah memilih boleh memudaratkan ramai orang dan diri kita sendiri. Selalunya saya akan menolak dengan memberi alasan yang munasabah supaya pengiklan tidak berkecil hati.
Hubungan antara pengiklan juga harus kita jaga. Ini melibatkan nama baik pemilik blog juga.
Bagaimana Jika Ingin Menulis Niche Berlainan
Kadang-kadang menulis dengan satu niche membosankan juga.
Contoh; niche blogging, walaupun niche blogging ini besar tetapi kaitan tu tetap sama. Lebih-lebih lagi saya ni tidak suka menulis topik yang sama berulang kali.
Berikut adalah tiga perkara yang saya lakukan untuk mula menulis niche berlainan.
Menjadi Penulis Jemputan
Tentunya anda mempunyai rakan dikalangan blogger. Anda boleh cuba menjadi penulis jemputan mengikut niche blog rakan blogger anda.
Saya pernah menjadi penulis jemputan di beberapa blog rakan bloggers. Cara begini bukan sahaja saya boleh menulis sesuatu yang baru tetapi juga mempunyai peluang untuk mendedahkan blog.
Kita juga dapat melihat skop pembaca yang berbeza di blog orang lain. Faedah lain, Google suka pautan balik dari blog yang mempunyai authoriti tinggi.
Kebanyakkan blog luar sudah lama bergerak aktif membuat laman untuk penulis jemputan ini. Malah di Malaysia juga.
Memberi Peluang Penulis Jemputan Di Blog Sendiri
Anda boleh juga membuka ruang penulis jemputan di blog anda. Ini satu aktiviti yang bagus untuk blog. Disamping kita juga mendapat informasi berguna perkongsian dari penulis jemputan.
Sekurang-kurang ada cara penulisan yang berbeza-beza di blog anda. Pembaca juga tidak akan merasa bosan.
Membuka Blog Niche
Rata-rata blogger di Malaysia ni mempunyai lebih dari satu blog. Saya sendiri juga mempunyai blog yang lain.
Buka satu blog niche yang baru dan berbeza dengan yang sedia ada. Ikut kemampuan anda, jika banyak blog tetapi tidak terurus susah juga.
Apa yang penting jangan ikut orang, menulis ikut kemahiran yang kita ada. Kita tidak akan tertekan dan rasa terpaksa.
Jangan menulis sesuatu yang anda tidak pasti dan tidak sahih, ini boleh memakan diri anda sendiri.
Pelbagaikan Topik Artikel
Setiap kali menulis blog kita sering berfikir topik atau tajuk yang perlu ditulis dan diberikan tumpuan. Selalunya ia menjadi satu cabaran untuk seimbangkan keinginan kita sendiri dengan apa yang dikehendaki oleh pembaca atau mengikut isu semasa.
Saya juga ada beberapa kali menulis niche education didalam blog Bahasa Inggeris. Sedangkan itu bukan bidang saya, tetapi saya mencuba sebaik mungkin untuk melihat sejauh mana kebolehan menulis yang ada.
Banyakkan membaca, bukan semata-mata membaca tetapi memahami isi butir kandungan yang anda baca. Dengan cara begitu dengan mudah kita mendapat idea menulis untuk artikel yang pelbagai.
Bagaimanapun, penulisan kita haruslah relevan, berhemah dan kreatif. Salah satu perkara yang terbaik yang boleh kita lakukan sebagai penulis adalah untuk menambah dan pelbagaikan sebanyak boleh cara penulisan yang sesuai.
Kini tiba giliran anda pula, apa topik lain yang anda ingin tulis? Dan jika anda menulis di luar niche blog anda, bagaimana anda ingin melakukannya?
Rahsia Menulis Artikel Berterusan Daripada Saudara Aqif Azizan
Kalau anda merupakan blogger, anda pastinya pernah mengalami sindrom kekurangan idea artikel. Tipu sangat kalau anda kata, TIDAK. Anda jangan fikir penulis-penulis blog yang hebat-hebat tidak pernah mengalami masalah ini. Mereka pun sama macam kita.
Cuma, mereka professional. Tak mungkin mereka nak buka pekung sendiri. Kan? Padahal, percayalah. Mereka pun pernah beratus-ratus kali gagal menulis artikel secara konsisten. Mungkin mereka pun perlu baca Ebook “37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan Idea” macam saya. Mungkinlah!
Dalam diam-diam, sebenarnya saya suka menuntut ilmu pasal blogging dekat blog saudara Aqif Azizan. Saya terjumpa piramid ini. Simple tapi sangat jelas ya output yang beliau nak berikan pada pembaca blog beliau. Rahsia Menulis Artikel Berterusan Daripada Saudara Aqif Azizan.
Memang bagus piramid ni. Ni lah salah satu sebab juga kenapa ramai blogger susah nak konsisten buat entri. Saya pula asyik nak buat blog baru aje.. hehe.. well.. blog bagi saya hanya tempat suka suki aje kut.. sebab tu tak pernah ambil serius macam ni.
Mendapatkan idea menulis adalah hal yang sangat penting dan ini harus diutamakan, saya setuju
semoga saya boleh menjadi blogger yang boleh konsisten dalam menulis dan mengupdate blog, ini harus diusahakan..
Beliau suruh pembaca blognya fokus pada bahagian yang berwarna oren itu. Secara mudahnya, kita semua boleh tahulah kan bagaimana beliau mendapat idea-idea topik untuk menulis artikel dalam blog peribadi beliau.
Saya setuju (semestinya dengan pengamalan sendiri juga), kita boleh dapat banyak idea untuk menulis daripada blog orang lain, rajin baca buku-buku, selalu perhatikan keadaan orang keliling dan paling senang nak dapat idea menulis ialah dengan lihat saja topik yang sedang hangat dibincangkan dalam laman social network! Senang!
Kalau kita tengok piramid ini pun, secara logiknya kita tahu yang kita memang PERLU MENULIS ARTIKEL untuk capai target paling atas piramid tersebut iaitu TRAFIK!
Kuncinya ialah menulis dan terus menulis artikel di blog anda walaupun tiada sebarang komen oleh pembaca tetapi tidak semestinya ia tidak penting. Masih penting untuk disayang oleh Google contohnya. Google sayang blog yang sentiasa dikemaskini ok. Jangan malas menulis. Tapi, ingat jangan panjang sangat. Saudara Aqif pun sarankan paling maksima 500 patah perkataan. jangan bagi pembaca anda muntah ok.
Lagi. Macam mana nak capai target paling atas piramid ini? Ok, lepas hasilkan artikel anda tu. Saudara Aqif sarankan untuk buat sedikit promosi. Kalau anda sertai forum-forum, boleh promosi dekat situ secara berhemah ya. Macam saya, lebih suka gunakan platform paling berkesan sebagai platform buat duit online saya iaitu Facebook. Ada artikel, ada promosi, tunggu trafik masuk dan lepas tu boleh check baki akaun Maybank. Duit masuk tanpa segan silu. InsyaAllah
Entri kaitan:
3 peringkat blog: blog anda di mana?