Web Analytics

Ada Apa Dengan SEO?

Saya tidak layak untuk bercerita tentang SEO sebenarnya. Bagi saya topik SEO berat dan perlukan pemahaman mendalam supaya huraian jelas dan menepati maksud sebenar. Apa yang hendak saya utarakan di sini adalah hasil penyelidikan saya tentang blog-blog yang ada menulis tentang SEO. Mereka menulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang secukupnya. Saya hanya merujuk dan membongkar tulisan mereka.

seo

Mari kita rujuk dengan Wikipedia apa maksud SEO sebenarnya. Maaf bahasa yang digunakan ini adalah hasil terjemahan ke Bahasa Melayu.

Pengoptimuman enjin gelintar (SEO) ialah proses untuk memperbaik jumlah dan kualiti lalu lintas dari enjin gelintar ke sesuatu laman sesawangmelalui hasil gelintaran “semula jadi” (“organik” atau “algoritma“).

Hasil dari penyelidikan saya ada menemukan blog yang cukup baik menerangkan tentang SEO ini. Blog tersebut ialah blog multees. Ada satu artikel yang membincang SEO secara terperinci. Beliau berpendapat plug in dalam WordPress banyak membantu dalam membuat blog mesra SEO. Teknik SEO kelabu asap merupakan teknik yang terbaru di Malaysia. Kata penulis blog ini teknik tersebut ialah meletakkan berjuta external link dalam blog untuk mendapat PR yang tinggi. Benar atau tidak saya tidak dapat pastikan.

Dalam blog lelaki kacak diceritakan tip bagaimana bro titan berjaya dalam program affialiate menggunakan teknik SEO. Beliau mengakui bahawa Page Rank amat memain peranan. Selain itu beliau menyaran blog yang kita buat harus bijak dalam pemilihan tajuk, theme blog, design blog, hosting dan sebagainya dalam usaha menjadi blog SEO yang kacak. Ada perkara yang amat menarik dalam topik penentuan SEO ini ialah Domain Authority(DA). DA ini banyak dipengaruhi faktor seperti mendapat pautan link dari luar. Contoh blog yang tinggi DA ialah blog PM kita. Lagi tinggi skor lagi bagus.Lihat huraian lanjut berkenaan DA di sini.

Antara blog yang menarik perhatian saya membincangkan topik SEO ialah blogcepumas. Dalam artikel beliau menekan peri pentingnya isi kandungan blog yang unik, keyword yang relevan ,media sosial dan banyak lagi dalam meningkatkan SEO sesebuah blog. Artikel ini ada menceritakan bagaimana cara untuk memastikan enjin pencari membuat index ke atas blog kita. Ia meliputi tajuk blog dan URL blog mesti relevan, kandungan blog, tag dan kategori, ping dan backlink. Semua ini berkaitan langsung satu sama lain.

Mari kita jengah pula blog yang bukan calang-calang iaitu blog beckkhrooy. Beliau memberi panduan untuk mendapat SEO yang bagus ialah aktiviti blogwalking, ping, keyword menarik dan teknik penulisan entri. Tip supaya SEO menarik dan Alexa cantik ialah kekerapan kemaskini blog dan mendapatkan backlink melalui blogwalking.

Blog terakhir yang saya buat kajian ialah blog yastro. Dalam blog beliau banyak entri berkaitan SEO mengunakan kontest lelaki kacak. Malah beliau turut memberi tip supaya buat backlink dengan laman rasmi kerajaan. Blog ini menggunakan template yang mesra SEO iaitu V2 Thesis For Blogger. Berdasarkan bahagian maklum balas ternyata theme ini memang mesra SEO.Cuma sesuai untuk blog yang berada di platform Blogger.

Hasil pemahaman saya SEO menjadi hebat jika blog kita memainkan isu keyword, entri yang asli dan jumlah pautan link luar yang kita perolehi. Kita cuma bermain dengan teknik manipulasi enjin carian seperti google. Selebihnya banyak ditentukan manusia itu sendiri yang ada ada jiwa dan perasaan. Pendek kata SEO yang mantap meliputi kepakaran blogger itu sendiri untuk memberi ‘perasa’ kepada pembaca dan dalam masa yang sama memudahkan enjin carian ‘merasa’ blog tersebut.

Memang bukan perkara mudah untuk berjaya sebagai blogger. Pelbagai usaha perlu dilakukan terutama untuk menguasai pelbagai ilmu termasuk kemahiran SEO ini. Rata-rata blog yang diselidiki memang boleh dipercayai. Secara tidak langsung maklumat yang saya kongsikan di sini boleh mencapai nilai kebolehpercayaan juga. Saya berharap perkongsian ini membantu pencerahan minda berkenaan SEO.

Kepada 5 blog yang saya rujuk itu tentulah jutaan terima kasih saya ucapkan. Saya lakukan ini sebagai latihan dan tutorial kepada diri sendiri dan juga kepada blogger baru yang mengidamkan kejayaan seperti mereka.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *