Web Analytics

Ada Apa Dengan Blogwalking

Dunia blog telah melahirkan satu fenomena baru iaitu budaya blogwalking. Blogwalking adalah merujuk kepada cara seseorang terjah blog ke blog yang lain sama ada blog yang popular (sudah semestinya) dan yang baru muncul di persada blog negara.

blogwalking
blogwalking

Mereka melawat blog untuk membaca, mencari maklumat atau suka-suka untuk meninggalkan backlink. Ada yang berniat baik. Tidak kurang juga yang berniat sebaliknya. Golongan yang baik ini dapat kita kenalpasti melalui komen-komen yang bernas dilontarkan.

Aktiviti blogwalkling memang mengambil masa yang panjang. Satu blog 5 minit diperlukan untuk membaca dan membuat komen. Ada juga yang menjadi pembaca senyap. Mereka ini baca dan tidak akan meninggalkan sebarang komen. Namun kelibat mereka dapat dijejaki oleh pengesan yang di plugin oleh si pemunya blog.

Dengan blogwalking kita akan mendapat ilmu, info dan panduan yang cukup luas. Kita seumpama sudah membaca buku 5 buku dalam sehari. Bunyinya sangat hebat.Blogger yang kehausan idea perlu blogwalking dahulu sebelum dapat berkarya semula. Idea dan gambaran konsep dapat diperolehi melalui aktiviti ini.

Selain itu jika blogwalking dilakukan oleh blogger yang mempunyai blog, mereka akan mendapat kunjungan balik dari tuan punya blog.

Saya sangat kagum kepada blogger yang boleh berkunjung balik ke blog pelawat. Beliau seorang yang beretika dan menghargai pelawatnya. Sama seperti dunia sebenar. Buat baik dibalas baik. Bayangkan kalau dapat 100 blog dapat dilawati. Kira congak paling tidakpun ada 10 orang akan bertandang balik. Senario begini mengwujudkan rantaian blogger dalam komuniti maya.(ceh wah! keluar dah word power)

Kepopularan seseorang blogger akan meningkat naik jika selalu bertandang ke blog orang. Maksudnya dah boleh jadi artis seorang blogger ini. Ramai yang bangga dan seronok melihat rangking naik. Namun tidak kurang juga rangking menjadi pelawat naik mencanang. Pastikan kita meninggalkan jejak. Senang peranti teknologi jejak kita balik. Ketegaran seseorang berblogwalking mengharumkan namanya dan mudah diingati oleh para blogger lain. Untuk itu beri keharuman melalui komen yang bernas dan berkualiti.

Sudah hukum dunia. Tidak ada perkara menjadi baik jika berlebihan. Makan berlebihan akan menjadi obesti. Tidur yang keterlaluan menyebabkan otak dungu. Sama juga dengan aktiviti blogwalking. Kalau nak tarik organic visitor perlu bijak main SEO dan kandungan entri blog dengan bijak. Blogwalking menjurus kepada hubungan komuniti blogger dan bina backlink yang sihat untuk blog.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *