Web Analytics

Aksesori Kereta Yang Hebat – Luaran dan Dalaman

Semua kereta memerlukan hiasan tambahan. Bukan sahaja kereta kos rendah yang biasa, malah kereta mewah yang dibeli dengan jumlah wang yang sangat besar juga mungkin memerlukan penambahan beberapa aksesori  kereta sebaik sahaja dibeli. Tanpa penambahan aksesori, sesebuah kereta mungkin gagal untuk memberikan keselesaan yang diidami atau tidak dapat memberi daya tarikan sepenuh yang bersepadan.

Kategori aksesori kereta yang berbeza

Secara lazim, aksesori kereta dibahagi kepada dua kategori utama yang berbeza. Dua kategori utama tersebut adalah:-

  • Dalaman
  • Luaran

Bila sebut pasal aksesori dalaman, yang dibincang selalunya meliputi permaidani, TV mudah alih, pemain DVD, sarung kerusi dan sebagainya. Aksesori luaran pulak adalah seperti nudge dan sports bar. Anda boleh mengambil pendekatan DIY untuk pemasangan atau mendapat bantuan dari profesional. Adalah dinasihat untuk mencari profesional berpengalaman yang dapat menyempunakan proses pemasangan dengan cara yang mudah.

Dalaman

1. Kamera kereta (car camera)
Kamera kereta dilekat pada papan pemuka atau cermin depan untuk merakam segala yang terjadi di dalam atau seketar kereta. Ia bukan sahaja dapat membantu dalam penyediaan bukti sekiranya berlaku kemalangan, malah juga terbukti berguna dalam banyak cara yang lain.

kamera kereta
kamera kereta

Menawarkan bukti sekiranya berlaku kemalangan
Bimbang akan pihak yang lain mengubah kisah mereka apabila berhadapan dengan polis? Kamera kereta dapat membantu anda dalam situasi ini. Kamera-kamera ini dapat menyediakan bukti yang sah dan relevan dalam kes kemalangan kereta. Ia membantu anda melepasi sebarang tuduhan yang tidak benar dan memastikan kebenaran diketahui oleh semua.

2. Sistem stereo kereta (car stereo system)
Kebanyakan sistem stereo kereta pada masa kini telah dibina dengan pengalaman pengguna yang mempunyai pendekatan dan kefungsian yang sama seperti telefon pintar anda. Syarikat-syarikat seperti Apple dan Google juga menawarkan aplikasi dalam sistem yang dapat bersegerak dengan peranti anda. Tak kira apa sasaran anda, sama ada sambungan yang terjamain, isyarat radio yang jelas, atau menginginkan sesuatu yang mempunyai ketersampain yang tidak asing buat anda, pasti terdapat satu sistem stereo kereta untuk semua.

Sistem stereo kereta
Sistem stereo kereta

3. Karpet kereta (car floor mat)
Karpet atau tikar lantai kereta adalah penutup yang diletakkan pada lantai kereta untuk melindungi permaidani lantai dari habuk, air, serangga, tanah dan zarah-zarah yang tidak diingini. Tikar lantai kereta dapat menghalang permaidani dari terus direndam air atau saji yang boleh mengaratkan kereta. Ia juga merupakan aksesori hiasan yang menjadikan kerata kelihatan kemas. Tikar lantai kereta diperbuat dengan memotong bahan yang diingini mengikut saiz kenderaan.

trapo car mat

Karpet kereta yang kelihatan biasa ini kemudiannya dijadikan lebih menarik dengan sulaman, merusuk dan sebagainya. Ia kemudiannya dikelim dengan kun yang sepadan. Selepas itu, tikar-tikar ini dirawat dengan bahan kimia untuk mengurangkan kelembapan, memperkuatkan warna dan mengekalkannya. Ia akan cepat mengalami kehausan dan kelusuhan di kawasan yang kerap digunakan. Justeru itu, adalah dinasihat supaya sentiasa memeriksa keadaan tikar anda.

4. Sarung kerusi kereta (car seat cover)
Sarung kerusi juga merupakan ciptaan yang mengagumkan. Ia mengekalkan upholsteri kereta. Anda tentu tidak mahu kerusi kereta anda menjadi lusuh, mempunyai kesan kotoran yang tidak dapat ditanggalkan juga bau yang tidak disenangi. Masalahnya, itulah apa yang akan terjadi setelah melalui proses masa dan penggunaan. Tetapi, dengan adanya sarung kerusi kereta, kerusi asal tidak akan mengalami kehausan, kotor atau bernoda, dan secara tidak lansung telah mengelakkannya dari berbau.

Sarung kerusi kereta
Sarung kerusi kereta

Sarung kerusi akan memerangkap habuk, menghalang cecair dari mengalir, dan menghentikan kulapuk dari menetap akibat daripada semua yang dinyatakan. Sarung kerusi juga senang ditanggal apabila pembasuhan diperlukan, memastikan kereta anda sentiasa kelihatan elok. Bila sudah lusuh, ia juga lebih murah dan mudah diganti berbanding dengan penukaran kerusi.

Luaran

1. Penyangkut treler (trailer hitch)
Penyangkut terler boleh dipasang pada bahagian belakang kenderaan anda, dan ia bukan sekadar aksesori kereta buat kebanyakan orang. Apabila tidak diguna, anda boleh membeli penutup yang betul-betul dapat menunjuk-nunjuk keperibadian anda untuk diletak pada penyangkut. Terdapat penutup yang berkepala haiwan, berwatak kartun, and pelbagai benda yang lain. Pelekat kerata juga boleh ditampal pada tingkap supaya pemandu lain dapat mengetahui lebih banyak tentang anda.

Penyangkut treler
Penyangkut treler

2. Kit badan kenderaan (body kit)
Kebanyakan kereta mempunyai kit badan masing-masing yang dapat meningkatkan daya tarikan kenderaan. Kit tersebut selalunya meliputi trim badan, tukup udara (air hoods), spoiler and bamper. Sesetengah daripadanya juga menyediakan komponen untuk penambahan lampu LED yang dapat menampilkan gaya moden.

body kit
body kit

3. Roda
Penukaran aksesori luaran automotif seperti roda dapat menukar imej kereta anda secara menyeluruh. Salah satu daripada set roda yang paling popular masa kini adalah roda aloi. Ia bukan sahaja mempunyai prestasi yang seakan sama seperti roda keluli, bahkan lagi baik. Pembuatan daripada aloi aluminium atau magnesium telah menjadikannya kuat, tahan lama, ringan dan bergaya.

roda kereta
roda kereta

4. Bamper
Bamper biasanya dipasang pada kereta yang lebih besar semasa ekspedisi 4×4. Sesetengah orang memasangkannya pada kereta biasa untuk menambah aerodinamik permanduan. Ia juga menampilkan rupa yang lebih bergaya. Pengubahsuain tambahan ini untuk badan kereta memang bergaya dan praktikal.

car bumper
car bumper

5. Gerbang atau lengkok roda(Fender Flare)
Fender flare sering ternampak pada kereta yang lebih besar. Ia menjadikan kereta anda kelihatan tegap, pada masa yang sama juga memberi perlindungan yang tertentu pada tayar.

fender flare
fender flare

Aksesori kereta diperlukan untuk menjadikan kereta baru lebih bergaya dan penuh dengan daya tarikan. Kereta lama juga layak mendapat wajah yang baru dengan hanya menambah beberapa aksesori kepadanya. Dengan adanya aksesori kereta khas untuk rekaan dalaman kereta, keadaan dalam kereta akan jadi lebih nyaman dan selesa.

Penambahan pada luaran kereta pulak menjadikan kereta nampak lebih menarik. Semua ini tidak semestinya memerlukan pembelanjaan yang besar, kadang-kadang peruntukan yang kecil dah memadai untuk tujuan ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *