Web Analytics

Aku dan Kereta Angan Mat Jenin

Sebut pasal kereta, semua orang suka termasuk kanak-kanak. Aku pun tak lari dari punya angan-angan nak ada kereta. Angan-angan sentiasa berubah bila umur meningkat remaja dan dewasa. Masa belum baligh, tiap-tiap malam berangan kat kereta di bawah ni.

car1
car1

Kereta Knight Rider menjadi kegilaan dalam tahun 80-an. Masa tu bila tengok drama ni, selalu dok berangan-angan kalau lah dapat kereta ni……………………ZZZZzzzzzzz ( angan sebelum tidur). Lepas tu berangan lagi kereta bawah ni.

car2

Bila meningkat remaja angan-angan dah bertukar kepada kereta bawah ni. Masa ni dah gatal sikit. Kalau ada kereta macam ni, mesti awek berdarah hidung tengok. Masa tu segala macam aweks nak angkut.

car3

Paling tak boleh tahan, kalau dapat kereta kat bawah ni, tergedik-gedik awek Pavi nak ikut naik. Bila dah meningkat dewasa citarasa jadi lain. Konon nak kelihatan macam otai. Dah tak minat supercar. Nak nampak macam otai kena layan kereta macam ni.

car4

Atau macam ni bawah… Ni dah kira nak lawan Sultan Brunei.
car6

Setelah dewasa baru sedar akan kemampuan diri. Dapat beli kereta macam bawah ni pun dah syukur sangat. Jangan malu terlihat miskin, tapi malulah ketika kita pura-pura kaya. Kalau pakai kereta macam kat atas ni, cuba lah pikir berapa pulak cukai jalan dan insurannya. Silap-silap tak mampu nak bayar. Kena berpijak di bumi yang nyata. Jangan jadi macam kawan aku, pakai kereta Honda, tapi bila nak hidupkan roadtax/insuran, pinjam dengan mak hahaha.
car7

Sebut pasal roadtax dan insuran, ada 1 syarikat yang menyediakan perkhidmatan online untuk renew roadtax/insuran. RichPlan4U.com beri potongan sehingga 15% untuk insuran dan cukai jalan, tempahan awal bermula sekarang hingga tidak tahu bila habis.

Kempen ni diberi nama Smart Driver Sweet Discount 2014 Campaign. Walaupun tarikh mati roadtax/insuran masih jauh lagi, tetapi RichPlan4U bermurah hati memberikan pemilik kereta daftar dulu sebelum 31 march.

Selain dari insuran kenderaan motor, RichPlan4U juga menyediakan insuran kebakaran rumah, insuran peribadi, insuran liability dan lain-lain.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *