Web Analytics

9 Tips Berguna Untuk Pemakai Cermin Mata

Orang yang memakai cermin mata selalunya menghadapi masalah yang tidak dihadapi oleh mereka yang memiliki penglihatan sempurna. Contohnya masalah cermin berkabus, berminyak dan penglihatan yang kabur apabila sedang mandi.

Walaupun cermin mata mempunyai manfaat tetapi ia juga boleh menjadi beban kepada kehidupan harian si pemakainya.

pemakai cermin mata

Ya, memang leceh..

Dengan penjagaan yang baik, hayat cermin mata juga mampu bertahan lama. Jadi taklah asyik tukar cermin mata baru saja.

Mujur, terdapat beberapa tips dan petua untuk meminimumkan masalah-masalah ini. Jom kita baca tips sempoi yang boleh membantu mereka yang bermata empat.

1. Tampal Pelekat ‘Glow in the Dark’

Tampal pelekat ‘glow in the dark’ pada bekas cermin mata anda bagi memudahkan mencarinya di dalam gelap. Sekiranya anda cenderung untuk meletakkan cermin mata anda di mana-mana tempat sahaja dan selalu lupa mana anda letak cermin mata anda semasa nak pakai, kami mempunyai penyelesaian yang mungkin membantu.

Boleh anda taruh sikit cat glow in the dark yang berwarna terang pada bekas cermin mata. Jadi, apabila anda tidak dapat cari cermin mata anda, anda boleh tutupkan lampu dan bekas itu akan dapat anda cari dengan mengikuti warna terang yang dikeluarkan oleh bekas cermin mata itu. Tips ini dapat menjimatkan usaha anda untuk mencari cermin mata anda di sekeliling rumah.

2. Ubah suai fon kepala (headphone)

Boleh anda ubai suai fon kepala dengan lapisan span agar tidak terlalu ketat dan lebih selesa pakai pada telinga anda

Laraskan fon kepala supaya span tidak naik di atas telinga anda. Cuba reposisi mereka ke hadapan dan naik sikit sehingga anda mendapati rasa yang paling selesa dengan pakai fon kepala pada telinga anda..

cm2

3. Buat Label Untuk Barangan Mandian

Jika anda tidak dapat lihat dengan jelas selepas tanggalkan cermin mata untuk mandi, maka anda boleh lilitkan getah pada semua botol-botol yang ada dalam bilik mandi.

Boleh anda buat label yang besar pada syampu rambut, syampu badan, dan sebagainya agar anda dapat membezakan dengan bahan mandian yang lain. Ini dapat mengelakkan anda nanti tersilap guna sabun pulak kat rambut.

botol shampoo

4. Pakai Kain Microfiber Untuk Mengelap Cermin Mata

Kain microfiber adalah fabrik terbaik untuk mengelap cermin mata. Pastikan mereka ada di mana-mana, dan basuh dengan kerap.

Perlahan-lahan lap kedua-dua belah cermin dan semua bahagian kerangka. Pastikan anda membersihkan setiap bahagian, termasuk pad hidung dan hujung pemegang cermin mata yang terletak di belakang telinga anda.

Juga, membersihkan kawasan di mana pinggir lensa yang bertemui dengan kerangka sebab kebanyakan habuk, serpihan dan minyak kulit sering berkumpul di sini.

kain microfiber

5. Pakai Cermin Mata 2-in-1

Di pasaran terdapat cermin mata yang mempunyai 2-in-1, iaitu cermin mata bersama cermin mata hitam.

Kaca mata jenis ini mungkin nampak selekeh. Tetapi ianya boleh anda dapat dengan harga yang murah dan boleh ia boleh dipakai bersama cermin mata anda.

Dengan mempunyai cermin mata 2-in-1 ini, ia sesuai untuk anda melakukan aktiviti luar rumah seperti pergi ke pantai dan bila anda tak mampu untuk beli sunglasses Ray Ban original yang ditawarkan dengan harga yang sungguh mahal.

ray ban

6. Laraskan Pad Hidung

Laraskan pad hidung dengan meletakkan cermin mata anda di atas permukaan yang rata supaya anda boleh melihat keselariannya antara satu sama lain.

Ini bukan saja boleh menyelesakan hidung anda walaupun pakai cermin mata buat masa yang lama, ia juga dapat membolehkan anda lihat dengan jelas tanpa sebarang gangguan.

pad hidung

7. Pakai Kamera Telefon Anda Untuk Lihat Perkataan Yang Rabun

Sekiranya anda hilang cermin mata anda dan tidak dapat dicari, pada masa yang sama anda perlu lihat sesuatu perkataan yang penting, bagi mereka yang rabun dekat boleh menggunakan kamera telefon.

Dengan fokuskan kamera telefon kepada ayat-ayat yang anda ingin baca, melalui kamera telefon, ayat-ayat itu akan dibesarkan dan anda akan boleh dapat melihat dengan lebih jelas.

phone skrin

8. Gunakan Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk

Jika anda ingin bersihkan cermin mata anda, boleh anda mempertimbangkan untuk memakai cecair pencuci pinggan mangkuk untuk mencuci cermin mata.

Apa yang perlu anda beri perhatian adalah anda perlu elakkan untuk menggunakan pencuci yang mengandungi alkohol, cuka, ammonia dan peluntur. Ini adalah sebab pencuci jenis ini boleh menghakis lapisan coating cermin mata anda.

dish wash

9. Tanggal Cermin Mata Dengan Guna Kedua-dua Tangan

Anda perlu elakkan untuk menanggalkan kaca mata dengan menggunakan cuma sebelah tangan sahaja. Ini adalah sebab ia mungkin akan menyebabkan kaca mata anda menjadi longgar ataupun patah. Sebaliknya, gunakan kedua-dua tangan untuk tanggalkan bagi mengelakkan kerosakan pada bingkai dan lensa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *